CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Wings Buat Laporan Polis Lagu Dicetak Rompak

22-5-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12961| Komen: 75


Belum pun sempat album terbaru kumpulan lagenda Rock tanah air, Wings yang berjudulMenakluk Kosmos dilancarkan dan berada di pasaran, kita dikejutkan dengan berita album tersebut telah dicetak rompak.


Sebanyak empat buah lagu terbaharu Wings daripada album tersebut yang dipasarkan menerusi iTunes sejak dua bulan lalu boleh dimuat naik secara percuma. Lagu-lagu tersebut ialah ‘Peti Pandora Mu’, ‘Ingatkan Dia’, ‘Bisa Yang Tertunda’ dan ‘Hey Lihat Sini’.

Kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku, Wings bagaimanapun tidak berdiam diri. Sebalik empat pemuzik berkaliber ini nekad menuntut hak mereka. Sebagai langkah pertama, Wings telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati  sekitar jam 8.00 malam tadi.

Menurut vokalisnya Awie, laporan tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang terbabit dengan penerbitan juga promosi album ini, tentang bagaimana kejadian cetak rompak itu boleh berlaku.


“Kita dapat tahu pada 17 Mei yang mana sebanyak 4 buah lagu telah dicetak rompak. Sedangkan album akan berada di pasaran pada 22 Mei. Malah salah satu lagu yang dicetak rompak itu sepatutnya akan menjadi runut bunyi kepada sebuah filem terbitan KRU.

“Apabila mendapat tahu hal itu, Joe (gitaris) terus memaklumkan kepada pihak penerbitan album ini iaitu KRU Music menerusi pesanan ringkas (SMS). Bagaimanapun tiada sebarang tindakan yang dibuat oleh KRU Music sehinggalah ke hari pelancaran album ini iaitu pada 19 Mei lalu”

“Jadi bila tiada apa-apa tindakan daripada KRU Music, kami terpaksalah buat tindakan sendiri dengan membuat laporan polis. Kami mahukan penjelasan daripada KRU dan pihak KPDNKK bagaimana hal ini boleh berlaku sekaligus menuntut hak kami”

“Sekarang ini kami serahkan segalanya pada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Selepas itu baru kami akan fikirkan tindakan seterusnya”, kata Awie ketika dihubungi, malam tadi.

“Sudah 13 tahun kami tidak ada album. Kalau nak diikutkan kami antara band lama yang masih aktif dan bertapak kukuh dalam industri. Album inilah sebagai kelangsungan untuk kami cari makan. Kalau sudah dicetak rompak, macam mana nak dapat royalti nanti”

“Tambahan kami ambil masa yang lama untuk hasilkan album ini. Saya sendiri ambil masa selama setahun untuk pulihkan kembali semangat saya untuk menyanyi. Dan kami sedaya upaya menghasilkan lagu-lagu paling terbaik untuk peminat-peminat kami”

“Tapi bila jadi macam ni, saya sangat kecewa. Segala penat lelah dan usaha kami selama ini ibarat macam sampah. Itu baru empat lagu yang dicetak rompak, kalau tiada tindakan apa-apa diambil, entah selepas ni mungkin keseluruhan lagu dalam album itu akan sewenang-wenangnya dicetak rompak,” tambah Awie yang tampak kesal dengan kejadian ini.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 21-5-2014 01:06 PM
wings ni ingt die dok zaman bile
Quote edoraixora 21-5-2014 01:08 PM
lagu dicetak rompak sebelum keluar kt pasaran
maknenye keje org dalam lah ni
Quote CiliPadiSedap 21-5-2014 01:20 PM
lagu kalau sedap takpe.

lagi sedap lagu aspalela
Quote naina 21-5-2014 01:23 PM
booooo kru booooo
Quote zila_hakimie 21-5-2014 01:24 PM
Sebanyak empat buah lagu terbaharu Wings daripada album tersebut yang dipasarkan menerusi iTunes sejak dua bulan lalu boleh dimuat naik secara percuma. Lagu-lagu tersebut ialah ‘Peti Pandora Mu’, ‘Ingatkan Dia’, ‘Bisa Yang Tertunda’ dan ‘Hey Lihat Sini’.

muat naik? ke muat turun?
Quote SyaAnis 21-5-2014 01:24 PM
conpius nih..

lagu dah masuk itunes 2 bulan lepas? itunes ni kire berbayar la kan? sori takdak iphone..

tapi pelancaran album 19 mei??

ke macam pre-release je kat itunes tuh & kalau nak full album, kena beli masa 19 mei?

