Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata, beberapa perkara perlu diambil kira, terutamanya membabitkan kos tinggi bagi memasang lampu di sepanjang laluan litar. “Pertamanya, saya berasa lega kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sendiri sudah memberikan lampu hijau kepada SIC melakukan perbincangan awal dengan pihak penganjur F1 untuk menyambung kontrak berakhir tahun depan. “Keputusan Perdana Menteri itu membolehkan kami mengemukakan beberapa cadangan kepada Bernie Ecclestone (Supremo F1) dalam usaha menarik lebih ramai penonton pada masa depan andai kontrak penganjuran F1 dilanjutkan, antaranya termasuklah berusaha mencari pelumba tempatan yang dapat beraksi dalam F1. “Cadangan lain pula menganjurkan perlumbaan pada waktu malam. Tapi cadangan ini perlu diteliti dengan mendalam kerana ia pasti membabitkan kos besar kerana litar perlu dilengkapi dengan lampu. “Bukan saja di litar, malah kawasan seperti tempat letak kereta juga perlu dilengkapi dengan lampu,” katanya. Jelas Razlan, penganjuran pada waktu malam membolehkan rating televisyen meningkat kerana kelompok utama penonton F1 adalah dari Eropah,” katanya. Namun katanya, segala aspek akan diteliti terlebih dulu dan yang lebih penting ialah negara dapat menyambung kontrak bagi menganjurkan perlumbaan itu. Sementara itu, Razlan turut meminta pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin segera bangkit selepas mempamer aksi hambar pada pusingan pembuka tirai MotoGP pada bulan lalu. “Dia tidak boleh memberi alasan lagi dan perlu bangkit seawal pusingan kedua di Amerika Syarikat, 13 April ini,” katanya.
|
16
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
14
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hayrin86 posted on 3-4-2014 08:47 AM
Bukan ke Earth Hour dah tak relevan lagi sejak iklannya tak lagi tunjuk kat TV?
jonkunyit posted on 4-4-2014 08:05 AM
bila pula saya cakap saya akan azan di litar F1? kamu ada baca dan faham akan komentar saya yang s ...
Decaffeinated posted on 4-4-2014 06:26 PM
aku bacalah...
apa isunya orang nak semayang isyak lepas abis F1. masih di dalam waktu kan?
ADVERTISEMENT