CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

JAKIM sahkan tiada DNA babi dlm Cadbury. Update : Pegawai JAKIM sedia makan

3-6-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 34637| Komen: 478




K
UALA LUMPUR: Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.

"Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

"JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini."

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 2-6-2014 12:03 PM
kejap ade kejap xde....penat je makcik tu nangis2 nak cuci darah Last edited by NIXAR on 2-6-2014 12:04 PM

Quote atira 2-6-2014 12:05 PM
daaaaa....
nak ulang tayang....
sebiji macam kes ikea dulu..
kata sosej ikea ada dna babi..
beria la ikea buang sume sosej2... siap samak dapur bagai..
last2 final result keluar... tak wujud pon dna babi...

babi tonyok betul la...
Quote atira 2-6-2014 12:06 PM
lepas ni.. kalau ada berita pasal dna babi..
mmg aku nak sumpah sekor2 supaya pergi sembah berhala
Quote OmJualGas 2-6-2014 12:07 PM
tak jadi saman la ni...tak dapat la juta-juta ni...

Last edited by OmJualGas on 2-6-2014 12:09 PM

Quote satusembilan 2-6-2014 12:07 PM
penat je lobai² cadbury buka thread banyak² kat CI
Quote atira 2-6-2014 12:10 PM
hari ni...
hilang la segala lobai cadbury
Quote Anak_Nogori 2-6-2014 12:10 PM
Dua coklat Cadbury sah tiada DNA babi

KUALA LUMPUR 2 Jun - Dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Produk berkenaan adalah coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini selepas keputusan ujian yang dijalankan Jabatan Kimia terhadap dua sampel coklat berkenaan diterima pagi ini.

"Dua produk itu dikesan tiada DNA babi selepas ujian terhadap sampel dari kumpulan yang sama yang diambil terus dari kilang syarikat itu, dijalankan.

"Keputusan yang dimaklukan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penulisan Kelas KAFA (UPKK) dan Penyerahan Surat Tawaran Geran Tahunan 1Malaysia Development Bhd .(1MDB) - Jakim 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -babi#ixzz33S3BwBqA
© Utusan Melayu (M) Bhd

P/s:- Makna kata bukan semua cadbury tu tercemar dari DNA babi..atau sykt cadbury setelah mengetahuinya..cepat2 membuang suma cokolatnya dan diproses yg baru sebab mereka tahu Jakim akan siasat sampai ke kilang..apa pun....saya tidak akan makan Cadbury lagi walaupun ada tanda halal.
Quote kazaraf 2-6-2014 12:10 PM
atira posted on 2-6-2014 12:05 PM
daaaaa....
nak ulang tayang....
sebiji macam kes ikea dulu..

yela.. sbb yg ckp ada babi tu pihak lain (bukan yg berautoriti dalam kes halal haram makanan)
sosej ikea tu PPIM ke apa kan yg bgtau - jakim double check semula ikut prosedur jakim - sahkan bukan/tiada
cadbury ni KKM yg report (tu pun setelah borang ujikaji bocor) - jakim double check semula, guna sampel dr kilang terus.. - sahkan tiada

dalam hal ni aku lebih percaya kpd jakim..
DNA babi drpd coklat sample yg KKM check tu mungkin ada pencemaran - mybe ambil dpd pasaran..

mcm kita la.. lalu sebelah kedai cina ada sup babi, asap sup kena kt baju, pastu jumpa ah seng lak (baru lepas makan babi salai), kita gi salam dia kawan lama
so check lah kt baju & tangan tu - pasti ada DNA babi.. DNA tau.. bukan cebisan daging ke apa.. ini dna..


Quote fifie_olin 2-6-2014 12:11 PM
yg terburu2 annouce kata ade babi tu nape....tggula btl2 konpem...
nmpk sgt nk sabotaj..
aku tetap x nk bli...rs was2
Quote ~anya~ 2-6-2014 12:11 PM
Ada babi kah... takde babi ini? Masih ada baki 3 bar mixed nuts cadbury dlm fridge...
Quote duniaku85 2-6-2014 12:13 PM
ape ni kejap ada kejap tak de..yg mana satu yg betul ni..tu la klau jakim dtg nk buat siasatan je msti la tak de dna babi ni..sbb tu la blh lepas..

pape pun tetap boikot cadburry..bukan sedap pun..manis sgt
Quote nacein 2-6-2014 12:13 PM
lantak la..takde babi ka...ada babi ka mmg x nak la aku mkn cadbury dah...sbb hati dh was-was... tak mau la...sbb jd darah daging...
Quote biosfree 2-6-2014 12:15 PM
Berlaku pencemaran.ketika prnghantaran? Mcm tu ke..

