CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Etika-Etika Semasa Pergi Kenduri Kahwin.

11-4-2014 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15548| Komen: 63

Sikap dan Adab Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin


Jangan ambil sikap sambil lewa saja apabila menerima jemputan bagi menghadiri majlis kenduri kahwin. Terimalah jemputan itu sebagai satu tanda penghormatan dan ingatan dari yang menjemput. Kalau tiada aral melintang, kita patut hadir, jangan mengecewakan hajat tuan rumah.


Tapi yang saya hendak bicara disini bukanlah sikap tidak mahu hadir majlis kenduri itu. Sebahagian besar dari kita, saya percaya, tidak pernah mengecewakan hajat tuan rumah. Walaupun ada aral melintang untuk menghadirkan diri, 'wakil diri' sentiasa disampaikan melalui kawan-kawan yang hadir. Maksudnya mengirim hadiah atau sumbangan melalui kawan yang hadir. Atau kadang-kadang dengan kiriman pos. Atau kadang-kadang membahagi-bahagi tugas jika terdapat lebih dari satu majlis dalam masa yang sama atau majlis ditempat yang berlainan. Si suami akan pergi ke majlis A dan si isteri ke majlis B. Maknanya sikap sambil lewa itu tidak timbul.



Jadi sikap sambil lewa yang macam mana yang saya maksudkan? Yang saya maksudkan ialah :

i) Tidak membawa bersama kad jemputan. Bukanlah itu yang disyaratkan dalam kad jemputan itu. Tapi jika kad jemputan dibawa bersama, ianya boleh membantu kita. Misalnya peta ke tempat majlis itu boleh kita rujuk jika kita tidak pasti arah dan kedudukannya. Kita juga boleh merujuk nama tuan rumah dan pengantin. 

Peta ke majlis adalah amat mustahak kerana ia boleh mempercepatkan dan memudahkan ketibaan kita ke majlis itu. Namun dalam satu kawasan/tempat misalnya taman perumahan , ada masanya lebih dari satu rumah mengadakan majlis perkahwinan. Maka jika kad tidak dibawa , tidaklah dapat kita merujuk alamat rumah , jalan dan lokasi sebenarnya yang sepatutnya kita tuju. 

Ada masanya kita tidak ingat nama pengantin. Jadi tanpa kad ianya menyusahkan kita. Kita jangan bersandarkan kepada kepercayaan bahawa kita akan dapat berjumpa dengan tuan rumah kerana kadang-kadang tuan rumah yang kita kenali itu  susah untuk  dapat berjumpa . Maklumlah terlalu sibuk. Atau jangan terlalu yakin para jemputan yang lain akan dapat mengesahkan rumah yang kita singgah itu adalah rumah yang sebenarnya yang hendak kita tuju kerana ada diantara mereka pun seperti kita juga yang meraba-raba. 

Jadi, kad jemputan itu terlalu berguna untuk dibawa bersama. Lagipun bukannya berat. Tanpa kad itu berkemungkinan kita pergi rumah yang salah.

ii) Duduk mengikut suka hati. Jangan buat begitu kerana secara amnya ada bahagian -bahagian tertentu dikhaskan kepada tetamu tertentu. Biasanya tempat yang dikhaskan ini kerusi mejanya adalah lebih sedikit kemasnya berbanding yang lain disamping makanannya tersedia dihidang. Dan ada tulisan seperti 'Jemputan Khas'.

Sekiranya kita pakai duduk saja, ianya boleh memalukan apabila kita diberitahu walaupun secara berbisik bahawa tempat itu bukan untuk kita. Jadi jangan pakai hentam saja. Jangan sambil lewa. Kena beri perhatian dan sentiasa ingat bahawa majlis ini bukan majlis kita, maka kita tertakluk kepada adab dan aturan yang dibuat oleh tuan rumah.

iii) Salam kosong. Apabila kita menyampaikan ucapan tahniah kepada tuan rumah dengan secara bersalaman tangan, mestilah sentiasa ingat salam kita bukan salam yang kosong. Ini bukan perkara gurauan tetapi serious. Jangan ambil sikap sambil lewa saja. Kalau tidak percaya, anda adakan majlis sendiri.

