View: 62926|Reply: 117
|
Institusi Pengajian Tinggi / Kemahiran & Teknikal di Malaysia (IPTA/IPTS)
[Copy link]
|
|
Edited by robotech at 28-3-2016 03:56 PM
Tujuan saya membuka topik ini adalah bertujuan untuk memberikan informasi ringkas mengenai Institusi Pengajian Tinggi / Institusi Tinggi Kemahiran kepada lulusan SPM / STPM / STAM / O-Level / A-Level tentang halatuju pengajian sepenuh masa serta wargakerja yang ingin menyambung secara separuh masa.
The reason I opened this thread is to give brief information on Higher Education Institutions / Skills Institutes to SPM / STPM / STAM / O-Level / A-Level graduates regarding higher education pathway for full time studies and also to working adults who seeks part time studies.
Ini adalah kesinambungan kepada topik saya yang terdahulu iaitu "Malaysia Higher Education - Universities & University Colleges" yang aktif sekitar 2009 - 2013 sehingga ia diarkibkan oleh admin CARI.
This is a continuation to my previous thread "Malaysia Higher Education - Universities & University Colleges" which was quite active back in 2009 - 2013 until it was archived by CARI admin.
Topik ini akan menyenaraikan secara komprehensif IPTA / IPTS bertaraf Politeknik / Institut Pendidikan Guru / Universiti / Kolej Universiti, senarai Institusi Pengajian Mara (IPMa) dan juga Institusi Kemahiran / Teknikal yang ada di Malaysia.
This thread will listed comprehensively the IPTAs (Public Uni) / IPTS (Private Uni) which of Polytechnic / Teachers' Training Institute / University / University College status and also Skills / Technical Institutes available in Malaysia.
Semoga topik ini akan membantu anda dalam membuat pilihan terbaik dalam menentukan halatuju pengajian tinggi anda.
May this thread helps you in making the best choice in deciding your future higher education.
- Robotech
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 13-7-2016 10:12 AM
HALATUJU PROGRAM PENGAJIAN AKADEMIK SETELAH TAMAT SPM
Kemana halatuju anda selepas SPM? Berikut adalah beberapa pilihan kepada lepasan SPM. Namun semuanya tetap bergantung kepada prestasi anda dalam SPM.
Universiti Awam dan Swasta (IPTA / IPTS)
Universiti ialah destinasi puncak bagi semua pelajar. Namun tidak semua pelajar layak masuk ke universiti. Pelajar yang berjaya masuk ke universiti awam (IPTA) selepas SPM / STPM ialah pelajar yang cemerlang. Lepasan SPM / STPM / STAM / Diploma memohon kemasukan ke universiti awam (IPTA) melalui UPU manakala kemasukan ke universiti swasta dilakukan secara terus ke IPTS berkenaan. IPTA / IPTS menawarkan pengajian Diploma, Asasi Pra-U, Sarjana Muda (Bachelor), Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD).
Kolej Matrikulasi KPM / Pusat Asasi IPTA
Matrikulasi KPM dan Pusat Asasi IPTA menawarkan aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan. Seperti juga Pusat Asasi, selepas Matrik, pelajar boleh memohon kemasukan ke IPTA melalui UPU. Program matrikulasi dan asasi adalah selama setahun atau dua tahun bergantung kepada keputusan SPM pelajar. Matrikulasi adalah diurustadbir oleh KPM manakala Asasi diuruskan oleh IPTA yang berkenaan sepert Asasi UM atau Asasi UIA dll. Namun agak sukar memasuki Matrikulasi KPM / Asasi IPTA melainkan memiliki keputusan SPM yang cemerlang. Kelebihan Matrikulasi KPM / Asasi IPTA ialah pengajian boleh ditamatkan dalam masa yang singkat. Sijil Matrikulasi KPM / Asasi IPTA adalah setaraf sijil STPM untuk kemasukan program ijazah sarjana muda ke IPTA / IPTS.
IPTS pula menawarkan pengajian Asasi Pra-U yang berfungsi sebagai halatuju ke pengajian Sarjana Muda.
Politeknik
Politeknik menawarkan program akademik yang bersifat teknikal untuk peringkat pra-diploma / diploma / Sarjana Muda (hanya ditawarkan di Politeknik Premier). Secara umumnya Politeknik terdiri dari Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, dan Politeknik Premier. Lulusan SPM yang ingin melanjutkan pengajian diploma amnya akan memilih untuk ke Politeknik.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Bagi mereka berkelulusan SPM yang ingin menjadi guru, maka pilihan tepat adalah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). IPGM merupakan sebuah insitut pendidikan yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah serta mengendalikan 27 buah kampus IPG. IPGM menawarkan sebanyak enam program utama di IPG iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Diploma perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Perguruan Malaysia (DPM), Diploma Perguruan Lepasan Diploma (DPLD) dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Berdasarkan program tersebut, IPGM menawarkan dua jenis mod pembelajaran iaitu mod sepenuh masa dan mod separuh masa. Seterusnya, IPGM mempunyai beberapa kumpulan pelajar yang terdiri daripada tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, tajaan Agensi Luar Kementerian Pendidikan dan tajaan Kerajan Negeri. Jesteru, guru pelatih di IPG akan ditempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh negara sejurus tamat pengajian.
Tingkatan 6 (STPM / STAM)
Lepasan SPM memasuki Tingkatan 6 untuk menduduki peperiksaan STPM / STAM. STPM terdiri dari dua aliran iaitu Sains dan Sastera manakala STAM adalah khusus untuk aliran agama Islam. Sistem pengajian STPM kini menggunakan sistem semester dan pemarkahan CGPA mirip kepada sistem Matrikusi / Asasi / program Pra-U bagi menyeragamkannya dengan sistem pendidikan nasional. STAM pula menggunakan sistem kelulusan Mumtaz - Cemerlang / Jayyid Jiddan - Sangat Baik / Jayyid - Baik / Maqbul - Lulus / Rasib - Gagal sebagaimana sistem pra-U Al-Azhar. STPM/ STAM adalah setaraf A-Level dan diiktiraf di seluruh dunia untuk kemasukan ke mana2 Universiti di dalam Malaysia dan peringkat antarabangsa. STPM / STAM lebih bernilai dari sijil Matrikulasi / Asasi / Pra-U kerana ia setaraf Diploma bagi tujuan memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta.
Notakaki:
Intitusi kemahiran / teknikal tidak disertakan kerana akan dinyatakan dengan lebih terperinci pada masa akan datang. - Robotech
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 5-10-2016 05:34 PM
ACADEMIC PATHWAY AFTER SPM
What is your pathway after SPM? Hereby are a number of choices to SPM graduates however it depends on how well your SPM results.
Public and Private Universities (IPTA / IPTS)
University is the apex achievement for all students. However not all students are eligible to enrol to universities. Those who successfully enroll to public universities after SPM / STPM are with excellent results. Graduates of SPM / STPM / STAM / Diploma level applied directly through UPU online admission to public universities (IPTA) while admission to private universities (IPTS) being done directly with the IPTS concerned. IPTA / IPTS offered Diploma, Foundation or Pre-U studies, Bachelor, Master and PhD programmes.
