CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Cinta Elaine Daly Kini Pada Jejaka Afrika, Bukan Hans Isaac

25-4-2014 10:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33537| Komen: 91



Minggu lalu, penerbit dan pengarah terkenal Hans Isaac memberitahu media yang dia punya berita gembira mahu dikongsikan pada peminat menjelang Disember depan. Selepas puas dipujuk media agar jejaka tampan itu bercerita lanjut atau paling tidak memberi sikit gambaran tentang berita tersebut, akhirnya Hans membuat kenyataan seperti mahu menamatkan zaman bujangnya.

Dan umum tahu selama ini, Hans digosipkan bercinta dengan pelakon jelita Neelofa (Lofa). Maka dengan 'hint' yang diberikan oleh Hans itu, ramai membuat spekulasi yang dia akhirnya akan mengahwini Lofa. Namun satu lagi cerita lain yang timbul, pilihan Hans bukanlah Lofa sebaliknya wanita tersebut didakwa bekas kekasihnya iaitu Elaine Daly.


Ini kerana baru-baru ini Hans ada memuat naik di laman Instagram miliknya, gambar dia sedang menikmati makan malam bersama keluarga. Lebih mencuri tumpuan, Elaine juga ada di dalam gambar itu.

"Tidaklah...(gelak). Saya dengan Hans sudah berpisah sejak 12 tahun dulu. Tapi sehingga kini kami masih sebagai kawan rapat. Kalau dilihat dalam gambar itu, saya duduk di sebelah teman lelaki saya dan berdepan dengan Hans", kata bekas ratu cantik juga pelakon ini ketika diminta mengulas mengenai gosip kononnya dia sudah kembali bercinta semula dengan Hans.

Elaine Daly, 37, ditemui pada majlis koleksi terbaru jenama Fesyen Dressing Paula sempena Musim Bungan & Panas 2014, bertempat di Bridge Bar, G Tower, petang semalam.

Begitupun, saat dikhabarkan Hans mahu berkahwin hujung tahun ini, Elaine nyata terkejut dan gembira.

"Oh, iye ker? Okay..., saya akan hubungi dia selepas ini", responnya dengan nada gembira.

Tinggalkan cerita Hans, Elaine diajak berbual mengenai hubungan cintanya pula. Ternyata hati wanita ini sekarang sedang berbunga-bunga dan bahagia apabila dia terbuka berkongsi serba sedikit mengenai jejaka yang telah berjaya menambat hatinya.

"Selepas dua tahun solo akhirnya saya bertemu dengan seseorang. Kami kini sedang mengenali hati budi masing-masing. Sejak mula saya jumpa dia, hati saya terus terdetik mengatakan dialah orangnya yang selama ini saya cari. Saya sangat gembira dan bahagia sekarang", tuturnya sambil tersenyum.

Jelasnya lagi, sifat penyayang dan pandai menghormati orang tua membuatkan Elaine jatuh hati dengan kekasihnya yang merupakan warganegara Afrika Selatan itu.

"Dia sangat penyayang dan paling penting dia tahu menghormati ibu bapa saya. Dia seorang doktor. Baru-baru ni saya sakit dan dialah yang menjaga saya", katanya.

Tentang perancangan masa depan pula, Elaine berkata dia sangat mengharapkan hubungan mereka berpanjangan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan.

"Saya pun dah berusia. Kami sebaya cuma dia tua bulan. Memang saya dan dia ada berfikir tentang masa depan kami. Kalau ikutkan saya memang mahu segera berkahwin. Lagipun dia sudah 10 tahun menetap di sini dan bila-bila masa sahaja dia boleh mohon sebagai penduduk tetap. Dia pun boleh bertutur dalam bahasa Melayu", ujarnya penuh teruja mengenai kekasihnya itu.

Dalam perkembangan lain, Elaine yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Pertubuhan Ratu Cantik Kebangsaan ini bakal sibuk dengan ujibakat pencarian ratu cantik (Miss Universe) 2014 mulai Mei depan. Selain itu dia juga menunggu filem terbaru, 'Permata Hati', yang akan ditayangkan tidak lama lagi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lucky_peace 24-4-2014 09:18 AM
nak tgk gamba, sape yang baik hati pliss tepekkan~~
Quote no.20 24-4-2014 09:20 AM
kat ig dia ada...tapi aku tak reti tempek
Quote chekshu 24-4-2014 09:24 AM


sebelah tu eh boipren sheols????
Quote wookiehoney 24-4-2014 09:25 AM
suka dia ni
berkarisma n bila tgk dpn2 yes mmg cantik.striking beauty

dlu pernah harap dia ngn hans je.tp kalau bukan jodoh kan.
Quote kosukeconan 24-4-2014 09:28 AM
2014 da ada miss universe, ni pencarian 2015 lah
Quote crazypink 24-4-2014 09:32 AM
if tuh lah boyfriend dia wow handsome doctor plak tuh
Quote martiena 24-4-2014 09:37 AM
hensem ...........
igt nigga tdi .........
Quote tomet05 24-4-2014 09:42 AM
beauty w brain kekdahnya kot
Quote batman_2007 24-4-2014 09:49 AM
X cantik lah dia ni.
Depan2 pun tak. Average sgt.
Seriyes x tipu
Quote bottombikini 24-4-2014 09:51 AM
batman_2007 posted on 24-4-2014 09:49 AM
X cantik lah dia ni.
Depan2 pun tak. Average sgt.
Seriyes x tipu

aku pecaya...
Quote applemy 24-4-2014 09:51 AM
chekshu posted on 24-4-2014 09:24 AM
sebelah tu eh boipren sheols????

