Edited by d_dalia at 18-12-2015 07:02 AM
Nafi bercinta dengan suami orang
Baru hendak mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, pelakon Ardell Aryana sudah mula diulit kontroversi apabila dikatakan bercinta dengan penerbit bergelar Datuk yang juga suami orang. Difahamkan, ada peminat terserempak dengan pelakon berusia 25 tahun ini bersama lelaki terbabit bercuti di satu destinasi pelancongan popular di utara tanah air. Melihatkan gambar kemesraan mereka, pastinya pelakon utama drama Wadi ini sudah lama bercinta dengan lelaki terbabit.
Bagaimanapun, Ardell ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menjelaskan dia hanya memfokus kepada bidang seni buat masa ini. Ketika ditanya mengenai kesahihan gambar itu, Ardell menafikan lelaki terbabit kekasihnya dan mereka berjumpa ketika itu hanya untuk berbincang mengenai lakonannya dalam drama terbitan lelaki itu. “Tujuan kami untuk berbincang soal kerja dan bukannya ada tujuan lain. Saya mengenalinya ketika beliau baru membuka syarikat produksinya. Sebelum ini beliau pernah tawarkan saya berlakon dalam drama terbitannya, tapi kerana dah terima tawaran lain terpaksalah saya menolak. Walaupun tak jadi berlakon, hubungan kami masih berterusan sebagai kawan,” katanya. Ardell berkata, dia tidak pernah mengenali peribadi Datuk itu dan tidak tahu beliau sudah mempunyai isteri. “Seperti saya katakan tadi, kalau berjumpa kami tak pernah cerita hal peribadi dan lebih terarah kepada kerja. Itu sebabnya saya tak tahu pun dia sudah berkahwin, tapi saya tak kisah kerana kami hanya berkawan dan bukannya bercinta,”katanya. Menurut Ardell, dia ada prinsip dalam karier iaitu untuk mencari pendapatan dan tak pernah terfikir nak rampas suami orang. “Saya tahu kesusahan seorang wanita apabila ditinggalkan suami. Contohnya ibu saya sendiri ditinggalkan suami ketika saya berusia sembilan tahun. “Itu sebab seboleh-bolehnya saya akan mengelakkannya. Cuma saya suka berkawan dengan Datuk itu kerana dia tidak seperti segelintir lelaki lain yang gatal dan suka mengambil kesempatan. “Saya menghormatinya kerana pada usia muda sudah mendapat gelaran Datuk. Beliau juga seorang yang terpelajar dan cukup profesional ketika berurusan. Apa yang saya nampak beliau ada banyak perancangan untuk masa depan saya. Saya senang berkawan dengannya kerana beliau seorang lelaki yang baik, pemurah dan senang dibawa berbincang,”katanya. Diusik persoalan mengenai lelaki idamannya, pelakon bernama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin ini mengakui sukakan lelaki yang lemah lembut dan tidak panas baran. “Buat masa ini biarlah saya fikirkan kerja daripada bercakap soal jodoh. Sampai masanya ia akan datang sendiri nanti. Saya sekarang terlalu sibuk dengan penggambaran sampaikan masa untuk memanjakan diri sendiri pun tiada. “Selepas habis drama Wadi, saya kini terbabit dengan penggambaran drama Anak-anakku Diva terbitan syarikat Sheila Rusly untuk slot Dahlia di TV3. Selain itu, filem pertama saya berjudul CCTV baru saja ditayangkan di pawagam baru-baru ini dan sambutannya tak mengecewakan,” katanya.
GAMBAR kemesraan Ardell dengan dengan lelaki terbabit.
sumber: harian metro
ps: alasan cliche. pergi bincang pasal kerja kat pulau. tp lagak mcm org tgh bercinta.
siapa penerbit muda lelaki bergelar Datuk dan dah beristeri
|