KPM Matriculation / Foundation Studies
KPM Matriculation and Foundation Studies by IPTA offered Science and Arts streams. After completing Matriculation and Foundation studies, students can apply to public universities (IPTA) through UPU. Generally duration for Matriculation / Foundation studies takes aroun 1-2 years based on the SPM results. KPM Matriculation is administered by Ministry of Education (KPM or MOE) and Foundation Studies is being offered by a certain IPTA such as IIUM Foundation Studies or UM Foundation Studies etc. Advantage of both Matriculation / Foundation is the pathway to bachelor degree level is much shorter. KPM Matriculation / Foundation Studies results are equivalent to both STPM and A-Level qualifications to enrol to bachelor degree programmes in both public and private universities.
Private Universities offered Pre-U Foundation programme as a pathway to bachelor degree programme.
Polytechnic
Polytechnic offered technical based academic programmes from pre-diploma / diploma / Bachelor degree level (only offered at Premier Polytechnic). Generally Polytechnics are categorised into Conventional Polytechnic, METrO Polytechnic and Premier Polytechnic. SPM graduates wishing to enroll to diploma programmes will generally choose to apply to Polytechnics.
Teacher Education Institute of Malaysia (IPGM)
For SPM graduates who wants to be a teacher, that the correct choice will be Teacher Education Institute of Malaysia (IPGM). IPGM is a education institute that trained teacher's trainees for both primary and secondary schools alongside administered 27 IPG campuses. IPGM offered programmes such as Bachelor of Education / Teaching (PPISMP), Post Graduate Diploma in Teaching (DPLI), Malaysia Teaching Diploma(DPM), Diploma in Teaching for Diploma Graduate (DPLD), and In-Service Training (LDP). Based on the programmes, IPGM offered two modes of learning that are full-time mode and part-time mode. IPGM have types of student groups that are sponsored by Ministry of Education (KPM), agencies outside KPM and State Governments. Teacher's trainees will undergo placement to all public schools all over Malaysia after completing their studies.
Form 6 (STPM / STAM)
SPM graduates enroll to Form 6 to sit for STPM / STAM examinations. STPM are divided into two streams namely Arts and Sciences meanwhile STAM is specifically for Islamic Studies stream. STPM system nowadays are using semester based study and CGPA based markings similar to Matriculation / Foundation / Pre-U programmes due to national streamlining of Malaysia education system. STAM used a system as that of Al-Azhar Pre-University programme. STPM / STAM are equivalent to A-Level and recognised globally for admission to various Universities both in Malaysia and internationally. STPM / STAM are recognised as equivalent to Diploma level and can be used for the express purpose of job application in both public and private sectors.
Footnote:
Skills /technical-based institutes are not included as it will be posted in detail in future installment. - Robotech
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 28-3-2016 04:04 PM
POLITEKNIK MALAYSIA
Politeknik merupakan tempat yang berkesan untuk melatih modal insan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Politeknik, universiti dan Kolej Komuniti di Malaysia terletak di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Polytechnic is an effective place to train human capital to fulfill the workforce needs and reduce dependency to foreign workers. Polytechnic and Community College are administered by Ministry of Education (KPM).
Politeknik telah melahirkan 40,000 graduan peringkat diploma setiap tahun. Sehingga 2008, terdapat 27 buah politeknik dengan 85,000 pelajar.
Polytechnic has produced around 40,000 diploma graduates each year. As of 2008, there are 27 polytechnics with the population of 85,000 students.
Politeknik menawarkan pengajian Pra Diploma, Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda (dijalankan di Politeknik Premier). Lulusan Politeknik mempunyai pasaran pekerjaan yang baik jika dibandingkan dengan lulusan universiti di dalam industri.
Polytechnic offers Pre Diploma, Diploma and Bachelor degree programmes (degree only offered at Premier Polytechnics). Polytechnics graduates have a better chances in the job market as compared to university graduates in the industry.
Politeknik Premier
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Pengambilan pelajar hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier juga menjalankan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana. Permohonan adalah melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa.
Premier Polytechnic is polytechnic that is equal to a University. Enrollment is specifically for students with excellent results in SPM. It offers Diploma, Advanced Diploma and Bachelor degree courses. Admission is via UPU Online and also applicable for full time and part time studies.
1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
Politeknik Konvensional
Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan adalah pelajar lepasan SPM, yang menawarkan program pengajian pada peringkat pra-Diploma dan Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan boleh dibuat melalui UPU Online.
Conventional Polytechnic is normal polytechnic of the yesteryears. Offering placement to SPM school leavers to Pre Diploma and Diploma levels for both fulltime and parttime courses. Application is via UPU Online.
1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan
4. Politeknik Kuching, Sarawak
5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
8. Politeknik Kota, Melaka
9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu
10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu
11. Politeknik Merlimau, Melaka
12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
17. Politeknik Mukah, Sarawak
18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
19. Politeknik Jeli, Kelantan
20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21. Politeknik Banting, Selangor
22. Politeknik Mersing, Johor
23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
24. Politeknik Sandakan, Sabah
Politeknik METrO
Politeknik ini adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Sasaran pelajar adalah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.
METrO Polytechnic is a type of polytechnic established to fulfill the needs of the socio-economic localised in certain urban areas. Enrollment targets SPM school leavers and working adults that needs upskill and re-skilling. Placing importance in Blended Learning and more towards Open Distance Learning (ODL) via e-learning.
1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
4. Politeknik METrO Betong (PMB)
5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
Pautan / Link:
http://www.politeknik.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 12:32 PM
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah hingga menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya.
IPGM is a higher education institutions to train teacher's trainees for primary and secondary public schools in Malaysia. All IPGMs is administered by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) based in Cyberjaya.
Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan yang melatih bakal - bakal guru. Bakal - bakal guru ini terdiri daripada pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Diploma perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Perguruan Malaysia (DPM), Diploma Perguruan Lepasan Diploma (DPLD) dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).
IPGM was formerly known as Maktab Perguruan which trained future teachers. The teacher's trainees are mostly those taking Bachelor in Teaching (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan - PPISMP), Post Graduate Diploma in Teaching (Diploma perguruan Lepasan Ijazah - DPLI), Malaysia Teaching Diploma (Diploma Perguruan Malaysia - DPM), Diploma in Teaching for Diploma Graduate (Diploma Perguruan Lepasan Diploma - DPLD), and In-Service Training (Latihan Dalam Perkhidmatan - LDP).
Pelajar yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhajaya Perkhidmatan Pelajaran.
Students are chosen by Teacher's Education Department (Bahagian Pendidikan Guru - BPG) for enrollment to IPGM through a series of interviews and tests. Those that passed preliminary level will be offered to for placement for Bachelor in Teaching degree programmes (Sarjana Muda Perguruan) at IPGM which are recognised by MQA and Public Service Dept (JPA).
Guru2 pelatih di IPG akan ditempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh negara sejurus tamat pengajian.
Teacher's trainees will undergo placement to all public schools all over Malaysia after completing their studies.
