View: 1643|Reply: 0
|
[Tips] Menjadi Lady Boss Yang Baik, Cekap Dan Disayangi
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Wanita menjadi bos? Apakah reaksi anda? Lebih seronok bekerja dengannya, lebih lembut atau seperti singa mengaum?
Walau apapun tanggapan anda, wanita bila menjadi bos bukan sesuatu yang mudah. Berikut merupakan tips yang diberikan oleh seorang Pengarah di AIA Financial Indonesia, Cicilia Nina Triana Wuryanti.
Dia memberikan tips bagaimana menjadi bos wanita yang baik bagi staf lelaki.
"Setiap orang mempunyai gaya mereka yang tersendiri. Jika saya, saya lebih suka memimpin team saya dengan demokrasi," ujarnya.
Nina memberi contoh, setiap tiga bulan dia akan mengadakan meeting yang dipanggil Ranking for Your Feedback. Dapat perjumpaan ini, Nina memberi peluang kepada staffnya untuk menilai kerjanya.
Di samping itu, setiap minggu Nina akan menilai semula program yang telah dijalankan oleh teamnya.
"Saya lebih banyak mendengar daripada berbicara dalam perjumpaan mingguan ini. Selepas mendengarkan semua masalah, kita akan mula berdiskusi."
(Sumber foto: Carian google)
Begitulah antara tips yang diberikan buat para bos wanita yang ingin menjadi lebih dari masa ke masa. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|