CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4787|Reply: 24

Mizz Nina Dapat Tip Daripada Ras Adiba Kendalikan Rancangan Islamik

[Copy link]
Post time 10-3-2016 11:54 AM | Show all posts |Read mode





Penyanyi Mizz Nina mendapatkan tip dan tunjuk ajar daripada bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi sebagai langkah persediaan mengacarakan program terbitan TV Al-Hijrah iaitu Into Taqwa With Mizz Nina.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 36, berkata, dia berbesar hati berpeluang menimba ilmu dengan pengacara berpengalaman itu dan menyifatkan Ras Adiba sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu selain banyak memberi nasihat berguna kepadanya.

"Saya amat mengagumi kredibiliti Ras Adiba dalam dunia pengacaraan dan sebab itu saya memilihnya untuk membantu saya bersedia mengacarakan program berkenaan.

"Sebagai seorang yang pernah meminatinya saya amat berbesar hati dapat menimba pelbagai ilmu dalam bidang pengacaraan dengannya dan beliau tidak lokek ilmu.

"Alhamdulillah, tip dan tunjuk ajar diberikan banyak membantu untuk saya lebih santai dan rileks apabila berada dihadapan lensa kamera," katanya kepada mStar Online.

Mizz Nina ditemui pada majlis memperkenalkan program Into Taqwa With Mizz Nina di sini, Rabu.

Ia merupakan sebuah program bual bicara berbahasa Inggeris yang membincangkan isu-isu berhubung kekeluargaan, wanita, perkahwinan dan hubungan dengan Allah.

Program 13 episod itu bakal bersiaran pada 20 Mac ini, setiap Ahad pada pukul 2 petang.

Dalam pada itu, Mizz Nina berkata, dia pada awalnya berasa ragu-ragu untuk menerima tawaran sebagai hos program berkenaan kerana bimbang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Bagaimanapun katanya, dia teruja untuk menyahut cabaran tersebut memandangkan program berkenaan menampilkan konsep dan pendekatan berbeza.

"Saya ada sedikit pengalaman dalam bidang pengacaraan tetapi apabila ditawarkan sebagai hos program ini saya terfikir sama ada mampu untuk melaksanakannya.

"Bukan apa sebelum ini saya yang ditemubual wartawan tetapi menerusi Into Taqwa With Mizz Nina sebaliknya di mana saya akan menemubual ramai tokoh-tokoh Islam dan mendekati mereka secara lebih dekat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mizz Nina berkata, seperti mana kenyataannya sebelum ini dia tidal berhasrat untuk kembali sebagai penyanyi.

Sebaliknya kata Mizz Nina, dia memberi ruang kepada suaminya, Noh Salleh untuk terus berkarya sebagai komposer dan penyanyi.

Selain melibatkan diri dalam kerja amal saya juga aktif melakukan senaman yoga di rumah selain meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong je miss nina handle program ni.sbb sheols sgt humble..bercakap bila perlu je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2016 12:04 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 10-3-2016 11:56 AM
Aku sokong je miss nina handle program ni.sbb sheols sgt humble..bercakap bila perlu je.

Samalah.. dia skrg lain giler.. bkn ustajah jadian n buat2.. Mizz nina n noh mmg blh jd idola
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 12:11 PM | Show all posts
yeee dia dah byk berubah. and cara dia pun humble je
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 12:13 PM | Show all posts
suka sgt mizz nina sgt humble
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap sheols istiqamah..maintain down to earth
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2016 02:19 PM | Show all posts
rindu mizz nina punya rap
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 02:22 PM | Show all posts
dlm byk2 artis berhijab...die nih paling besh....
tak show off sangat....cuma asyik brjubah hitam jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
MN mmg cool.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 02:31 PM | Show all posts
walaupun sheols senantiasa pakai warna hitam, tak pernah nampak kepam macam kokspin
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 02:34 PM | Show all posts
suke ngn die ni.... kaya pn tk over...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 02:44 PM | Show all posts
kelas kan miss nina ni... gred A+ den kasi kat dia...personaliti,karector,attitute,wealthy ... bertudung pun nampak ikhlas...bukan mcm betina2 sekarang ni,pakai tudung sbb nk ikut trend...tapi baju ketat plus gedik mengalahkan betina sundal...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 02:52 PM | Show all posts
kannnn bukan cam setengah penyanyi,
dah berhijrah pon sibuk berhasrat bagai nak kembali ke pentas nyanyian katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup! Humble je dia even anak org kaya n mmg kaya.. Artist GRED A+++
Nmpk exclusive & classy..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 04:09 PM | Show all posts
UNTONG LA BAPAK ORANG KAYA.

BAJU TAK LAKU PUN BOLEH BUKAK TALKSHOW PLAKKKKKKTUIHHHH
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Plastikkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2016 05:30 PM | Show all posts
ok jer dia ni ... tapi dah gemuk  ekk
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 11-3-2016 03:44 PM
Plastikkk

nope she is not,  she is real nice woman,  patut Allah kasik hidayah yag benar kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu yg nk mengajar bajet2 best jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 08:39 PM | Show all posts
beranak lah nina


patut mula  fikir serius bab anak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055211 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list