Senarai IPGM seluruh negara / List of IPGMs:
1. IPG Kampus Sarawak, Miri, Sarawak
2. IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak
3. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
4. IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah
5. IPG Kampus Gaya, K. Kinabalu, Sabah
6. IPG Kampus Tawau, Sabah
7. IPG Kampus Keningau, Sabah
8. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
9. IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai, N. Sembilan
10. IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
11. IPG Kampus Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur
12. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
13. IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu
14. IPG Kampus Perlis, Kangar, Perlis
15. IPG Kampus Tuanku Bainun, Seberang Prai, Penang
16. IPG Kampus Pulau Pinang, Penang
17. IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, N. Sembilan
18. IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
19. IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah
20. IPG Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah
21. IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
22. IPG Kampus Temenggong Ibrahim, JB, Johor
23. IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan
24. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
25. IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor
26. IPG Kampus Ipoh, Perak
27. IPG Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak
Pautan / Link:
https://pismp.moe.gov.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 12:32 PM
PROGRAM MATRIKULASI KPM
Latar Belakang
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Pada sesi 1999/2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998.
Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Konsep
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.
Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.
Di samping menyediakan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, pelajar juga perlu mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.
Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.
Tempat Pengajian
Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi dijalankan di Kolej-Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA sahaja. Senarai Kolej Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:
1. Kolej Matrikulasi Melaka
2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
4. Kolej Matrikulasi Perlis
5. Kolej Matrikulasi Labuan
6. Kolej Matrikulasi Johor
7. Kolej Matrikulasi Perak
8. Kolej Matrikulasi Kedah
9. Kolej Matrikulasi Pahang
10. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
13. Kolej Matrikulasi Kelantan
14. Kolej Matrikulasi Sarawak
15. Kolej MARA Kulim, Kedah
16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah
Pautan:
https://matrikulasi.moe.gov.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 12:34 PM
MOE MATRICULATION PROGRAMME
Background
The Ministry of Education established the Matriculation Division on 1 September 1998 in order to coordinate all matriculation / foundation programmes previously managed by public institutions of higher learning.
In the 1999/2000 session, the Matriculation Division of the Ministry of Education started the Matriculation Programme for students who sat for the 1998 SPM examination.
Starting from the 2000/2001 session, all matriculation programmes except those by the International Islamic University and Centre for Foundation Studies in Science of the University of Malaya were managed fully by the Matriculation Division.
Concept
The Ministry of Education Matriculation Programme is a preparatory programme for bumiputera students with Malaysian Certificate of Education to qualify them for degree courses in science, technology and the professional arts in public and private universities.
Pre-university studies take two (2) semesters. The programme curriculum focuses on the academic aspect without neglecting the co-curricular aspect.
The students produced are knowledgeable and competent, as well as have exemplary personal qualities and leadership capabilities.
All students in this programme follow the same syllabus and undergo the same evaluation method. The selection of students to enter university is made only after they have passed the Matriculation Programme.
Colleges
Starting from the 2003/2004 session, the Matriculation Programme is conducted at matriculation colleges and MARA Colleges only. The list of Ministry of Education Matriculation Colleges as follows:
1. Kolej Matrikulasi Melaka
2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
4. Kolej Matrikulasi Perlis
5. Kolej Matrikulasi Labuan
6. Kolej Matrikulasi Johor
7. Kolej Matrikulasi Perak
8. Kolej Matrikulasi Kedah
9. Kolej Matrikulasi Pahang
10. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
13. Kolej Matrikulasi Kelantan
14. Kolej Matrikulasi Sarawak
15. Kolej MARA Kulim, Kedah
16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah
Link (in BM):
https://matrikulasi.moe.gov.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 03:59 AM
KOLEJ KOMUNITI
Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.
In 5th July 2011, Malaysian Cabinet has reviewed Memorandum No 398/2225/00 as proposed by Minister of Education regarding the concept of establishment of Community Colleges in every Parliamentary areas.
Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Community Colleges under Malaysia Education Ministry will become institutions that offers the training and skills needs from all level and provide education opportunities to high school leavers before they enter the employment market or continue their higher education studies.
Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara. 2 lagi kolej baru telah mula beroperasi bermula Sesi Januari 2008 menjadikan jumlah keseluruhan kolej komuniti adalah sebanyak 37 buah
Around 10 pioneer Community Colleges started operations in mid June 2001 and two more by end of December 2001. Until July 2007, around 35 Community Colleges have become operational throughout Malaysia. By 2008, two additional colleges have been operational making a total of 37 Community Colleges till now.
Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti.
More Community Colleges is in the planning to be build in phases in 9th Malaysian Plan to open more opportunities to local communities to enhance their knowledge and skills in lieu with the objective of the establishment of Community College.
Kolej Komuniti menawarkan program kemahiran berbentuk modular dan program akademik seperti Sijil Kolej Komuniti (SKK), Sijil Kemahiran Khas dan Diploma Kolej Komuniti.
Community College offers skills based modular programmes and academic courses such as Community College Certificate and Community College Diploma.
Pautan / Link:
http://www.jpkk.edu.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:02 AM
JABATAN TENAGA MANUSIA
Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pertukaran nama berkenaan adalah disebabkan oleh fungsinya yang difokuskan kepada aktiviti program latihan kemahiran sahaja. Pertukaran nama ini berlaku pada awal tahun 2000. Diawal penubuhan JTR, ia berfungsi sebagai pusat melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta.
Pada ketika ini JTM telah dan akan melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.
Formerly known as Jabatan Tenaga Rakyat (JTR), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) or the Manpower Department was established in 1967. The shift in name, which took place in early 2000, was due to the switch of the department's current primary function, which is to provide skills training programmes. In contrast, JTR functioned not only to produce trained skilled work force, but also to carry out job placements based on gathered data.
Now, JTM has produced and is producing skilled workforce for the nation from the certificate right up to the advanced diploma level; and to meet the demands for skilled labour and changes brought about by the rapid advancements in Science and Technology, JTM has set up Industrial Training Colleges nationwide.
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)
Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sejenis institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia. Sejarah penubuhan ILP telah bermula semenjak tahun 1964 lagi dengan penubuhan ILP Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1973, ILP Prai telah dibina diikuti dengan CIAST Shah Alam dan lain-lain di Kuala Terengganu, Pasir Gudang, Labuan, Kuantan, Kota Bahru, Jitra, Ipoh, Bandar Melaka, dan JMTI Seberang Perai. ILP adalah di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Manakala JTM adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Selepas itu, 9 buah lagi institut dibina dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan ditambah lagi sehingga berjumlah sebanyak 22 buah ILP.
Sebanyak 22 buah ILP menawarkan pengajian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari tahap 2 tahap 3 dalam pelbagai jurusan kemahiran teknikal.
ILP is an institute under JTM counducting skills based and technical programmes offered by Malaysian Skills Certificate from level 1-3. There are 22 ILPs all over Malaysia offering various skill based courses.
Senarai ILP seluruh negara / List of ILPs in Malaysia:
- ILP Kuala Lumpur
- ILP Kuala Langat
- ILP Selandar
- ILP Bukit Katil
- ILP Ledang
- ILP Pasir Gudang
- ILP Mersing
- ILP Pedas
- ILP Ipoh
- ILP Kuantan
- ILP Kangar
- ILP Jitra
- ILP Arumugam Pillai
- ILP Perai
- ILP Kepala Batas
- ILP Kuala Terengganu
- ILP Kota Bharu
- ILP Kota Kinabalu
- ILP Sandakan
- ILP Labuan
- ILP Kota Samarahan
- ILP Miri
- ILP Marang
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC)
ADTEC merupakan sebuah institusi kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia dimana terdapat 29 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 22 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
ADTEC menawarkan kursus kemahiran teknikal Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) sehingga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) iaitu tahap 4-5 dalam pelbagai bidang.
