CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Chef Wan- Lawak Bodoh Pasal Mh370

24-3-2014 11:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33028| Komen: 196

Chef Wan persenda penemuan objek yang dikatakan pesawat MH370


KUALA LUMPUR: Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.


Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meensha 21-3-2014 01:47 PM
heh.. baru iols baca ni tadi kat ig dia.. cepatnya dah ada benang... 1st impression masa tgk ni, "tak klaka pon".. pelislahhh
Quote atiqah_bea 21-3-2014 01:48 PM
selalunya chef wan komen org lain, kali ni dia pulak kena kecam. isu mh370 ni memang x sesuai langsung nak dibuat lawak jenaka sekarang. tak ambil pengajaran dari zed zaidi ke chef wan.
Quote meensha 21-3-2014 01:50 PM
kalau orang lain laju aje dia nampak silapnya. macam kes hanez, wedding norman memey, nick michael... ni setakat yang iols ingat lah.. pls respect others feeling la
Quote clarizsa 21-3-2014 01:50 PM
isk isk... mendela org tua ni... dahle msa tgh hangat kes mh370 tu, penuh je ig dia pics cuti2 tepi laut dgn bangganyaa...

skrg wat lawak bodoh plak... cis
Quote golden_rose 21-3-2014 01:52 PM
tak sesuai !
fullstop !
pls la chef wan
Quote meensha 21-3-2014 01:52 PM
lawak yang xklaka langsung.. meluat pulak
Quote cikatilia 21-3-2014 01:52 PM
well dah beruban pon boleh gak wat lawak terencat cam gini?
rasain lho dikecam cerca seantaro instagram
Quote ienna2403 21-3-2014 01:53 PM
tak kelakar langsung.
pls have some respect boleh tak?
Kalau menegur orang kemain berjela jela.
Tapi sendiri tak sensitif dengan isu ni..
Its not funny at all dan sangat memalukan!
Quote roti_naan 21-3-2014 01:55 PM
cer anak dia ade dlm mh370 tu.
konfem dia yg plg bising memekak meroyan.
dah tua bangka pun tak sensitif lg dgn isu2 camni.
Quote syafarah_2k 21-3-2014 01:56 PM
xde org print screen ke yg chepwan tulis tuh?
tepek la kt cni
Quote SeriBunga 21-3-2014 02:00 PM
dia saja bagi chance org hentam dia kot
asyik dia je yg hentam orang

silakan..silakan..
Quote bedahmulutpuaka 21-3-2014 02:04 PM
satu malaysia, mungkin satu dunia tengah mengharapkan mh370 selamat..

x patut buat lawak yg memang x kelakar macam ni..macam mengharapkan sangat mh370 tu berkubur kat dasar laut..

kesian kat ahli keluarga yg tengah menunggu dengan penuh harapan kat KLIA tu..

apa ko rase chef wan, kalau ko hilang anak, dan org persendakan musibah yg jadi kat ko tu?
loser..
Quote biggirlduncry 21-3-2014 02:05 PM
tu la, mengata orang sangat...
balik kat dia pulak..

kelakar sangat la tu??
Quote Sue.Blossom 21-3-2014 02:12 PM
cepwan nmpak bodo dikala ini..
Quote jomZ 21-3-2014 02:12 PM
pelisss laa....pk ati n prasaan family..x kelaka ok...
Quote myariesa 21-3-2014 02:20 PM
dasar mulut puaka mmg mcm tu
Quote niadeep 21-3-2014 02:20 PM
maybe dia ni terlalu nak kejar femes niii. nak masuk paper hari2
Quote ais_kosong 21-3-2014 02:20 PM
please tak lawak hoccay!!
Quote fifie_olin 21-3-2014 02:21 PM
x menjadi lawak ko tu tok wan..

Lihat semua komen(196)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.067232 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top