Dengan demikian apabila saja kita terima kad jemputan untuk menghadiri majlis kahwin kita mestilah mengambil sikap yang betul iaitu;

i) Jemputan itu sebagai tanda penghormatan. Berhasrat untuk hadir jika tiada halangan. Jika tidak dapat hadir maklumkan kepada tuan rumah.

ii) Simpan kad itu pada satu tempat yang khas dan mudah untuk dirujuk. Cara ini juga akan memudahkan kita berhubung dengan tuan rumah untuk memaklumkan sesuatu atau untuk kita gunakan pada masa hadapan apabila giliran kita mengadakan majlis yang sama. Jangan gunakan kad jemputan itu untuk digantung sebagai hiasan seperti kad hari raya.

iii) Kalau banyak kad diterima , susunkan menurut tarikh jemputan. Yang awal terletak diatas sekali.

iv) Sediakan belanjawan tertentu selaras dengan kemampuan kita sebagai kos membeli hadiah/sumbangan.  

v) Jangan mengumpat makanan yang dihidang. Cacat cela buakan yang dihajtakan oleh tuan rumah. Tuan rumah hendakkan yang terbaik. Ingat kita juga akan mengadakan majlis yang sama.

vi) Jangan ambil makanan melebihi dari sepatutnya sehingga makanan yang diambil itu tidak semuanya dimakan. Membazir. Ingat, bukan kita saja yang dijemput.
9

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 8-4-2014 12:09 PM
baiklahhhhhhhhhhhhhhhhh..
Quote mdmyana 8-4-2014 12:12 PM

Jangan mengumpat
Quote mekya 8-4-2014 12:14 PM
mek suke gi kenduri..
kalo meja penuh mek duduk je mana2 meja yg ada, yg ada seat kosong..
kalo mcm tu bule tak TT? @WIFEY_KETIAK
Quote prettyuglybabe 8-4-2014 12:20 PM
tang basuh periuk tu
Quote kalam78 8-4-2014 12:26 PM
erkkk ..aku  klu p kenduri  laju  jer  nk balik . salam2 mana kenai  mkn ..  zass tgk pgntin .
main mata dgn ehem2   cabuttt...   balik... x  kose  tunggu  lelama kan
Quote sumimanis 8-4-2014 01:16 PM
terima kasih atas peringatan..kekeke
Quote shogun77 8-4-2014 01:33 PM
jangan amek lauk (ayam golek) byk sgt esp time buffet,,,ko sorg mkn sekor..
ingat org belakang...
Quote zuraidah1 8-4-2014 01:40 PM
org jawa dia bg berkat bile nk balik umah, jimat oooooo...
Quote Syumaimah 8-4-2014 02:43 PM
Aku siap makan pi salam tuan rumah pastu aku blah je.... tak suka duk lelama sebab ramai orang.... sesak nafas... huhu
Quote whadda 8-4-2014 04:04 PM
lagi satu jangan le pegi kenduri kawin pakai skirt pendek melainkan tu kenduri kaum lain selain melayu... cam semalam aku gi kenduri kat kawasan kampung boleh pulak kawan aku datang bawak 2 kawan pompuan pakai skirt... ngam2 kat lutut... dua2 pulak tu... jadi tumpuan le jawabnye...
Quote mystica 8-4-2014 04:21 PM
selalu nasihat yg aku dgr:-
1. jgn dressing over mengalahkan pengantin perempuan. n elok jgn pakai semua putih mcm pengantin plak.
2. jgn kritik majlis, pengantin, family pengantin ngan makanan masa dekat wedding tu.
3. jgn makan gelojoh mcm dh 3 hari tak makan.
Quote menjad 8-4-2014 04:42 PM
jgn ambe bnykkkk... pastu xhabis makan... membazir...
Quote sapeka 8-4-2014 05:05 PM
pas makan balik la..
tak kuasa dok lama2..
panas la..
rimas gituh..
Quote munchkin 8-4-2014 10:00 PM
Jangan minta tol...ada sorang yang saya kenal merungut sebab mak mertua suruh kutip tol. Kalau mak mertua dia nak sangat pergilah kutip tol. Siap tanya berapa duit dapat dari tol. Hmmm
Quote amiraira 8-4-2014 10:15 PM
Dh mkn, dah sumbang balik je....
X yah cite bebyk :-)
Quote lima_kupang 9-4-2014 12:35 AM
apa plak nak tolong basuh bagai....

dlm kad jemputan tu dia panggil makan ja...

bkn panggil makan + mintak tolong...
Quote clarizsa 9-4-2014 12:47 AM
x suka p kenduri... sori...
Quote kalam78 9-4-2014 11:28 AM
menjad posted on 8-4-2014 04:42 PM
jgn ambe bnykkkk... pastu xhabis makan... membazir...

yer  betui  tu ... kebykan mmg  cam  tu ..
ambik byk2  pastu x abis kan


Quote johndoe17 9-4-2014 12:46 PM
shogun77 posted on 8-4-2014 01:33 PM
jangan amek lauk (ayam golek) byk sgt esp time buffet,,,ko sorg mkn sekor..
ingat org belakang...
...

Kalo ambil banyak abis xpe jugak..ni membazir je.. (Nampak beno xsedap)


Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.154374 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top