ADTEC is a skills institute under JTM offering skill based and technical courses such as Malaysian Skills Diploma and Malaysian Skills Advanced Diploma from level 4-5 in various fields.
Senarai ADTEC seluruh negara / List of ADTECs in Malaysia:
- ADTEC Shah Alam
- ADTEC Batu Pahat
- ADTEC Kulim
- ADTEC Melaka
- ADTEC Taiping
- ADTEC Kemaman
- ADTEC BINTULU
- ADTEC Jerantut
JAPAN-MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE (JMTi)
Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi) telah dicadangkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994. JMTi ditubuhkan pada 1998 hasil kerjasama teknikal dengan negara Jepun bermula secara rasmi dan diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia(JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM). Institut ini dibina di tengah-tengah kawasan perindustrian bukit minyak bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir. JMTi menawarkan program-program peringkat SKM, Diploma dan Diploma Lanjutan.
Japan-Malaysia Technical Institute (JMTi) was proposed by Economic Planning Unit of the Prime Minister's Office in 1994. JMTI is officially established in 1998 as a result of technical cooperation with Japan and administered under Manpower Department (JTM). JMTi offers technical programmes ranging from Malaysia Skills Certificate up to Diploma and Advance Diploma level.
Menawarkan program pengajian teknikal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara bagi merealisasikan Wawasan 2020 yang mensasarkan 50% tenaga kerja berkemahiran tinggi. Program-program yang ditawarkan adalah selaras dengan keperluan industri semasa dan menggunakan kelengkapan peralatan bengkel berteknologi tinggi dalam proses pengajaran.
JMTi offers technical programmes to meet the demands of skilled workforce in Malaysia to realised the Vision 2020 which targeted 50% of Malaysian workforce with advanced skill level. Programmes offered are in line with current industrial needs and the usage of high technological workshop tools in teaching processes.
Terdapat 5 program utama yang ditawarkan iaitu Program Teknologi Kejuruteraan Elektronik , Program Teknologi Kejuruteraan Komputer, Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Program Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, dan Program Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu. Selain daripada itu Institut juga menawarkan program-program jangka pendek dan program SKM.
There are 5 programmes offered mainly Electronic Engineering Technology Programme, Computer Engineering Technology Programme, Mechatronic Engineering Technology Programme, Manufacturing Engineering Technology Programme, and Precision Machining Technology Programme. The Institute also offers short courses and Malaysian Skills Certificate programmes.
Institut telah menerima pelbagai pengiktirafan bagi melengkapkan para graduan bagi merebut peluang pekerjaan atau melanjutkan pengajian diperingkat yang lebih tinggi.
JMTi has received many recognition in prepping up its graduates to enter the employment opportunities or continuing their education to the higher level.
Pautan / Links:
Jabatan Tenaga Manusia: http://www.jtm.gov.my/
Jabatan Pembangunan Kemahiran: https://www.dsd.gov.my/
Japan-Malaysian Technical Institute (JMTi): http://www.jmti.gov.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:10 AM
KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
Kolej Profesional MARA (KPM) ialah sebuah kolej awam yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada mulanya dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM), KPM pertama telah ditubuhkan pada Mei 1977 di Kuala Lumpur. Sejak itu, terdapat enam buah kampus KPM ditubuhkan di seluruh Malaysia.
MARA Professional Colleges (KPM) are public colleges managed by MARA. Previously known as MARA Business Institute (IPM), the first institutions is established back in May 1977 in Kuala Lumpur. Currently there are six KPM campuses throughout Malaysia.
KPM menawarkan program Higher National Diploma (BTEC HND) dalam bidang:
KPM offers Pearson Higher National Diploma (BTEC HND) in the field of:
1. HND in Computing (System Development) [HND SYD]
2. HND in Business (Marketing) [HND BMk]
3. HND in Business and ICT [HND BICT]
KPM turut menawarkan program Diploma merangkumi perniagaan pengurusan, agrosains, pengkomputeran dan lain2 lagi.
KPM also offers several Diploma programmes ranging from business management, agro science, science computing amongst others.
Berikut adalah senarai KPM di seluruh Malaysia / Here are the list of KPM in Malaysia:
- KPM Beranang, Selangor
Pautan / Link: http://www.kpmb.edu.my/
- KPM Bandar Melaka, Melaka
Pautan / Link: http://www.kpmbm.edu.my/
- KPM Ayer Molek, Melaka
Pautan / Link: http://www.kpmam.edu.my/
- KPM Indera Mahkota, Pahang
Pautan / Link: http://www.kpmim.edu.my/
- KPM Seri Iskandar, Perak
Pautan / Link: http://www.kpmsi.edu.my/
- KPM Bandar Penawar, Johor
Pautan / Link: http://www.kpmbp.edu.my/
KOLEJ MARA
Secara umumnya, Kolej MARA bermula sebagai Maktab Rendah Sains MARA yang telah dinaiktaraf kepada Institut Pengajian MARA (IPMa) yang menawarkan pengajian pra Universiti bertaraf antarabangsa seperti Cambridge GCE A-Levels, International Baccalaureate (IB) Diploma, disamping menawarkan pengajian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia serta pengajian Asasi Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Kolej MARA menawarkan yang terbaik kepada golongan pelajar yang cemerlang supaya mereka dapat merealisasikan cita2 mereka.
Generally, MARA Colleges started as the MARA Junior Science Colleges (MRSM) and has been transformed into a MARA Institute of Higher Learning (IPMa) offering international pre-U programmes such as Cambridge GCE A-Levels, International Baccalaureate (IB) Diploma alongside MOE (Ministry of Education) Matriculation and Foundation programmes for University of Kuala Lumpur (UniKL). This preparatory institution offers the best for the best, for them to be able to achieve their dreams.
Kolej MARA Seremban menawarkan program Cambridge GCE A-Levels dan program International Baccalaureate (IB) Diploma.
MARA College Seremban offers Cambridge GCE A-Levels programme and International Baccalaureate (IB) Diploma programme.
Pautan / Link: http://www.kmseremban.edu.my/
Kolej MARA Kulim menawarkan program Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PPKS UMK)
MARA College Kulim offers MoE's Matriculation programme and Science Entrepreneurship Preparatory Program by University of Malaysia, Kelantan (PPKS UMK).
Pautan / Link: http://www.kmkulim.edu.my/
Sejak tahun 1990, Kolej MARA Banting telah menerima pengiktirafan dari International Baccalaureate Organisation (IBO) untuk menjalankan program International Baccalaureate (IB) Diploma dan bermula pada 2003, Kolej ini hanya menawarkan program IB sahaja dan merupakan salah satu IB World School yang terbesar berdasarkan jumlah pengambilan pelajar.
Since 1990, MARA College Banting has received recognition from the International Baccalaureate Organisation (IBO) to conduct the International Baccalaureate Diploma Programme and is now one of the IB World Schools. In 2003, Kolej MARA Banting started offering only IBDP and today, Kolej MARA Banting is one of the largest IB World School which offers the IBDP in terms of student intake.
