CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 1

Pau Teppanyaki Halal Garing @Sungai Buluh

[Copy link]
Post time 19-1-2016 03:15 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO




Pernah tak cuba Pau Teppanyaki? Sebenarnya penulis sendiri pun pertama kali dengar pau ini.


Makanan istimewa ini hanya boleh didapati di Kampung Baru Sungai Buluh.


Setelah melakukan semakan di internet, baru sedar rupa-rupanya kedai jual Pau Teppanyaki ini telah bermula sejak tahun 60-an.


Pada permulaan, ianya dibuat dari rumah dan dijual di pasar, kemudiannya bermula gerai jualan di depan rumah.










Perlu diingatkan, Pau Teppanyaki tersebut mengamalkan konsep sambil buat sambil jual pada masa itu juga.


Cara pembikinannya adalah dengan membakar pau teppanyaki yang berbentuk bulat rata itu di atas kuali rata yang panas sehingga kelihatan sedikit hangus, barulah dikira siap.


Pau Teppanyaki yang panas berbahang sememangnya mengandungi bau wangi dan kelazatan yang amat mempesonakan.








Ianya mempunyai 3 jenis rasa, antaranya kacang merah, kacang dan kelapa, harga jualannya semua adalah RM1.




Rasa manis isi kandungan Pau Teppanyaki secukup rasa, sedap dan tidak berminyak, kelazatannya memang diakui setiap orang yang merasainya.




Kulit luarnya dibakar sehingga sedikit garing, tapi dalamnya masih lembut lagi.




Difahamkan rasa kacang paling digemari berikutan kulit luarannya yang garing dibalut bersama serpihan kacang yang manis dan lazat.- CARI Infonet







Berikut adalah alamat gerai yang menjual Pau Teppanyaki :


345, Jalan Besar,
Sungai Buloh,
47000 Selangor.


Tel: 03 - 6156 2931


GPS: N03 11.808 E101 34.054
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 09:52 AM | Show all posts
nampak mcm sedap srlupp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054042 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list