kalau masuk itunes dlu, maksudnya tak pelik la lagu tu dicetak rompak sebelum pelancaran album..
Quote cikokui 21-5-2014 01:30 PM
cetak rompak ke tak ke, jualan album mcm tu jugak. takde maknanya akan jadi banyak. cepat ngan lambat je nak masuk internet. cuma terkena nasib, masuk internet cepat dr pelancaran almbum. kalau tidak pon, lepas pelancaran, masuk jugak internet.
zaman skang ni mana boleh lari dr masuk internet abg besar oiiii.

takleh buat apa2 pon. usup aslam dulu beria2 nak cari org yg sebar filem dia, sampai skang haram. takde sorang pon yg kene. last2 dia pon diam je
Quote kaklehot 21-5-2014 01:37 PM
normal la tu lagu dicetak rompak...puak2 KRU pon kaki cetak & ciplak...opppss
Quote dubuk 21-5-2014 01:41 PM
kaklehot posted on 21-5-2014 01:37 PM
normal la tu lagu dicetak rompak...puak2 KRU pon kaki cetak & ciplak...opppss

rasanya begitu lah

siap dalam avatar itu

Quote user2012 21-5-2014 01:45 PM
kaklehot posted on 21-5-2014 01:37 PM
normal la tu lagu dicetak rompak...puak2 KRU pon kaki cetak & ciplak...opppss

"Inspired" uolls
Quote dubuk 21-5-2014 01:46 PM
siapa................
Quote makton 21-5-2014 02:08 PM
skrg ni retis buat single je.. buat 1-2 lagu, then release..
klu kena cetak rompak pun stakat 1-2 lagu tu jugak la.
ni habis efek kat 1 album.

ke ni propa semata2?
klu jualan album sendu, kira ada alasan la sbb lagu dh kena cetak rompak awal2.

*teringat kes filem KL gengstar 2 abam syamsoul...soul..soullll.....
Quote enchikfitz 21-5-2014 02:09 PM
X.pernah dgr lagu2 baru Wings. Kurg promosi mungkin? KRU pun mcm x nak promot retis sendiri. Ape Cer?
Quote mixed 21-5-2014 02:11 PM
SyaAnis posted on 21-5-2014 01:24 PM
conpius nih..

lagu dah masuk itunes 2 bulan lepas? itunes ni kire berbayar la kan? sori takdak ip ...

setau aku itunes ni utk penguna iphone mana ada FREE suma berbayar
aku pn pakai iphone yg free game adalah. kalu yg lagu2 jarang dpt free
betul  abe@dino penguna tegar iphone
Quote wanawina 21-5-2014 02:12 PM
zila_hakimie posted on 21-5-2014 01:24 PM
Sebanyak empat buah lagu terbaharu Wings daripada album tersebut yang dipasarkan menerusi iTunes sej ...

muat naik upload.

muat turun download.

tapi ada lagi ke yg layan cetak rompak cd sekarang ni?
Quote lil_bratz 21-5-2014 02:19 PM
“Apabila mendapat tahu hal itu, Joe (gitaris) terus memaklumkan kepada pihak penerbitan album ini iaitu KRU Music menerusi pesanan ringkas (SMS). Bagaimanapun tiada sebarang tindakan yang dibuat oleh KRU Music sehinggalah ke hari pelancaran album ini iaitu pada 19 Mei lalu”

Kalo hal ni besar sgt tp hanya setakat SMS je yehh? buatnye sms tu tak sampai? kenapa tak gegar je opis KRU tu? pelik tul la aku dgn artis2 nih.
Quote SyaAnis 21-5-2014 02:27 PM
mixed posted on 21-5-2014 02:11 PM
setau aku itunes ni utk penguna iphone mana ada FREE suma berbayar
aku pn pakai iphone yg free ga ...

owh, itunes game je yang free ye??

kalau lagu2 dah masuk itunes untuk pre-release & orang ade beli, orang yang membeli tu berkemungkinan jugak share kat kawan2 kan??

ke lagu2 dari itunes, takleh ditransfer ke iphone lain??
(ok, soalan tahap mana aku pun tak tau.. sebab dalam circle aku takde pakai iphone.. hahaha.. sori ye..)

kalau boleh transfer lepas beli, memang ade kemungkinan la orang lain uploadkan jadi cetak rompak..

Quote solstice 21-5-2014 02:38 PM
Bosan.... x suka awie
x suka kru
Lantak korang lah
Quote dino 21-5-2014 02:39 PM
mixed posted on 21-5-2014 02:11 PM
setau aku itunes ni utk penguna iphone mana ada FREE suma berbayar
aku pn pakai iphone yg free ga ...

most lagu dlm itunes berbayar mana ade free.... kot2 ade antara diorg sendiri yg submit tanpa pengetahuan....
btw mana ade lagu tu... tak jumpa pun

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.171217 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top