Pautan / Link: http://www.kmb.edu.my/
Kolej MARA Kuala Nerang menjalankan 6 program berbeza. Sebahagiannya adalah program persediaan ke luar negara. Berikut adalah sinopsis ringkas tentang program-program di Kolej MARA Kuala Nerang.
MARA College Kuala Nerang runs 6 distinct pre-University foundation programmes upon which a few are pre-U programmes to overseas studies. The programmes offered are:
1. Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan / MoE's Matriculation
2. Program Foundation in Science (FSc) UniKL - United Kingdom
3. Program Foundation in Science (FSc) UniKL - RCMP (Royal College of Medicine, Perak)
4. Program Foundation in Science (FSc) UniKL - Australia / New Zealand
5. Program Foundation in Science (FSc) UniKL - Vinayaka Missions University (India)
6. Program Foundation in Science & Technology (FIST) UniKL
Pautan / Link: http://www.kmkn.edu.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:12 AM
GIATMARA
GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).
Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.
GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (kini dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi.
Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Pada akhir RMK 10, bilangan GIATMARA dijangka akan bertambah menjadi 231 buah seluruh negara.
INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) & KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)
Institut Kemahiran MARA (IKM) / Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan.
Perlaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan berbagai kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan di IKM / KKTM di seluruh negara. IKM yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1968 iaitu IKM Melaka yang pada masa itu ditempatkan di Jalan Hang Tuah, Melaka. Pada awalnya IKM diwujudkan dengan objektif berorientasikan sosial iaitu untuk membanteras masalah keciciran di dalam bidang pendidikan di kalangan remaja dan belia Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar.
Apabila negara mula mempelbagaikan sistem ekonominya dari bidang pertanian ke bidang perusahaan dan perindustrian, keperluan pekerja separuh mahir untuk bekerja di kilang-kilang yang ditubuhkan mula ketara. Mulai tahun 70an, bidang-bidang kemahiran telah diperbanyakkan dan jumlah IKM telah ditambah. IKM memberi peluang kepada remaja dan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan, mendapatkan kelulusan dan kemahiran untuk melayakkan mereka untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat swasta.
Daripada asalnya dikenali sebagai "sekolah tukang" iaitu pusat latihan yang melahirkan tukang yang mahir dalam sesuatu bidang, kini IKM telah berkembang mengikut peredaran zaman. Selaras dengan perkembangan di dalam dunia pendidikan yang diterajui oleh perkembangan ekonomi berasaskan teknologi, negara memerlukan lebih ramai pekerja berpengetahuan atau "knowledge workers". Di samping itu perkembangan teknologi juga menyebabkan syarikat-syarikat pembuatan dan perindustrian yang memberi sumbangan besar terhadap mengadakan peluang-peluang pekerjaan, mengubah keperluan sumber manusia mereka daripada "tukang pasang" atau "assembly workers" kepada pekerja berkemahiran tinggi atau highly-skilled workers. Sehubungan dengan itu, aliran kemahiran menjadi penting di dalam program pembangunan sumber manusia dan secara langsung merupakan satu laluan yang selari dengan aliran akademik dan ini membolehkan lepasan sekolah menengah membuat pilihan tentang haluan dan bidang kerjaya yang hendak mereka ceburi. Hakikat inilah yang menjadi asas utama di dalam pembangunan IKM.
Sehingga awal tahun 90an, kesemua kursus latihan kemahiran dijalankan di peringkat Sijil bagi Belia Bumiputera dalam peringkat umur 16-40 tahun. Antara latihan kemahiran yang diadakan adalah dalam bidang seperti Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Senibina dan juga Seni dan Rekabentuk.
Kursus di tahap Diploma pula mula dijalankan pada tahun 1995 apabila IKM Petaling Jaya menjalankan sepenuhnya program Higher National Diploma dalam bidang Elektronik dan diploma ini ditauliahkan oleh Edexcel International of United Kingdom.
Ini kemudiannya diikuti oleh program diploma di dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif, Bangunan, Elektrik, Elektronik dan Mekanikal secara usahasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Manakala program diploma dalam bidang Teknologi Pembuatan dan Membuat Acuan dilaksanakan dengan kerjasama German Malaysia Institute (GMI).
Peningkatan tahap kursus memerlukan tenaga pengajar dan pengurusan yang mempunyai kelulusan dan kelayakkan yang lebih tinggi disamping kemudahan dan alatan latihan yang lebih canggih yang mencerminkan teknologi yang sebenarnya digunakan dalam pasaran serta industri. Ini mencetuskan IKM dinaiktaraf menjadi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) bagi pusat-pusat yang menjalankan program diploma iaitu di KKTM Pasir Mas, KKTM Petaling Jaya dan KKTM Balik Pulau.
Dengan ini, KKTM bukan sahaja merupakan salah satu aliran pilihan secara langsung bagi pelajar-pelajar yang tamat SPM atau SPM(V) tetapi juga memberi peluang pelatih lepasan IKM melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma.
MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII)
MARA Japan Industrial Institute (MJII) bermula sebagai KKTM Beranang merupakan sebuah kolej kemahiran tinggi di bawah pengurusan Bahagian Kemahiran dan Teknikal(BKT) MARA. KKTM Beranang mula dibina pada tahun 2004 dengan keluasan 22 ekar. KKTM Beranang mula beroperasi pada Jun 2008 dan memulakan sesi akademik pada Januari 2009. Pada 19 September 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengubah nama KKTM Beranang kepada MARA Japan Industrial Institute (MJII).
MJII diwujudkan bertujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi menempatkan diri mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping melahirkan bakal-bakal usahawan.
Selaras dengan keperluan gunatenaga mahir negara, kewujudan MJII memberikan kelainan berbanding pusat-pusat lain di mana program yang dilaksanakan adalah bertaraf kejuruteraan dengan memfokuskan kepada teknologi terkini. Disamping mempelajari Bahasa Jepun sebagai bahasa kedua, penerapan etika dan budaya kerja Jepun turut dilaksanakan di kalangan pelajar dan juga warga kerja. Ini menjadikan MJII lebih mantap dalam melahirkan graduan yang berketerampilan dan berdaya saing.
Pautan:
GIATMARA: http://www.giatmara.edu.my/
IKM & KKTM: http://www.ekemahiran.edu.my/
Senarai IKM / KKTM seluruh Malaysia: http://www.mara.gov.my/senarai-kktm
MARA Japan Industrial Institute: http://www.mjii.edu.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:13 AM
GIATMARA
GIATMARA specifically formed to provide technical and vocational training skills in Malaysia. GIATMARA Training Centre Programme started on the 5th Malaysian Plan (1986) in Jitra, Kedah. Until the 8th Malaysia Plan, the Government has approved 176 GIATMARA Centres throughout Malaysia. As of the year 2005 there are 170 GIATMARA Centres in operation with an expected total of 231 centres to be established by end of 10th Malaysia Plan. GIATMARA centres provide short term single-skill specialist training courses (full time) in relation to the fields of building technology, furniture craftsmanship, automotive and many more.
