View: 2771|Reply: 3
|
Sis Gila Selfie Sampai Mati Haiwan Dibuatnya!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Sejujurnya, mereka yang gila selfie sudah sampai tahap yang sangat menjengkelkan. Seperti mana kisah wanita ini yang sibuk sangat nak bergambar dengan seekor angsa di sebuah tasik.
Wanita itu berjaya menangkap seekor angsa di sebuah tasik di Macedonia dah akhirnya terbiar sahaja kejung di tepi tasik itu apabila sudah mati.

Dalam gambar yang tersebar di laman sosial itu, wanita itu dilihat menarik sayap si angsa dengan harapan dapat selfie bersama.
Selepas berjaya menangkap gambar selfie dengan haiwan itu, didapati angsa tidak lagi bergerak, seperti yang dilaporkan Macedonia Online.
Akhirnya angsa terbiar mati kejung di situ dan satu soalan, adakah berbaloi gambar selfie tersebut sehingga menyebabkan kematian haiwan?

(Sumber foto: Metro UK)
Ini bukan insiden pertama, misalnya di Argentina dilaporkan seekor ikan lumba-lumba mati selepas pelawat menariknya keluar dari kawasan laut hanya untuk bergambar selfie.
Awas sis, jangan sampai jadi pembunuh hanya kerana selfie! - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
sadisnya....   |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh....
angsa tuh patot sudu kn aje ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|