CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Awal Ashaari Muncul Dengan Program Masakan

7-4-2014 11:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10011| Komen: 30



Ramai yang tidak menyangka bahawa pelakon dan pengacara kacak Awal Ashaari sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang kulinari.


Malah Awal juga bakal muncul dengan program masakannya sendiri iaitu "How To Make It: Culinary Dreams" yang bakal disiarkan di saluran Asian Food Channel (AFC) 703 bermula 9 April ini pada pukul 8 malam.

"Saya telah dibesarkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, sebuah lokasi yang memang cukup terkenal kerana memiliki banyak restoran yang popular serta menjadi tumpuan penduduk di sekitar Lembah Klang.

"Jadi, kehidupan yang dilalui ketika dibesarkan di situ telah memberi peluang kepada saya untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual. Boleh dikatakan hidup saya begitu meriah dengan makanan sahaja," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Menurut Awal, pembabitannya dalam program masakan sebanyak enam episod ini diterbitkan dengan kerjasama Kolej Universiti KDU dan IMI University Centre.

"Apabila saya dihubungi oleh wakil AFC mereka memberitahu bakal menerbitkan sebuah program masakan dan menyatakan minat untuk mengambil saya menyertainya.

"Bagaimanapun, salah satu faktor yang membuatkan saya cukup tertarik menerimanya apabila diberitahu ia sebuah program yang dikhususkan kepada selebriti yang ingin menjalankan perniagaan makanan. Secara kebetulan pula saya memang merancang membuka sebuah kafe."

Tambah Awal lagi, untuk menyertai program berkenaan dia perlu hadir ke kelas kulinari selama enam minggu di KDU dan segala aktivitinya dirakam dan disiarkan menerusi program berkenaan.

Sementara itu, Awal yang mempunyai minat yang mendalam terhadap makanan berkata, ia telah memberinya ilham untuk membuka sebuah kafe yang terletak di The Curve, Petaling Jaya yang kini dalam proses ubah suai dan dijangkan akan mula beroperasi pada bulan Mei ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 4-4-2014 12:35 PM
awal masak eh .. untong r scha .. kikiki
Quote mitnick 4-4-2014 01:52 PM
blehlaa heols blaja buat pavlova iteww
Quote miminn 4-4-2014 02:01 PM
ada tengok iklan dia itu hari. nampak cam menarik jeee walaupun tak berapa minat kat awal.
Quote elamor 4-4-2014 02:07 PM
mlm tadi nmpk iklan dia.. cafe awal ni pon dkt restoran2 kat luar tu jgk ke? boleh la try nanti
Quote munchkin 4-4-2014 02:56 PM
Menariklah. Masuklah masterchef sekali
Quote devilito2 7-4-2014 04:31 PM
nampak menarik rasa belum tentu...
Quote caplimau 7-4-2014 05:53 PM
jangan pandai buka kedai pastu melabur duit je tau awal..
kne rajin2 jugak tgk2..
kang tak masal je jd mcm amy search..
Quote user2012 7-4-2014 06:34 PM
caplimau posted on 7-4-2014 05:53 PM
jangan pandai buka kedai pastu melabur duit je tau awal..
kne rajin2 jugak tgk2..
kang tak masal j ...

Standard cafe retis uolls, kejap je ada. Harap Awal lebih bersungguh.
Quote munchkin 7-4-2014 09:12 PM
bila rancangan ni yea?
Quote setankuning 7-4-2014 09:42 PM
retis msia ni tak ramai nak bukak cafe kan cam retis korea tuh
pdhal ramai je rakyat2 mesia yg suka melepak2 hangout kat cafe nih

bukan susah sgt
bukak cafe
jual le kopi2 cappucino, mocha ke, ada waffle sume
letak gambo2 pencapaian apa ke
ada corner utk fans sign2
pastu jual souvenir tshirt ke mug ke keychain ke
pastu suh kluarge or sedara-mara jaga
dah ada satu bisnes dah


Quote berancuk 7-4-2014 10:01 PM
awal-awal lagi dah memasak
Quote maskira 7-4-2014 10:07 PM
Apa2 la labu
Quote batman_2007 7-4-2014 10:31 PM
setankuning posted on 7-4-2014 09:42 PM
retis msia ni tak ramai nak bukak cafe kan cam retis korea tuh
pdhal ramai je rakyat2 mesia yg suka ...

Good idea tu
Quote solstice 7-4-2014 11:03 PM
Knape x masuk Mcs?
Quote bedahmulutpuaka 8-4-2014 12:13 AM
Semoga awal masuk MCS yang akan datang ni..
Quote elnor_81 8-4-2014 12:38 AM
caplimau posted on 7-4-2014 05:53 PM
jangan pandai buka kedai pastu melabur duit je tau awal..
kne rajin2 jugak tgk2..
kang tak masal j ...

X lupa jugak shaheizy sam...
Quote sekel 9-4-2014 12:42 PM
x ramai artis M'sia yg Berjaya dlm perniagaan makanan nie  
Quote aseela 9-4-2014 02:31 PM
tunggu la cep wan komen nanti..hehhee
harap awal buat homework betul2 dan jangan amik short cut...6 minggu ke...6 tahun ke p sekolah culinary pon tak janjikan program yang betul2 berkualiti dan berinformasi.
Quote dahliateck 9-4-2014 02:53 PM
Awal nk buka curve, suka ya, tpt lepak iols, jgn ler mahal2 ek

Pastu nk request menu minum ptg kuih muih mi lontong segala tu boleh

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.148408 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top