GIATMARA provides Lifelong Learning courses to current students and interested individuals through its various short courses programme. The concept of Lifelong Learning was introduced 4 years ago in GIATMARA to give value added skills to their students in order to be more competitive in the ever changing job market requirements. GIATMARA has taken the initiative to promote the concept of Lifelong Learning to surrounding communities such as Tailoring, House Building, Electrical and other relevant skills to cater to individual needs and requirements.
MARA SKILLS TRAINING INSTITUTE (IKM) & MARA SKILLS TRAINING COLLEGE (KKTM)
The Majlis Amanah Rakyat (MARA), through its ‘MARA Skills Training Programme’, offers various commercial and skill training programmes. These programmes aim at increasing the number of highly trained Bumiputra youth in the fields of business, industry, manufacturing, high technology and entrepreneurship.
Bahagian Kemahiran MARA, one of the units under the MARA Education Sector, is responsible for the management of the ‘MARA Skills Training Programme’ as well as serving as the coordinator in administering the MARA institutes namely MARA Skills Training Institutes (IKM) / MARA Skills Training Colleges (KKTM).
MARA Skills Training Institutes (Institut Kemahiran MARA, IKM) were first established in the year 1968 to conduct training for Bumiputera candidates in various technical fields and offer qualifications in business and industry. From the year 1968 to 2003, there was a total enrolment of 80,954 trainees. In 2003, the intake to IKM was 10,037 trainees.
There are various IKMs located throughout the country offering Certificate and Diploma level programmes. However, the status of some IKMs has been upgraded to college level offering higher end technological programmes and they are known as MARA Skills Training Colleges(Kolej Kemahiran Tinggi MARA, KKTM).
MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII)
MARA Japan Industrial Institute (MJII) begins as KKTM Beranang is a highly skilled college under management and Technical Skills Division (BKT) MARA. KKTM Beranang starts in 2004 with an area of 22 acres. KKTM Beranang began operations in June 2008 and the start of the academic session in January 2009. On 19 September 2012, the Cabinet has agreed to change the name KKTM Beranang to MARA Japan Industrial Institute (MJII).
MJII is established to produce skilled Bumiputera youths in various technical fields and the skills to put themselves served in the trade sector, industrial companies and in addition to producing potential entrepreneurs.
In line with skilled manpower needs of the country, the existence of MJII provides differentiation from other centers where programs are engineered with a focus on the latest technology. Besides studying Japanese as a second language, work ethics and culture of Japan also carried out among students and staff. This makes MJII more robust in producing graduates who are competent and competitive.
Links:
GIATMARA: http://www.giatmara.edu.my/
IKM & KKTM: http://www.ekemahiran.edu.my/
List of IKMs / KKTMs in Malaysia: http://www.mara.gov.my/senarai-kktm
MARA Japan Industrial Institute: http://www.mjii.edu.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:17 AM
NSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
Perkembangan IPTA
Bagi merealisasikan matlamat negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dan percambahan ilmu di rantau ini menjelang tahun 2020, pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan. Dengan tertubuhnya Universiti Malaya, era pengembangan ilmu di Malaysia sudah bermula.
Penubuhan IPTA di Malaysia
Universiti-universiti yang menjadi perintis kepada penubuhan IPTA di Malaysia ialah:
Universiti Malaya (UM)
Ditubuhkan pada tahun 1962 hasil daripada kertas cadangan Suruhanjaya Carr-Saunders yang bertujuan mewujudkan sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bersama.
Universiti Sains Malaysia (USM)
Penubuhan USM bermula dengan persetujuan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terhadap resolusi penubuhan sebuah kolej universiti di negeri tersebut. USM ditubuhkan pada tahun 1969.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Penubuhan UKM pada tahun 1970 membuktikan bahawa Bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti dengan terbuktinya beberapa kejayaan yang telah dikecapi oleh universiti ini.
Percambahan dan Pengiktirafan IPTA di Malaysia
Dewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka, kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universiti dan bidang pengajian yang baru bagi menyediakan sumber tenaga pakar selari dengan perkembangan industri di negara ini.
Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu:
- Universiti Penyelidikan
- Universiti Komprehensif
- Universiti Berfokus
Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan oleh universiti-unversiti tersebut kepada para pelajarnya.
Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Unversiti Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universiti awam di Malaysia. Dengan pencapaian ini, Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang tahun 2020.
Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin pesat membuatkan universiti awam perlu berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang sentiasa berdaya saing dan berpengetahuan luas bagi membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi serta pembangunan negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.
Pautan:http://jpt.mohe.gov.my/index.php/ipta/institusi-pendidikan-tinggi-awam/direktori-universiti-awam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:19 AM
PUBLIC INSTITUTION OF HIGHER LEARNING / UNIVERSITIES (IPTA)
Growth of IPTA
To realised the nation's objective as the centre of excellence for higher education and the spreading of knowledge in the region by the year 2020, various efforts has been initiated. With the establishment of Malaya University, the era for expansion of knowledge in Malaysia has begun.
IPTA / Public Universities establishment in Malaysia
The Universities that become the pioneers to the establishment of IPTAs in Malaysia:
Universiti Malaya (UM) / Malaya University
Established in 1962 as the result of the Carr-Saunders Commission proposal in which to create a public centre where all students from all races, religion and economic status could be together.
Universiti Sains Malaysia (USM) / University of Science, Malaysia
Establishment of USM in 1969 begins with the motion passed in Penang State Assembly on the resolution to established a University College in the state.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / National University of Malaysia
Establishment of UKM in 1970 proven that Malay Language can become medium of teaching and learning at University level as evidenced by several achievements attained by the University.
Development and Recognition of IPTA in Malaysia
Recently, the spreading of knowledge happened in a blink of an eye. Thus the Government has taken several steps by establishing several public universities and new academic fields to prepare professionals parallel with the industry development in the nation.
Public Universities in Malaysia has been categorised to 3 groupings namely:
- Research University
- Comprehensive University
- Focused University
These categories mirrored the main academic fields offered by the Universities to their respective students.
Apart from that, with the international recognition given to Universiti Sains Malaysia (USM) / University of Science, Malaysia as Apex Universiti is a greatest achievement given to IPTA in Malaysia. With this recognition, Malaysia has taken step to become centre of excellence for higher education and the spreading of knowledge in the region by the year 2020.
With the rapid establishment of private universities / IPTS have made public universities to be able to compete to develop human capital that are competent and knowledge driven to assist in raising the economy and development of the country in tandem with 4 Cores in Malaysia Higher Edecation Strategic Plan ie Strengthening Higher Education.
Link (in BM):http://jpt.mohe.gov.my/index.php/ipta/institusi-pendidikan-tinggi-awam/direktori-universiti-awam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:21 AM
UNIVERSITI MALAYA (UM)
Universiti Malaya (UM) adalah universiti tertua di Malaysia, terletak di kampus berkeluasan 750 ekar / 309 hektar di barat daya Kuala Lumpur.
Ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 di Singapura dengan penggabungan Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan 1905) dengan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1928).
Universiti Malaya mengambil namanya dari terma "Malaya" pada ketika negara ini dikenali pada zamannya. Suruhanjaya Carr-Saunders untuk Pendidikan Universiti di Malaya mencadangkan penubuhan Universiti ini sebagaimana laporannya pada 1948: "Universiti Malaysia akan menyediakan buat pertama kali sebuah pusat umum di mana semua kaum, agama dan ekonomi dapat bersama ... Supaya Universiti Malaysia mesti menyedari bahawa ia adalah sebuah universiti untuk Malaya."