Bukan.direct dr kilang
Quote NIXAR 2-6-2014 12:15 PM
Malaysia
Shut down Cadbury factory as lesson to the ‘ultra kiasu’, says Muslim columnist
June 2, 2014




Several media reported the Health Ministry recently detected two samples of the Cadbury chocolate, namely two batches of Cadbury’s Dairy Milk Hazelnut and its Dairy Milk Roast Almond which contained porcine DNA.

KUALA LUMPUR, June 2 — Controversial columnist Ridhuan Tee Abdullah said today the authorities should shut down the factory that had manufactured chocolates with traces of pig DNA found, as a lesson to others.

In a column published by Malay-language daily Sinar Harian, he said while there is no need to resort to violence, Muslims should not have to compromise on their religious beliefs and urged the authorities to take stern action against those he branded “ultra kiasu” — a mash-up of English and Hokkien referring to an extremist who is afraid of losing.

“I have always said, do not trust the ultra kiasu, I refer to those who oppose Islam and always want to win.

“We have to be firm, no more compromise. No need to burn down the factory as some extremists proposed.

“Revoke the licence. Close down the chocolate factory. This is a particularly important lesson to other companies,” he wrote in his column.

The Muslim convert warned that inaction would lead to the “ultra kiasu” becoming “more daring”.

“I worry that in the future we would be consuming pork even though not in the form of a real pig,” he said.

Several media reported the Health Ministry recently detected two samples of the Cadbury chocolate, namely two batches of Cadbury’s Dairy Milk Hazelnut and its Dairy Milk Roast Almond which contained porcine DNA.

Following the uproar, the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) held a meeting with the Health Ministry, the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry, the Chemistry Department, and the Department of Standards Malaysia.

The meeting has agreed that Jakim will carry out tests to determine the halal status of the products and the Health Ministry is supposed to submit its analysis officially to Jakim to facilitate investigations.

The tests is being done by a laboratory in Petaling Jaya authorised by Jakim to issue halal certificates.

Jakim is expected to announce the test results in a news conference today.

“My reminders to Muslims; First, do not get too excited about the food produced by the ultra kiasu.

“I am puzzled as to why Muslims get so enthused as to go to ultra kiasu shops although they don’t have halal certification from Jakim, yong tau foo shops, coffee shops, bakeries with alcohol in their products and more.

“No one is rejecting peace and unity, but those who have ill-intentions, must be taught a lesson,” Ridhuan said.

- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.DuLD9ceb.dpuf



@Acong                abang hang nk cakap apa pulak lepas ni? nak nangis2 atas stage lagi ka?
Quote cruz2 2-6-2014 12:15 PM
Sudah dijangka..
Next nk2 puasa nnt timbul isu halal/haram mentega margerin yg acik2 semua guna nk buat kek biskut raya pulak
Quote bidacool 2-6-2014 12:16 PM
fifie_olin posted on 2-6-2014 12:11 PM
yg terburu2 annouce kata ade babi tu nape....tggula btl2 konpem...
nmpk sgt nk sabotaj..
aku tetap ...

aku ada terbaca kat mana tak ingat psl isu ni... katanya dah tau result lama tp jakim yg hold.... last2 terkeluar jugak sbb ada yg bocorkan maklumat....
Quote atira 2-6-2014 12:16 PM
kazaraf posted on 2-6-2014 12:10 PM
yela.. sbb yg ckp ada babi tu pihak lain (bukan yg berautoriti dalam kes halal haram makanan)
so ...

so.. dah tau dna babi tu mmg ada merata2 di muka bumi ni... ummah manusia mmg tak dapat elak
apasal menggelupur pasal dna babi kat dalam cekelat?
siap nak minum sebaldi air tanah bagai macam si @Acong
Quote CiliPadiSedap 2-6-2014 12:17 PM
Anak_Nogori posted on 2-6-2014 12:10 PM
Dua coklat Cadbury sah tiada DNA babi

KUALA LUMPUR 2 Jun - Dua sampel produk coklat Cadbury yang  ...

apa kata pulak check jakim ada dna babi tak?

kejap ada babi kejap tak de?

pening kepala akak.

bukan pe, dulu babi digunakan untuk musnahkan perniagaan orang melayu contoh ramly burger pernah kena sabotaj dulu daging nya mengandungi dna babi.

sekarang cadbury, pelik tp benar.

akak harap siapa yang terlibat di humban neraka tingkat 8 bawah neraka jahanam
Quote atira 2-6-2014 12:17 PM
cruz2 posted on 2-6-2014 12:15 PM
Sudah dijangka..
Next nk2 puasa nnt timbul isu halal/haram mentega margerin yg acik2 semua guna nk  ...

sudah berlaku pada golden churn dulu...
lepas raya je tak de dah babi

Lihat semua komen(478)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.140672 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top