CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sandal 'Meletop' Rozita Che Wan Hadiah Dari Zain

11-4-2014 02:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 52388| Komen: 171

Sandal 'Meletop' Rozita Che Wan
  

Rozita tetap menjaga penampilan biarpun sedang hamil.

WOW... kami berjaya teropong sandal yang dipakai oleh jelitawan Rozita Che Wan. Warna keemasannya cukup menarik. Kalau nak tahu... ia sandal hadiah hantaran perkahwinannya yang lalu. Meletop!

Tak berkelip mata penulis melihat imej pelakon Rozita, 41,  yang tetap bergaya sakan ketika hadir ke sidang media tergempar yang diadakannya di Amp Walk Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April lalu.

Biarpun sedang hamil tiga bulan, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta tampil menawan menyerlahkan seri ibu wanita mengandung pada petang itu.

Bersinar-sinar mata penulis apabila terpandang sandal Cik Ta yang bercahaya bak kilaian emas dari jenama terkenal Gueseppe Zanoti. Katanya ia adalah hadiah hantaran daripada suaminya, Zain Saidin pada perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.

Rozita memadankan baju rekaan Kudin dengan sandal Gueseppe Zanoti pada petang itu.

"Sandal ini adalah kegemaran saya kerana ia selesa dan memudahkan saya bergerak sejak hamil. Paling penting ia adalah hadiah daripada suami semasa perkahwinan kami dulu," katanya yang dijangka bersalin pada pertengahan Oktober depan.

Dedah Cik Ta lagi, dia hanya akan memakai sandal sekiranya tidak bersama Zain. Tetapi apabila keluar bersama suami, dia akan memastikan dapat menggayakan kasut bertumit tinggi.
[size=0.98em]"Kalau keluar dengan suami mesti kena pakai heels sebab Zain tinggi dan baru nampak sepadan...Hahaha," katanya.

 
Sandal berkenaan adalah hadiah daripada suaminya, Zain Saidin semasa perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.

Tambah Cik Ta lagi, gaun bewarna hitam yang digayakannya ini adalah daripada rekaan pereka fesyen Kudin dan  ia baharu sahaja siap untuk dipakai pada sidang media itu.
"Baju yang dibuat oleh Kudin ini simple sahaja kerana ia tiada potongan mengikut badan memandangkan saya sedang hamil tetapi ia sangat selesa," ujarnya.

Bagus
1

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 11-4-2014 12:31 PM
bukan ke zein lebih sama ketinggian dgn dia?
aku pulak yg takleh hadam tetiba nih
Quote Suchi 11-4-2014 12:32 PM
wahhhh..
hamil 3 bulan walo ank yg ke 3 body tetap meletop
cunlah tak nmpak chubby gagah perkasa ke apa
sukenyaaa
mst dia jenis yg pakai kasut tinggi2  juga masa peknen
menten bergaya dan kemas me
wangi.
suka tgk sbb tak selebet tapi kalau boleh jgn seksi2 eh.
Quote theflash 11-4-2014 12:33 PM
macam kasut ulysees legenda greek
kasut yg leh terbang tu hehehe
Quote mitnick 11-4-2014 12:35 PM
zain? tinggi?
yelah tu..
Quote ais_kosong 11-4-2014 12:36 PM
kasuitnya
aku suka gak kasuit gini
Quote julia5094 11-4-2014 12:44 PM
Errr..kaki che ta ada bunion ke???
Quote edoraixora 11-4-2014 12:46 PM
stokin che ta tu smpai paras mane gamaknye
Quote momopoko 11-4-2014 12:48 PM
pakai sandal macam ni tak perlu stoking pun kan.
Quote serimaya 11-4-2014 12:49 PM
julia5094 posted on 11-4-2014 12:44 PM
Errr..kaki che ta ada bunion ke???

hahah..dah agak dah mesti ada yg perasan..
Quote kajol77 11-4-2014 12:53 PM
serimaya posted on 11-4-2014 12:49 PM
hahah..dah agak dah mesti ada yg perasan..

Bunion tu yg mcm bonggol tu ke.. klu kasut tirus2 dpn tak cantik la kan klu dorg pakai ..aku tgok mcm susah je nk cari kasut..
Quote serimaya 11-4-2014 12:55 PM
kajol77 posted on 11-4-2014 12:53 PM
Bunion tu yg mcm bonggol tu ke.. klu kasut tirus2 dpn tak cantik la kan klu dorg pakai ..aku tgok  ...

aah..sapa gaout mesti ada macam tu
Quote cantleyi 11-4-2014 12:59 PM
kaki che tah ni tak bapa lawoo kan..

sebab tu kaver dgn stokin
Quote miss_qasehs 11-4-2014 01:00 PM
kaki che ta....
Quote novlin 11-4-2014 01:00 PM
Bentuk kaki che ta dh teruk dh sbb terlalu pakai hills & kasut bermuncung kecik. Cee tgk kaki che ta... sandal kecik tp tapak kaki dia lebat...hujung kaki che tandh kemot...
Quote jasmeen 11-4-2014 01:14 PM
julia5094 posted on 11-4-2014 12:44 PM
Errr..kaki che ta ada bunion ke???

X kot...tu  left 4th proximal interphalangeal joint dia kot...telipat skit tu macam bunion tu...
Quote ejans 11-4-2014 01:19 PM
bukan ND dh pakai dulu.
aku kenal kasot ni dr ND
Quote prettyuglybabe 11-4-2014 01:21 PM
bila la nekta nak kurangkan sikit seksinya tu
Quote immaryjane 11-4-2014 01:21 PM
Hok aloh, dah berlambak org jual sandal ni
Quote nolya 11-4-2014 01:24 PM
julia5094 posted on 11-4-2014 12:44 PM
Errr..kaki che ta ada bunion ke???

baru nak cakap, kenapa kaki dia tak cantik?

Lihat semua komen(171)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048260 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top