View: 3161|Reply: 7
|
Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Hubungi Bekas Kekasih 21,807 Kali
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Hanya kerana mahu bekas kekasihnya mengucapkan terima kasih kerana membaiki pangsapuri kediaman mereka, seorang lelaki Perancis sanggup bertindak gila menghubungi wanita itu sebanyak 21,807 kali.
Akibatnya, mahkamah menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda lebih RM4,000 atas kesalahan yang dilakukannya pada tahun 2011.
Dia juga perlu mengikuti rawatan psikiatri kerana dipercayai mengalami tekanan perasaan.
Mengimbas kembali perkara itu, lelaki itu menghubungi bekas kekasihnya dengan purata 73 panggilan sehari selepas hubungan mereka putus.
Pada waktu itu, secara logiknya saya mahu terus menghubunginya sehingga dia memulangkan semula duit saya -atau sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih.
Apabila mengingati perkara itu, saya memberitahu diri bahawa ia sememangnya bodoh, jelasnya kepada mahkamah di Lyon.
Sementara itu, peguam mangsa memberitahu, tertuduh pernah bertindak menghubungi ibu bapa wanita itu dan juga tempat kerjanya apabila panggilannya disekat.- CARI Infonet
Sumber: http://www.nydailynews.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Ok paham bila ayah aku kata kene biasakan diri jadi yg mula mula ucap maaf dan terima kasih. Kalu tak jadi gini |
|
|
|
|
|
|
|
21,807 kali?...perghhhh, mmg gigih.... |
|
|
|
|
|
|
|
my ex pernah call 2++ dlm satu mlm sbb ai tertido dan ai tido menghempap telefon..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,jngn invest dlam mnde sia sia
nnti..............tlmpau ketat nk lepas
mcam skim skim org suh join..........sikit jek lgi,tmbah sringit je k lgi,dpat pulngan juta.....tuan da labur ratos ribu...............ase nk tingal,syg........nk tmbah plak,x de duit |
|
|
|
|
|
|
|
Yg si pompuan tu liat sgt nk ckp sepatah thank u tu kenapa : ? Xyahla bayar . Or x ckup2 sepatah kata? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|