View: 2526|Reply: 11
|
[Dunia]
Hakim Brazil arah servis WhatsApp digantung
[Copy link]
|
|
RIO DE JANEIRO: Hakim mengarahkan perkhidmatan mesej popular, WhatsApp, dihentikan selama 72 jam di seluruh Brazil di tengah-tengah perbalahan undang-undang berhubung maklumat pengguna. Anggaran 100 juta pengguna aplikasi itu di Brazil tiba-tiba mendapati mereka tidak boleh menghantar atau menerima mesej awal tengah hari apabila hakim di negeri Sergipe, Marcel Maia Montalvo, mengarahkan penggantungan itu.
Ia menjadi siri terbaru dalam perbalahan antara penguat kuasaan undang-undang Brazil dan Facebook, yang membeli WhatsApp pada 2014. Mac lalu, wakil paling kanan Facebook di Amerika Latin itu ditahan semalaman di Sao Paolo.
Pegawai menuduh syarikat berkenaan berulang kali gagal memberikan maklumat mengenai pengguna aplikasi itu untuk siasatan mengenai penyeludupan dadah dan jenayah terancang.
Ketika itu, jurucakap polis persekutuan di Sergipe, Monica Horta, berkata penyiasat meminta kandungan kumpulan mesej Whatsapp selain data lain, termasuk lokasi. Penyiasat mula menghubungi WhatsApp beberapa bulan sebelum ini tetapi tidak mendapat sebarang reaksi, kata Horta.
Dalam kenyataan dalam media Brazil, WhatsApp meluahkan kekecewaan dengan keputusan hakim itu, menyatakan ia menghukum lebih 100 juta rakyat negara berkenaan yang bergantung kepada perkhidmatan itu.
Pihak berkuasa Brazil juga pernah berbalah dengan Facebook pada Disember lalu apabila hakim mengarahkan telekom menyekat WhatsApp selama 12 jam berhubung dakwaan ia enggan bekerjasama dengan siasatan polis. Ketika itu, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, berkata beliau terperanjat dengan keputusan melampau itu. - AP
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/149778
|
|
|
|
|
|
|
|
Hentikan serta merta globally, bley? Tempat mak keje ni lebih 5 group whatsapp..rimas n lemas, mak dah mute satu, satu lg created..sialan |
|
|
|
|
|
|
|
harkktuih replied at 3-5-2016 12:21 PM
mak uninstall jer lah..
Mak nak pakai henpon 3310 la.. Kalo uninstall kena install semula dpn2 boss.. Huaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
hakim tu bertindak betul la tu, membanteras jenayah keutamaan |
|
|
|
|
|
|
|
Wasup Grup pseompak,penyamun, pengedarsepatutnya mesti dpt dipantau oleh Polis dan facebook ptt bg saja maklumat.
Wpun itu hak2 privasi ttp jenayah x boleh dianggap hak privasi krn ianya mengancam keselamatan sesuatu negara.
Cth :
GRUP PENYAMUN TARBUS @kartel KETUM
A: OK Line clear B: Mana hg tau. Aq tgk x clear C:Woiit hgpa nk mampus bnyk spy dok teropong TBG d'Bos:OK operasi delayed. Jom pekena tea tarik tmpt biasa 010 1134 007 join the grup unknown friend : woiit hgpa nak pi mana x ajak aq skali ka All members left the group |
|
|
|
|
|
|
|
bagus hakim tu..
harap ada hakim cmni kt malaysia.
blok aja wasap klu dorg tnk kerjasama.
ni tempah dadah pakai wasap aja.
rosak masyarakat dibuatnye |
|
|
|
|
|
|
|
ape susah..telegram kan ada |
|
|
|
|
|
|
|
telegram annoying.. .ada msg2 yang aku cam nak KIV baca...aku slide off je la..tapi keep on notify dgn bunyik2 sekali..
|
|
|
|
|
|
|
|
langgar hak privasi individu lah...
mana boleh...
sebab tu sekarang whatsapp perkenalkan ciri encypted tu...
baguslah whatsapp tak bekerjasama... kalau tak banyak conflict of interest dalam perundangan nanti... (contohnya CEO whatsapp commit crime, mahkamah mohon retrieve log data, CEO arahkan pakar fabricate data etc)
|
|
|
|
|
|
|
|
org xnk bg terus dia sekat nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|