CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Pemilihan Corak & Warna Mempengaruhi Imej

15-5-2014 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19481| Komen: 111

Penampilan yang dipamerkan memberi mesej pada pembentukkan imej. Sama ada positif atau negatif pakaian yang digayakan, ia tetap memberikan mesej yang menggambarkan indah atau tidak rupa pakaian tersebut.

Tahukah anda bahawa warna sangat berperanan dalam membantu membentuk ilusi tubuh sama ada boleh mengecilkan atau membesarkan bentuk fizikal anda. Sementara kedudukan corak pada fabrik memainkan peranan dari aspek kesan dan impak. Jika anda bertubuh besar, warna gelap seharusnya menjadi pilihan untuk membangkitkan warna ilusi pada tubuh supaya tidak terlalu besar. Ini adalah kerana jika coraknya pula terlalu besar ia menguatkan lagi kesan besar pada tubuh individu yang menggayakan pakaian tersebut.

Oleh yang demikian saiz corak, kedudukan corak yang melintang atau menegak, halus atau tebal memainkan peranan yang penting dari segi kesan ilusi optikal pada tubuh seseorang itu.

Pada asasnya warna terang memperincikan saiz tubuh, warna gelap mengecilkan manakala warna lembut melebarkan bentuk tubuh.

Jika bertubuh besar tetapi masih menginginkan warna pakaian yang terang, jangan terlalu banyak permainan warna terang pada fabrik yang digunakan. Ia seharusnya 70% gelap manakala 30% lagi terang.

Kemungkinan warna terang boleh digayakan sebagai baju pendek bersama dengan kot atau warna ke arah warna gelap. Contohnya merah cili ditukarkan kepada warna merah hati. Jika masih mahukan juga warna terang, jangan banyak menonjolkan warna terang itu. Gayakan bersama warna gelap untuk mengurangkan kesan terik pada si pemakai.

Kini, corak pada fabrik didatangkan dengan warna yang pelbagai yang diilhamkan oleh pereka-pereka fesyen barat yang sesuai untuk sesuatu masa atau musim tertentu. Kita sebagai orang Islam harus peka dengan corak yang berilhamkan binatang sama ada penggunaan bentuk, corak kulit atau tulang yang boleh dijadikan corak yang ketara atau pun yang berbentuk abstrak.

Wanita bertudung harus waspada dan menghindarkan diri dari terperangkap dengan corak yang sedemikian serta teliti dengan sebarang kain yang dibeli. Pastikan kita tidak mempamerkan corak yang bertentangan dengan akidah dan imej wanita bertudung yang harus sopan dan anggun bila berpenampilan.

Selain corak dan warna, kedudukan corak juga memainkan peranan dalam melahirkan imej yang sopan. Corak bunga yang kecil dan samar-samar tidak kelihatan dengan jelas bila fabrik dijadikan baju. Tetapi bunga atau corak besar harus teliti di mana kedudukannya semasa kain ditebar ketika proses pemotongan berlaku. Kadang-kala tukang jahit kurang prihatin dan akhirnya fabrik yang indah bertukar menjadi baju yang kurang selesa dipakai kerana letak corak pada kawasan perhiasan wanita, contohnya di kawasan payudara, kawasan sulit dan pinggul.

Apabila ini terjadi mata akan memandang dan tempat ini menjadi tumpuan dan kurang sopan bagi wanita bertudung menjadi bahan menarik perhatian walaupun berbaju kurung kerana kedudukan corak di tempat yang tidak sepatutnya ia telah mengundang mata untuk melihat corak indah berhias di kawasan larangan wanita!

Oleh itu perhatikan kedudukan corak, dan juga sama ada saiz corak tersebut akan membesarkan lagi tubuh atau mengecilkan lagi tubuh apabila fabrik bertukar menjadi baju. Salah letak corak dari segi saiz besar dan bulat berperanan memberikan gambaran tubuh itu luar biasa besar dan mengundang tumpuan pada kawasan tubuh itu. Jangan ambil mudah saiz corak dan corak itu sendiri kerana apa jua yang kita tampilkan harus sopan dan anggun sentiasa.





Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 13-5-2014 04:14 PM
Wow betul ek mcm tu....
Pandai la qaseh....
Nnti mira followwwwww
Quote qasehnuramy 13-5-2014 04:18 PM
amiraira posted on 13-5-2014 04:14 PM
Wow betul ek mcm tu....
Pandai la qaseh....
Nnti mira followwwwww

qaseh pon baca2 td nmpk mcm bes je artikel ni tu yg tempek sini....
share2 kekdahnye
Quote amiraira 13-5-2014 04:20 PM
qasehnuramy posted on 13-5-2014 04:18 PM
qaseh pon baca2 td nmpk mcm bes je artikel ni tu yg tempek sini....
share2 kekdahnye

Yezaaaaaaa
Sharing is caring kn
Thatz was so sweet of u....
Quote qasehnuramy 13-5-2014 04:26 PM
amiraira posted on 13-5-2014 04:20 PM
Yezaaaaaaa
Sharing is caring kn
Thatz was so sweet of u....

cik mira kasi qaseh malu
eh cik mira klu ada info menarik share2 juga ek..

Quote amiraira 13-5-2014 04:36 PM
qasehnuramy posted on 13-5-2014 04:26 PM
cik mira kasi qaseh malu
eh cik mira klu ada info menarik share2 juga ek..

Susah la qaseh
Mira suka gak share2 ni
Tapi x pandaintepek dgn tab
Kalau pc ok gak
Quote qasehnuramy 13-5-2014 04:39 PM
amiraira posted on 13-5-2014 04:36 PM
Susah la qaseh
Mira suka gak share2 ni
Tapi x pandaintepek dgn tab

xpe2 nnt bila pakai pc tempek2 kan la..kita kasi meriah benang ni n share2 info..
sbb tu qaseh suka lepak sini...mcm2 dapat....
Quote amiraira 13-5-2014 04:40 PM
qasehnuramy posted on 13-5-2014 04:39 PM
xpe2 nnt bila pakai pc tempek2 kan la..kita kasi meriah benang ni n share2 info..
sbb tu qaseh su ...

InsyaAllah esok k
Selesai keje mira leh masuk czri
Then kita tepek2 sama ok
Quote qasehnuramy 13-5-2014 04:41 PM
amiraira posted on 13-5-2014 04:40 PM
InsyaAllah esok k
Selesai keje mira leh masuk czri
Then kita tepek2 sama ok

oh yes wokay cik mira..qaseh tunggu taw
eh besok qaseh cuti xpe lusa masih ada..hihihi

Quote amiraira 13-5-2014 04:58 PM
qasehnuramy posted on 13-5-2014 04:41 PM
oh yes wokay cik mira..qaseh tunggu taw
eh besok qaseh cuti xpe lusa masih ada..hihihi

Okies....
Quote amiraira 14-5-2014 09:24 AM
as promise ya qaseh...

Quote amiraira 14-5-2014 10:07 AM
ni lagi satu barang2 yg block colour

Quote amiraira 14-5-2014 10:08 AM
juga yg ini

Quote amiraira 14-5-2014 10:08 AM
kuku pn boleh jadik jugak qaseh  

Quote amiraira 14-5-2014 10:09 AM
another one just for qaseh....

Quote amiraira 14-5-2014 10:10 AM
lupa lak nk tepek ni

Quote amiraira 14-5-2014 10:17 AM
ni uniq sangat qaseh....

Quote qasehnuramy 15-5-2014 10:24 AM
amiraira posted on 14-5-2014 10:17 AM
ni uniq sangat qaseh....

wow dlm byk2 yg amira tempek ni yg paling memukau..marvellous...cantikkk
Quote amiraira 15-5-2014 10:27 AM
qasehnuramy posted on 15-5-2014 10:24 AM
wow dlm byk2 yg amira tempek ni yg paling memukau..marvellous...cantikkk

kannnn
kalau leh mira pn nk pakai
tapi.....
Quote qasehnuramy 15-5-2014 10:40 AM
amiraira posted on 15-5-2014 10:27 AM
kannnn
kalau leh mira pn nk pakai
tapi.....

tapi apakan daya kita xleh nk pakai cm tu mira...
tgk je lah yg mampu...


Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065356 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top