Perkembangan Universiti semakin pesat pada dekad pertama penubuhannya dan ini menyebabkan dua cawangan berautonomi penuh diwujudkan 15 Januari 1959 dengan lokasi di Singapura dan di Kuala Lumpur. Pada 1960, Kerajaan kedua2 negara berhasrat untuk menukar status cawangan kepada status universiti kebangsaan. Perundangan diluluskan pada 1961 dan Universiti Malaya ditubuhkan pada 1 January 1962.
Pada 16 Jun 1962, Universiti Malaya meraikan perlantikan Canselor pertamanya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang juga merupakan Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama. Timbalan Cansellor UM yang pertama ialah tokoh matematik terkenal dunia, Professor Oppeinheim.
Kini, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah Canselor Universiti Malaya.
Pautan:
http://www.um.edu.my/
Maklumat Tambahan:
UM CENTER FOR CONTINUING EDUCATION (UMCCED)
UMCCED atau lebih dikenali sebagai Pusat Pengajian Berterusan UM telah ditubuhkan pada 1998 sebagai Pusat di bawah Canselori Universiti Malaya untuk menawarkan program latihan dan pendidikan di peringkat Diploma dan Sijil serta kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang. UMCCed adalah satu2nya Pusat di IPTA yang merintis kejurulatihan dan perkhidmatan latihan ditawarkan spesifik kepada para eksekutif, pegawai pentadbiran, usahawan, pelatih serta konsultan profesional sebagai kaedah yang efektif meningkatkat produktitiviti dan mengekalkan kecemerlangan organisasi.
Program Berteraskan Industri
Semua program Diploma di UMCCed telah direka untuk memenuhi keperluan negara pesat membangun seperti Malaysia dengan menawarkan tenagakerja terlatih yang berdaya saing dan kompetitif. Kursus yang ditawarkan mencerminkan fokus UMCCed kepada program berteraskan industri. Ia bergerak seiring dengan pembangunan di dalam industri dan menekankan pautan sinergi dengan kedua2 sektor pengajaran dan penyelidikan. Setelah tamat pengajian, pelajar dipersiapkan sepenuhnya untuk bidang pekerjaan dalam jurusan masing2.
UMCCed telah membuktikan kecemerlangannya sebagai pusat pengajian berterusan di Malaysia dengan menghasilkan lebih 17,000 graduan diperingkat Diploma dan Sijil dalam pelbagai bidang.
Pautan:
http://www.umcced.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:22 AM
UNIVERSITI MALAYA (UM) / UNIVERSITY OF MALAYA
University of Malaya, or UM, Malaysia's oldest university, is situated on a 750 acre (309 hectare) campus in the southwest of Kuala Lumpur, the capital of Malaysia.
It was established on 8th October 1949 in Singapore with the merger of the King Edward VII College of Medicine (founded in 1905) and Raffles College (founded in 1928).
The University of Malaya derives its name from the term 'Malaya' as the country was then known. The Carr-Saunders Commission on University Education in Malaya, which recommended the setting up of the university, noted in its Report in 1948: "The University of Malaya would provide for the first time a common centre where varieties of race, religion and economic interest could mingle in joint endeavour ... For a University of Malaya must inevitably realise that it is a university for Malaya."
The growth of the University was very rapid during the first decade of its establishment and this resulted in the setting up of two autonomous Divisions on 15 January 1959, one located in Singapore and the other in Kuala Lumpur. In 1960, the government of the two territories indicated their desire to change the status of the Divisions into that of a national university. Legislation was passed in 1961 and the University of Malaya was established on 1st January 1962.
On June 16th 1962, University of Malaya celebrated the installation of its first Chancellor, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, who was also the country's first prime minister. The first Vice-Chancellor was Professor Oppenheim, a world-renowned Mathematician.
Currently, His Royal Highness The Sultan of Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah is the Chancellor of the University of Malaya.
Link:
http://www.um.edu.my/
Additional Info:
UM CENTER FOR CONTINUING EDUCATION (UMCCED)
UMCCed was established in 1998 as a centre under the University of Malaya Chancellery with the purview of offering training and education programmes at Diploma and Certificate level, and short courses in various fields. UMCCed is the only centre in a public university pioneering in coaching and training services which are offered specifically to executives, administrative officers, entrepreneurs, trainers as well as professional consultants as an effective method in increasing productivity and attaining organisation as excellence.
Industry Driven Programme
All programmes at UMCCed are designed to meet the needs of a rapidly developing country such as ours, providing it with a defined competitive edge by having well-trained workers. The programmes are designed based on several factors. These include the relevance of programmes to the needs of the country and types of human resource required, marketability the programmes or in light of current and future developments, and how functional the programmes are.
The courses offered reflect the focus of UMCCed on industry driven programmes. It keeps abreast of developments in industry and the community and stresses extensive synergistic links with both sectors in the teaching and research domains. All curricula and teaching materials are developed under the supervision of well-qualified lecturers and practitioners in the respective fields. The continuous interaction between the academics and the professionals provides invaluable input to all programmes developed and implemented by UMCCed. On completion of the programmes, students are prepared for employment in their respective fields.
UMCCed has proven its excellence as a centre for continuing education in Malaysia by successfully producing more than 17,000 graduates which consist of both the Diploma and Certificate levels in various fields.
Link:
http://www.umcced.edu.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:24 AM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan universiti kedua tertua di negara ini. Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.
USM ditubuhkan hasil persetujuan yang tercapai daripada resolusi yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di Pulau Pinang. Sehubungan itu, sebidang tanah dikenal pasti di Sungai Ara sebagai tapak kolej universiti ini. Majlis Peletakan Batu Asas di tapak ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 7 Ogos 1967.
Pada peringkat awal, Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains. Sejak itu, USM membangun dengan pesatnya dan kini USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar. Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara.
Walau bagaimanapun, Universiti Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1969 untuk menampung keperluan kampus yang lebih luas dan persekitaran yang lebih kondusif bersesuaian dengan keperluan negara pada masa hadapan. Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor. Dua bulan kemudian, kumpulan pertama seramai 57 orang pelajar telah diterima masuk untuk mengikuti pengajian mereka. Memandangkan kawasan kampus di Sungai Ara belum dibangunkan, maka kumpulan pelajar ini ditempatkan di Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugur yang dipinjamkan daripada Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1971, kampus yang sepatutnya di Sungai Ara dipindahkan ke tapak yang ada sekarang, iaitu di Minden. Lokasi baru seluas 500 ekar yang terletak di kawasan berbukit ini begitu mempesonakan dengan persekitarannya yang menghijau, ditambah pula dengan keindahan laut yang luas terbentang.
Sejak penubuhannyanya, USM melaksanakan sistem pusat pengajian, yang agak berbeza dengan sistem falkulti yang lazimnya diamalkan. Yang uniknya sistem ini adalah bahawa pelajar setiap pusat pengajian dapat memenuhi keperluan pengijazahan khusus di dalam bidang yang dipilih dan pada masa yang sama, pelajar berpeluang mengikuti bidang pengajian dalam disiplin lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain. USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan pendekatan antara bidang ini. Melalui pendekatan ini, USM dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh.