Restoran mana ni?
Quote chickenwing 24-4-2014 10:02 AM
Bila sebut org Afrika, misti terbayang nigga....len kali kalo kulitnya puteh...kena sebut South Arfican......
Quote ell768 24-4-2014 10:09 AM
ok laa tu..sama padan..kawen jer laaaa...
Quote MegiTomyam 24-4-2014 10:16 AM
Aku terbayang muka macam Akon tadi.
Quote avrilizana 24-4-2014 10:18 AM
Tidak Mungkin Elaine Daly Cintakan Hans Isaac
Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 12:14 AM


Elaine Daly

(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Elaine Daly menegaskan dia tidak mungkin kembali bercinta dengan Hans Isaac kerana sudah menganggap pengarah dan aktor itu seperti abang kandungnya.

Elaine menjelaskan khabar angin mengatakan mereka kembali bercinta selepas Hans memuat naik gambar mereka bersama keluarga masing-masing menikmati makan malam bukan suatu isu besar.

"Cerita tentang percintaan kami sudah berlalu hampir 12 tahun namun hubungan kami masih akrab seperti adik-beradik malah saya menganggapnya seperti abang.

"Malah kami sering berjumpa dengan disertai oleh ahli keluarga lain kerana hubungan kami semua memang rapat dan teman lelaki saya turut menyertai pertemuan itu," katanya kepada mStar Online.

Elaine ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu musim bunga dan panas jenama Dressing Paula di G Tower dekat sini, Rabu.

Selain Elaine, antara selebriti lain yang turut hadir pada acara itu adalah Daphnie Iking, Atilia dan Julie Woon.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kekasihnya, Elaine berkata, dia tidak pernah mengimpikan akan bertemu seorang lelaki yang disifatkan cukup penyayang dan romantik terhadapnya.

Hans Isaac



Jelas Elaine, biarpun baharu sahaja mengenali lelaki yang berasal dari Afrika Selatan itu namun hatinya tertarik dengan sifat yang ada padanya.

"Saya kagum dengannya kerana dia berjaya membuatkan saya bercakap tentang dia secara terbuka dan saya berada dalam fasa yang sangat bahagia.

"Kebaikannya, sifat romantis dan keterbukaan dia menerima saya seadanya membuatkan saya tahu dia adalah cinta sejati saya," katanya.

Jelas Elaine lagi, dia bertambah kagum dengan teman lelakinya itu kerana fasih berbahasa Malaysia selain mengetahui pelbagai perkara tentang negara ini.

"Dia adalah seorang doktor dan telah menetap di Malaysia selama 10 tahun malah boleh menyanyikan lagu Negaraku dengan baik selain menghafal Rukun Negara.

"Ia membuatkan hubungan itu bertambah mudah kerana dia faham budaya kita sebagai rakyat Malaysia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Elaine yang juga salah seorang Pengarah Urusan Kebangsaan, Miss Universe Malaysia berkata, dia kini sibuk dengan pelbagai aktiviti   untuk pertandingan itu tahun ini.

Malah kata Elaine, pihaknya akan menjelajah ke seluruh Malaysia bermula Mei depan bagi mencari calon pertandingan tersebut.

"Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini dan tahun ini kami akan mencari di seluruh Malaysia calon sesuai untuk pertandingan tersebut.

"Fokus kami bukan sahaja tentang kecantikan tetapi melihat kepada pakej keseluruhan yang dapat diketengahkan pada peringkat antarabangsa," ujarnya.

Malah kata Elaine, satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengumumkan projek terbaharu itu.

____________________________________________________________

Yang lawaknya tgk posting Daphne Iking kat fb dia

2014-04-24 10.21.34.jpg

habisla lepas ni ada geng reporter serang daphne plak sbb memalukan reporter sbb ada gambar n nama dia Last edited by avrilizana on 24-4-2014 10:27 AM

Quote yusra 24-4-2014 10:30 AM
kenapa ek bila cakap jejaka afrika, tebayang yg kulit gelap je....err...ingatkan yg tu le pilihan dia
Quote mixed 24-4-2014 10:40 AM
kelasss pilihan besar lg bergaya
Quote beatgirlX 24-4-2014 10:43 AM
avrilizana posted on 24-4-2014 10:18 AM
Tidak Mungkin Elaine Daly Cintakan Hans IsaacDiterbitkan: Khamis, 24 April 2014 12:14 AM
  • Ol ...

  • hahahaha
    klaka siut..
    ni la jadinya kalau reporter main hentam keromo tak buat bebetul
    kan salah org dah
    Quote pakweneelofa 24-4-2014 10:51 AM
    avrilizana posted on 24-4-2014 10:18 AM
    Tidak Mungkin Elaine Daly Cintakan Hans IsaacDiterbitkan: Khamis, 24 April 2014 12:14 AM
  • Ol ...

  • hahaha..ramai orng tk leh desa dua orang ni..aku pun tk leh beza....dulu la..hahahaha

    Lihat semua komen(91)


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


     


     


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    5-12-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069166 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    To Top