CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Tegurlah Artis Itu Secara Berhemah - Heliza Helmi

14-5-2014 03:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8493| Komen: 28



Meskipun ada saja isu panas yang melanda industri seni hiburan namun sejak kebelakangan ini, sejuk rasa hati tatkala melihhat semakin ramai selebriti wanita yang sudah mula berhijab. Namun sayangnya, ada beberapa artis yang dilihat seperti menjadikan penampilan bertudung itu hanya sebagai satu fesyen, lantas mengudang kritikan-kritikan negatif daripada banyak pihak.

Bagi penyanyi dan pelakon yang kini semakin rancak dengan aktiviti ceramah motivasi dan dakwahnya, Heliza Helmi, berpendapat, peminat sewajarnya memberi sokongan kepada mana-mana artis yang baru hendak berhijab. Tetapi sekiranya mungkin cara atau pendekatan yang digunakan oleh seseorang artis itu nampak kurang kena dengan caranya, tidak salah kita sebagai peminat memberikan teguran tetapi tegurlah secara baik.


“Orang yang baru nak berhijab kita kena sokong mereka dan di situlah pentingnya motivasi oleh orang-orang di sekeliling untuk mengajar cara pemakaian yang betul. Banyak cara untuk kita menegur secara baik tetapi bukan terus menghukum. Biarlah kita tegur-menegur secara berhemah dan dengan ini sedikit demi sedikit mereka akan memakainya dengan betul dan teratur mengikut lunas-lunas Islam,” katanya kepada Malaysian Digest, ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Heliza baru pulang dari menyertai misi kemanusian dalam membantu umat Islam di negara Timur Tengah yang kini sedang bergolak.

Berkongsi pengalamannya ke Syria baru-baru ini, Heliza berkata, sepanjang berada di Syria selama 10 hari memberi pengalaman yang cukup menyentuhh perasaan lantas membuatkan dia leboh berasa bersyukur.

"Saya baru pulang daripada menyertai misi kemanusian anjuran Muslim Care. Saya dan rakan artis iaitu UNIC dan Salima ke tiga negara iaitu Dublin, Manchester United dan Jordan dan membuat persembahan amal bagi mengumpul dana untuk penduduk-penduduk Syria. 
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 9-5-2014 10:55 AM
dia lagi......
Quote ex-bantal.B 9-5-2014 10:57 AM
wow banyak atikel pasal dia hari ini.
Quote azie.dz 9-5-2014 11:10 AM
ni isu apa lagi ni...

kang terbongkar mcm isu wardina kang
Quote surioo 9-5-2014 11:18 AM
Ada ker nama negara dublin n manchester united













Quote smeetasmitten 9-5-2014 11:29 AM
heliza atau wartawan yg gagal ilmu alam?

Quote SyaAnis 9-5-2014 11:36 AM
errr.. negara???

boleh la sokong Man U tuk World Cup nih..
Quote tomet05 9-5-2014 11:41 AM
kasi sokong men yu sehabisnya lah kan .. kiki
Quote makton 9-5-2014 11:42 AM
asyik cerita dia ni je..

takut dilupai oleh rakyat malaysia ke sampai byk cerita dia ni keluar?
Quote telracs 9-5-2014 11:51 AM
yang jadi masalahnya... ramai artis yg berhijrah ni.. tetiba je boleh jadi pakar motivasilah.. boleh jadi pakar ilmu islam lah...

kita rakyat marhaen ni pun bertahun panjat tangga sekolah rendah sekolah tinggi segala...tuntut ilmu nak dapatkan ketauliahan... baru boleh diiktiraf sebagai motivator... ulama...

npe artis sgt mudah diberi pengiktirafan macam tu? yg beri pengiktirafan tu pulak.. bukan tak berpelajaran.. boleh pulak jemput artis2 tak bertauliah ni dlm program2 dorg kt tv.. majlis2 ilmu.. dan sebagainya... tak faham.....
Quote telracs 9-5-2014 11:53 AM
kalau baru berhijrah tu... sepatutnya... rajinkan diri pergi ke majlis2 ilmu tu sebagai pendengar dahulu... timba ilmu bebanyak dahulu...

ini jadinya timbul ramai motivator dan ulama mee segera... dari kalangan artis....
Quote tapirbiru 9-5-2014 11:59 AM
akhir zaman gitu laa
Quote DayangKirana 9-5-2014 02:37 PM
betul..

ramai ustaz - ustazah segera jugak..nyanyi nasyid, berkopiah sikit dah dicop ustaz..
retis berhijrah, bertudung litup trus dicop setajah..dipanggil ke ceramah2 motivasi, bagi talk..

padahal..ilmu takla setinggi mana..pengalaman pun alahaiii..

cakap jer lebih..mentang2 le retis.. yg bg such recognition pun satu hal gak..
Quote MsIda 9-5-2014 03:20 PM
telracs posted on 9-5-2014 11:51 AM
yang jadi masalahnya... ramai artis yg berhijrah ni.. tetiba je boleh jadi pakar motivasilah.. boleh ...

Cant help but agree with u...
Dah macam trend pulak....motivator cum setazah or the other way round...
Quote kelip2_07 9-5-2014 03:24 PM
burrrrrrrrpppp
Quote gekkou 9-5-2014 05:58 PM
penah g ceramah motivasi artis2 yg berhijrah ni
bab agama mcm depa lah paling terror
org lain sume salah..sume x betul
dialah paling maksum sbb dah berhijrah
nyampassss i

dia ni mesti komen ada kait2 ngan kes wardina ni
dia kan slalu g usrah2 ngan wardina gak

wardina tego tidak secara berhemah dan terus jatuh hukum x pe plak
Quote cikatilia 9-5-2014 06:16 PM
yela.. artis juga manusia katanya kan..
kesahhh


Quote judicata 9-5-2014 07:39 PM
Kalau artis baru berhijrah dipanggil ke majlis agama atau motivasi semata utk kongsi pengalaman bagaimana sorg ni berhijrah, aku boleh terima. Tp kalau nak jd pakar motivasi dan kongsi2 ilmu agama, tak kot... Perlu org yg betul2 mendalami ilmu, baru boleh pimpin org. Yg baru2 berhijrah puuuun sama bertatih nak mendalami agama... Mcm the blind leading the blind la jadinya kan?
Quote shysari 9-5-2014 09:30 PM
Boringnya cite mek ni lg
Quote senahsanasini 9-5-2014 09:52 PM
Muke die je? Apahal..
Ni mst reputz syg dieee...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.086658 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top