CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2639|Reply: 6

Kajian : Wanita Sangat Cemerlang Sembunyi Kecurangan

[Copy link]
Post time 19-4-2016 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Curang atau bermain kayu tiga selalunya dikaitkan dengan lelaki kerana sudah lumrah lelaki sentiasa dipersalahkan dan dikatakan punca utama berlakunya kecurangan.


Tapi itu dulu, tinjauan sebuah laporan media asing baru-baru ini pula amat mengejutkan ramai apabila hasil keputusan tinjauan menunjukkan wanita lebih cenderung berlaku curang berbanding lelaki.


Hampir 100 peratus wanita yang curang mendakwa berjaya menyembunyikan jejak mereka, manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing. Agensi mengatur temu janji internet, UndercoverLovers.com melakukan tinjauan ke atas 3,000 individu yang sudah berkahwin mendapati 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka tidak diketahui.





Wanita Berjaya Rahsia Perbuatan Curang
Sebanyak 89 peratus peserta tinjauan itu yang curang mengaku berjaya merahsiakan perbuatan mereka daripada pasangan masing-masing. Jurucakap agensi itu, Emily Pope, menyatakan wanita lebih pandai berbohong berbanding lelaki. Beliau juga berkata, kebanyakan ahli laman sosial ini berlaku curang dalam jangka masa lama tanpa ditangkap.


Pakar psikologi dari Universiti Manchester Metropolitan, Dr David Holmes berpendapat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersikap curang. Jelas beliau, wanita memang bijak menipu kerana secara psikologinya mereka berada dalam kelas tersendiri, berbeza dengan lelaki. Mereka membuat penilaian dan keputusan secara emosional dalam merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif. Perbezaan paling besar adalah wanita lebih bijak menyembunyikan rahsia kecurangan mereka.


Betul ke tidak wahai sista sekalian, jika betul mesti anda yang pernah atau sedang curang pasti tersenyum membaca artikel ini. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2016 05:19 PM | Show all posts
hmmmm...suke la tu....
dpt tangkap, siap....talak 3 terus
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita bijak menipu?

Iols rasa klu iols menipu paling cpt kantoi
Jd jarang sgt menipu..terutama pd family..
Tp cara selamat bg jawapan btul tp x detail je..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik setia dan tak pandai berlakon ie; menipu partner
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 08:15 PM | Show all posts
hahaha....i tak tipu try bagi alasan dalam email then someone responded then my consultat baca , dia gelak hahahahahah
merah  muka senyum je

no i am  bad at this.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 09:19 AM | Show all posts
kalau dah berkhawin, curang..
tak cium bau syurga nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2016 09:45 AM | Show all posts
@mekya hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037901 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list