CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6439|Reply: 44

[Tempatan] Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Gabenor Bank Negara

[Copy link]
Post time 14-4-2016 05:52 PM | Show all posts |Read mode


Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah disebut-sebut sebagai calon Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bagaimanapun, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dikatakan telah mendapat restu Putrajaya untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Dr Zeti yang akan menamatkan kontraknya akhir bulan.

Selain Irwan (gambar) dan Abdul Wahid, seorang lagi yang dispekulasikan ke jawatan itu ialah Timbalan Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.

Menurut sumber yang dekat dengan bank pusat itu, rata-rata khabar angin memetik Wahid untuk mengambil alih jawatan Dr Zeti, namun pihaknya enggan mempercayainya sehingga pengumuman dibuat.

"Dengar-dengar ialah Wahid tetapi biasalah jika ada pertukaran saat-saat akhir oleh Putrajaya," jelas beliau.

Sebelum dilantik ke jawatan semasa pada tahun 2013, Wahid menerajui bank terbesar di Malaysia, Kumpulan Maybank selaku presiden dan ketua pegawai eksekutif selepas membuktikan kemampuan menguruskan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Antara GLC yang pernah mendapat sentuhan Wahid ialah Telekom Malaysia dan Kumpulan UEM yang mengumpulkan pengalaman hampir 30 tahun beliau dalam dunia korporat tempatan.

Sebelum ini, Bloomberg pernah mendedahkan senarai lapan calon yang dikatakan bakal menjadi gabenor BNM selepas Dr Zeti.

Nama-nama lain disenaraikan Bloomberg termasuk Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Nama lain yang turut tersenarai ialah bos Tabung Haji Tan Sri Datuk Paduka Ismee Ismail yang juga menduduki kerusi pengarah 1MDB serta Datuk Dr Noor Azlan Ghazali yang merupakan anggota jawatankuasa dasar kewangan bank pusat itu.

Sementara itu, seorang jurucakap media Bank Negara menjelaskan, pengumuman berkaitan hanya akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

"Selalunya, jika melihat contoh-contoh terdahulu, PM akan membuat pengumuman mengenai dalam tempoh seminggu sebelum tarikh akhir seseorang gabenor," jelas beliau kepada Malaysiakini.

Difahamkan mesyuarat jawatankuasa dasar kewangan bank pusat itu akan berlangsung esok dan bakal dihadiri semua pengarah dan beberapa tokoh penting kewangan negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
At least lebih baik Dr siregar Dan  awang adek
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 05:56 PM | Show all posts
Hebat keturunan mamak ini. Bilangan mereka sikit tapi punyai peluang dan kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 05:59 PM | Show all posts
ingat masa Wahid Omar jadi GCEO TM simple je email dia .. [email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong la lantik timbalan zeti dr geng geng dedak ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la makin senang bijan n d penyamuns mencurik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2016 06:20 PM | Show all posts
TPPA replied at 14-4-2016 05:56 PM
Hebat keturunan mamak ini. Bilangan mereka sikit tapi punyai peluang dan kuasa.

Nyanyok hape
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 06:21 PM | Show all posts
Teruskan spekulasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 06:22 PM | Show all posts
Teruskan spekulasi
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 06:22 PM | Show all posts
Nama2 yg disebutkan diatas, kesemuanya pemakan dedak tegar. Puas le Najib lepas ni hentam kiri kanan. Hancur Malaysia!!" Rasuah Diutamakan Penyamun Didahulukan".
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
selagi tak di sahkan usah sebuk sebuk nak spekulet .bukan dapat award pun. yg pasti dapat himpun dosa kering je
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 06:41 PM | Show all posts
Pehhh..btulah sangkaan aku selama ni my vc juga calon Gabenor Bnk Negara..
Lulusan Harvard tu...
cikgunya Warren Buffert
memang menyokong penuh my vc jd GBN..
aminnnn

calon yg paling sesuai n tidak ada skandal politik..
lebih kpd ahli akademik..
lgpn Zeti akn cuba cari penggantinya yg xde kaitan dgn politik..
terbaiklah...Prof Dr Noor Azlan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan dedak gk kaa die tu?
alamatnyee xlama lagi lingkup laa malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon satu keturunan dengsn ummi..tapi ummi xberkenan dgn pemakan dedak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:00 PM | Show all posts
TPPA replied at 14-4-2016 05:56 PM
Hebat keturunan mamak ini. Bilangan mereka sikit tapi punyai peluang dan kuasa.

Serupa di Amerika Syarikat....Yahudi kecil saja populasinya tapi mengawal ekonomi negara sana.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kome semua pengampu! Pengampu orang kaya!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 09:23 PM | Show all posts
Betul ke WAHID bakal gabenor Bank Negara..............?????
Please, NOT!!!!.......................
Nyaya dia jual Malaysia nak tunjuk duit reserve 1000000 billion!!!!
Tengok apa dia dah buat kat TM sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:20 PM | Show all posts
TPPA replied at 14-4-2016 05:56 PM
Hebat keturunan mamak ini. Bilangan mereka sikit tapi punyai peluang dan kuasa.

sejarah Melaka berulang kembali

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:27 PM | Show all posts
MaznahKhalid replied at 14-4-2016 08:48 PM
Walaupon satu keturunan dengsn ummi..tapi ummi xberkenan dgn pemakan dedak.

mamak ka jawa?....



Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 14-4-2016 09:23 PM
Betul ke WAHID bakal gabenor Bank Negara..............?????
Please, NOT!!!!.......................: ...

Apa yg dia dah buat ? Cer citerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.102300 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list