CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2842|Reply: 2

Bro, 5 Ujian Kesihatan Berikut Perlu Dilakukan!

[Copy link]
Post time 11-1-2016 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Berbanding wanita, lelaki dikatakan golongan yang kurang berminat pergi ke klinik untuk mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan.


Jangan cemburu apabila ada statistik menunjukkan wanita sepuluh tahun hidup lebih lama kerana peka dengan tahap kesihatan.


Jika anda baru saja terfikir untuk memelihara kesihatan, lima senarai ujian kesihatan ini mungkin boleh membantu.









1. Kemurungan
Masalah kegemukan atau masalah stres boleh menyebabkan anda gagal menguruskan kehidupan anda. Masalah kemurungan agak sukar untuk dikesan dari segi luaran melainkan anda perlu bertemu doktor kerana perubahan ketara dari segi tenaga, emosi, keletihan melampau dan hilang pertimbangan apabila berdepan dengan masalah kecil. Meskipun masalah kemurungan merupakan penyakit mental, jangan ambil mudah penyakit ini sebaliknya masih ada rawatan untuk sakit murung.





2. Barah kolorektum
Walaupun jumlah pengidap barah kolorektum jarang diketengahkan tetapi ia jumlah yang semakin meningkat saban tahun. Jika anda lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun, sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor untuk mengesan penyakit barah ini. Sekiranya anda mempunyai keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap kanser atau ketumbuhan di dalam kolon, jangan segan mengaku depan doktor anda.







3. Tekanan darah
Berapa tinggi tekanan darah anda hari ini? Bacaan seperti 140/90 atau lebih sudah dikira tinggi. Stres di tempat kerja atau keadaan sekeliling boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat tanpa disedari. Apabila anda menghidap tekanan darah tinggi, anda telah terdedah dengan serangan jantung, mata rabun, strok, kerosakan otak, kegagalan fungsi jantung dan kerosakan salur darah.





4. Kolesterol
Kolesterol baik dianggap HDL yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung. Gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan sihat dan senaman setiap hari boleh membantu anda mengepam HDL dan menurunkan LDL. Bagaimana untuk mengetahui tahap kolesterol anda? Sila lakukan ujian kolesterol sekarang.





5. Lakukan BMI dan ukuran pinggang
Tekanan darah tinggi merupakan satu petunjuk di mana anda perlu melakukan ujian kencing manis. Mengekalkan berat badan yang sihat merupakan penyelamat utama hidup anda. Jika anda berjaya mengekalkan berat badan, anda mampu mengelakkan serangan sakit jantung, kanser dan strok. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana mahu mengekalkan berat badan, bukan? Lakukan pengiraan BMI (body mass index) dan ukuran pinggang. Menerusi BMI, anda boleh tahu sama ada anda kurang berat, normal, terlebih berat atau obesiti.






Elak terlalu yakin mengatakan anda sihat kerana kemunculan awal penyakit tidak boleh dilihat dengan mudah sehinggalah anda mula rasa perubahan diri yang semakin hari semakin teruk. Maka, sudah bersedia bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan hari ini?- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 12:16 PM | Show all posts
oooooooo,tq atas info
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 04:58 PM | Show all posts
yes, isu macam ini perlu dirawati dan consult doctor dengan segera. Click link di sini http://www.lookp.com/malaysia/hospital untuk mendapatkan consultation, rawatan yang selanjutnya dan info mengenai hospital atau klinik terdekat dengan anda.  Webbpage ini akan membantu anda untuk mendapatkan informasi terkini mengenai hospital dan pakar atau doktor. Info mengenai hospital dan doktor ini amat penting dan perlu dibuat research sebelum consult a doctor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064512 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list