View: 3913|Reply: 14
|
'Perang WhatsApp' - Jamal VS Ali Tinju?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO

sumber foto : internet
Ketua Bahagian UMNO, Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos telah membuat kenyataan bahawa seramai lima ribu peserta dijangka menyertai perhimpunan Baju Merah di Ampang pada Ahad, semalam.
Namun hakikatnya pada hari itu hanya seramai dua ratus orang peserta sahaja yang hadir. Oleh kerana kekurangan peserta, telah berlaku pertelingkahan antara Dato' Jamal dengan presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali bin Baharom di dalam "group WhatsApp".
Difahamkan, Dato' Jamal dikatakan tidak puas hati dengan Ali Tinju dan kumpulannya kerana tidak menyertai perhimpunan di Ampang sehingga menyebabkan bilangan orang yang hadir tidak ramai. Lalu, Jamal mengarahkan orang bawahannya 'menyerang' Ali Tinju menerusi WhatsApp.
Namun beliau pula yang dihentam oleh Ali Tinju menerusi "Group WhatsApp".
Akibat dari pertengkaran itu, Ali Tinju membuang Datuk Jamal dari "group WhatsApp". Group tersebut sebelum ini diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat antara Ali Tinju, Dato Jamal, NGO Melayu dan pihak wartawan.
Menurut keratan mesej dalam WhatsApp yang tersebar, Datuk Jamal telah menjemput semua kumpulan NGO Melayu untuk menyertai perhimpunan tersebut namun dibantah oleh Ali Tinju.
"Maaf Dato', kami #GerakanMerah tidak terlibat...."
"Usaha Dato' teruskan..."
"Kami hanya berdoa..." - tulis Ali Tinju.

Antara keratan lain,
" Dato' Jamal, berapa hari sama NGO?"
"Dato' Jamal tak perlu main politik dengan saya"
"Tak perlu suruh budak-budak you serang saya dalam Whatsapp"
"Maaf lah Dato'.... buang masa kita kawan"


Selain itu, Ali Tinju turut menyindir perhimpunan tersebut sebagai tindakan sia-sia kerana tidak mempunyai isu yang kukuh.
" Nak Buat Bantahan Pun Kena Ada Isu, Kalau Tidak, Ianya Seolah-Olah Menjalankan Perniagaan Dalam Kumpulan NGO".
Kumpulan media yang berada didalam "Group Whatsapp" tersebut rata-rata terkejut dengan tindakan Ali Tinju kerana mereka berdua sebelum ini dilihat sebagai kawan baik.
" Dato, betul ke ni? Kamu berdua bukan ke kawan baik? "
Bagaimana pun, Ali Tinju tidak menjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
@zorro
 |
|
|
|
|
|
|
|
basi tahap milo pekat http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=904706 |
|
|
|
|
|
|
|
nak serang azmin ali tapi xde menefaat kpd imej Najib tu yg Ahli Tinju taknak join
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...selayaknyalah dengan umno. apalah yang boleh diharap dengan jamal ikan bakar. syabas ali tinju! |
|
|
|
|
|
|
|
sape jamal? sape jamal sape jamal?
sape ali? sape ali? sape ali?
kenal najib je. huh! |
|
|
|
|
|
|
|
comelnye gado2 cemtu
ingatkan weols yg takde pangkat datok datin ni je yg gado2 wassap tendang kuar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorang ni xkeje ker...tgh ekonomi gawat pun leh main2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
xde kerje lain .. asek nak berhimpun jek
padan muka dah hilang geng  |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak tang removed tu haha  |
|
|
|
|
|
|
|
Saya budak baru belajar..
Kertu pun nk ngaku budak lg... Jijiks |
|
|
|
|
|
|
|
elok le remove terus seme
xde pekdah lansung pun
lemah belaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|