Kampus Induk USM terletak di bahagian pulau Pulau Pinang dengan keluasan 591.72 ekar (240.13 hektar). USM mempunyai dua kampus cawangan iaitu Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian (lebih kurang 300 km dari Kampus Induk) dan Kampus Kejuruteraan yang terletak di Nibong Tebal (lebih kurang 50 km dari Kampus Induk). Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian terletak di Kampus Kesihatan, manakala Kampus Kejuruteraan menempatkan enam Pusat Pengajian Kejuruteraan. Hingga kini, lebih daripada 30,000 pelajar telah mendaftar di USM.
Mengapa USM terlalu istimewa?
Sejak penubuhannya, USM telah mengamalkan pendekatan yang inovatif dalam pendidikan tinggi. Antara pendekatan yang penting adalah penyimpangan daripada sistem fakulti yang lazimnya diamalkan dalam organisasi akademik lain. Sebaliknya, USM telah melaksanakan sistem pusat pengajian yang lebih meluas. Melalui sistem ini, subjek yang berkaitan dikelompokkan ke dalam rancangan pengajian dan di setiap pusat pengajian, pelbagai kursus dan subjek disusun untuk membolehkan pelajar menerima ijazah yang khusus dalam subjek tertentu.
Pada permulaan, USM telah diberi mandat untuk menyediakan, menggalakkan dan membangunkan pengajian tinggi dalam bidang Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Farmasi, Sains & Teknologi Bangunan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Ilmu Pendidikan, di samping menyediakan penyelidikan dan pemajuan ilmu serta menyebarluaskan ilmu tersebut dalam bidang-bidang pengajian ini.
Sebagai satu daripada empat Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf sebagai Universiti Berintensifkan Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, USM turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan staf. Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di USM adalah penubuhan pusat dan unit penyelidikan. Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka terhadap permintaan masyarakat. Melalui penubuhan pusat dan unit ini, akan membuka peluang yang lebih baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan.
Sebagai tambahan, USM turut menawarkan perkhidmatan perundingan, pengujian dan penasihatan kepada industri. Kesemua perkhidmatan ini tergolong di bawah kelolaan USAINS Holdings Sdn. Bhd, iaitu bahagian komersial USM.
Pautan:
http://www.usm.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:25 AM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) / UNIVERSITY OF SCIENCE, MALAYSIA
Established as the second university in the country in 1969, Universiti Sains Malaysia (USM) was first known as Universiti Pulau Pinang. In 1971, USM moved from its temporary premises at the Malayan Teachers’ Training College, Bukit Gelugor to the present 416.6 hectare site at Minden, approximately 9.7 km from Georgetown.
USM offers courses ranging from Natural Sciences, Applied Sciences, Medical and Health Sciences, Pharmaceutical Sciences to Building Science and Technology, Social Sciences, Humanities, and Education. These are available at undergraduate and postgraduate levels to approximately 30,000 students at its 17 Academic Schools on the main campus in the island of Penang; 6 Schools at the Engineering Campus in Nibong Tebal (approximately 50km from the main campus); and 3 at the Health Campus in Kubang Kerian, Kelantan (approximately 300km from the main campus).
USM also has 17 dedicated research centres for a wide range of specialisations which include archaeology, medicine and dentistry, molecular medicine, science and technology, Islamic development and management studies, and policy research and international studies. It also provides consultancy, testing, and advisory services to the industry under the ambit of USAINS Holdings Sdn Bhd, the University’s commercial arm.
Since the beginning, USM has adopted the School system rather than the traditional Faculty system to ensure that its students are multi-disciplined from their exposure to other areas of study by other Schools. It also encourages students to be active in extra-curricular activities given the myriad of clubs and societies available.
As a Research Intensive University recognised by the Ministry of Higher Education Malaysia (MOHE) in 2007, USM offers educational and research opportunities to students and staff. In 2008, USM also became the first university in the country to be selected by the Malaysian government to participate in the Accelerated Programme for Excellence (APEX), a fast-track programme that helps tertiary institutions achieve world-class status.
Link:
http://www.usm.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:27 AM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini dan gerakan ini berkembang pada 1969. Jawatankuasa Penajaan yang dipengerusikan oleh Syed Nasir Ismail, tokoh intelektual Melayu telah ditubuhkan untuk menyediakan laporan mencadangkan penubuhan UKM. Antara ahli jawatankuasa ini termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamed, (mantan PM Malaysia ke 4) yang pada masa itu adalah Menteri Pendidikan serta Dr. Mohd Rashdan Haji Baba, yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Canselor UKM yang pertama.
Pada 18 Mei 1970, UKM menerima seramai 192 pelajar pra-siswazah di kampus sementaranya di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur yang menempatkan 3 Fakulti. Pada Oktober 1977, UKM dipindahkan ke kampus induknya di Bangi yang berkeluasan 1,096 hektar dan terletak dalam kawasan metropolis berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya, pusat pentadbiran negara.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings. UKM diletakkan pada tangga ke 56 dalam QS Top 500 Asian University Rankings pada tahun 2014 dan 2015.
Pautan:
http://www.ukm.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 19-3-2019 04:27 AM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) / NATIONAL UNIVERSITY OF MALAYSIA
National University of Malaysia (Universiti Kebangsaan Malaysia; UKM) is a public university located in Bangi, Selangor which is about 35 km south of Kuala Lumpur. Its teaching hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) is located in Cheras and also has a branch campus in Kuala Lumpur.
Universiti Kebangsaan Malaysia, the national university of Malaysia was born from the aspirations of the nationalists to uphold the Malay Language as a language of knowledge. The quest for a national university was suggested in 1923 by the writer Abdul Kadir Adabi as a move against British colonisation. This nationalist tide galvanised Malay intellectuals of the time but met British suppression. The nationalists never wavered and in 1969 the movement again blossomed. A Sponsoring Committee chaired by Syed Nasir Ismail, a Malay intellectual, was set up to prepare a report recommending the establishment of UKM. Other prominent members of this committee include Dr. Mahathir Mohamed (Tun), Malaysia's 4th Prime Minister who was then the Education Minister, and Dr. Mohd Rashdan Haji Baba, who later became UKM's first Vice-Chancellor.
Universiti Kebangsaan Malaysia opened its doors on 18 May 1970 to 192 undergraduate students in Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, a temporary campus housing three main faculties. In October 1977, UKM moved to its present premises which form the main campus in Bangi. The campus has a size of 1,096 hectares, situated in the metropolis encompassing the Kuala Lumpur International Airport, Kuala Lumpur, the main commercial centre, and Putrajaya, the administrative capital.
UKM is one of five research universities in the country. It was ranked number 259th in the world by QS World University Rankings in 2014. It is ranked 98th place in the 100 best new universities established within the last 50 years in the world. It is the only university from Malaysia that made it in the 2012 Quacquarelli Symonds (QS) Top 50 Universities Under 50 Years Old list ranked in the 31st place. It placed 56th and 56th in the QS Top 500 Asian University Rankings in 2014 and 2015 respectively.
Link:
http://www.ukm.my/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|