CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Bapa Artis Popular Di Tangkap Kerana Menipu

5-6-2014 03:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 116200| Komen: 473



Shah Alam: Kegiatan bapa kepada artis wanita popular yang menyamar sebagai Datuk untuk menipu berakhir apabila dia ditahan sepasukan anggota polis di sebuah restoran di Bukit Tinggi, Klang, petang semalam. 

Lelaki berusia 60-an itu ditahan selepas laporan polis dibuat dua individu mendakwa ditipu selain melarikan wang berjumlah RM15,000 yang kononnya untuk proses mendapatkan permit pekerja.

Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang selepas usaha menjejakinya dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sejurus menerima laporan mangsa.
Difahamkan, suspek kini ditahan untuk soal siasat dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner Chong Mun Phing mengesahkan penahanan itu dan menasihatkan mana-mana individu yang pernah berurusan dengan suspek tampil memberikan kerjasama.

Individu yang pernah ditipu suspek diminta tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat dan membongkarkan kegiatan dilakukan suspek sebelum ini.
Mangsa tidak perlu bimbang kerana semua butiran mereka dilindungi polis. Apa yang penting kegiatan suspek dapat dibanteras,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Difahamkan, soal siasat turut merangkumi pendedahan identitinya yang mendakwa bapa kepada seorang artis wanita yang memenangi anugerah dalam satu majlis baru-baru ini.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki yang mendakwa menerima gelaran Datuk daripada Sultan Selangor dan bapa kepada artis wanita popular dikesan ligat menipu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan peniaga yang mengupah warga asing sebagai pekerja untuk menyara kehidupan mewahnya sejak dua tahun lalu.

Lelaki itu turut mempunyai 23 rekod jenayah lampau membabitkan kes tipu di beberapa negeri di pantai timur dan mendakwa mempunyai 'kuasa' mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) membanteras PATI.

Dia dikatakan mengaut belasan ribu ringgit sebulan daripada mangsanya sebagai wang perlindungan kononnya dapat mengelak daripada ditahan Jabatan Imigresen.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan suspek yang turut menyamar sebagai bekas setiausaha di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menipu orang ramai.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan mereka yang berdepan dengan individu yang dimaksudkan ini diminta berhubung terus dengan pihak berkuasa,” katanya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 5-6-2014 12:57 PM
ni mesti ayah paul walker
Quote haryatie 5-6-2014 12:57 PM
ayah siapa pulak ni...
kesian ank2 dpt ayah yg macam ni..
Quote mummy75 5-6-2014 12:59 PM
adakah baru menang anugerah ABPBH baru2 ni...aku rasa tu je majlis anugerah yg baru diadakan...moh speku..
Quote kechikchomel 5-6-2014 12:59 PM
artis wanita yang memenangi anugerah dalam satu majlis baru-baru ini.


abpbh?

Quote AshkieLa 5-6-2014 01:01 PM
Difahamkan, soal siasat turut merangkumi pendedahan identitinya yang mendakwa bapa kepada seorang artis wanita yang memenangi anugerah dalam satu majlis baru-baru ini.


ABPBH kan baru2 ni... so siapa artis wanita yg menang malam tu?
- siti saleha
- fara fauzana
- neelofa

ni jer aku ingat...
Quote alinone78 5-6-2014 01:04 PM
Huh???? Siti saleha?

Stacy?
Neelofa?
Zara zya?
Jihan?

Quote newyork 5-6-2014 01:04 PM
tipu byk di belah pantai timur...
Quote hybridity 5-6-2014 01:05 PM
clue csi

1. Shah Alam
2. artis wanita popular
3. gelaran 'Datuk' dari Sultan Selangor
4. involve dlm bisness proses mendapatkan permit pekerja.
5. artis wanita yang memenangi anugerah dalam satu majlis baru-baru ini.


agak2 sapa??
Quote whadda 5-6-2014 01:05 PM
bukan kuarga siti saleha dok klang ke...??

iol speku sajork...
Quote rayna_raynes 5-6-2014 01:08 PM
aku nyaris2 nak fitnah nd lala td tp nasib baik sila amjah takde menang apa2 anugerah baru2 ni haha
Quote lucky_peace 5-6-2014 01:14 PM
whadda posted on 5-6-2014 01:05 PM
bukan kuarga siti saleha dok klang ke...??

iol speku sajork...

bile bace Klang ai pon terus teringat Siti Saleha...
Quote kucen_miang 5-6-2014 01:20 PM
newyork posted on 5-6-2014 01:04 PM
tipu byk di belah pantai timur...

bapak kelopak kah?
Quote maxim 5-6-2014 01:24 PM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner Chong Mun Phing mengesahkan penahanan itu dan menasihatkan mana-mana individu yang pernah berurusan dengan suspek tampil memberikan kerjasama.
Individu yang pernah ditipu suspek diminta tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat dan membongkarkan kegiatan dilakukan suspek sebelum ini.

apa ke bingai..nak suh bg kerjasama tp xnak reveal nama suspek
Quote kakikuDibibirmu 5-6-2014 01:28 PM
jalan-jalan dekat kuala lumpur, baling sepuluh batu, mesti kena sorang dato'
Quote enchikfitz 5-6-2014 01:30 PM
Siapa? Fafau? Saleha? Jihan? Zara?
Quote prettyuglybabe 5-6-2014 01:31 PM
iols parking sambil tunggu team csi
Quote maharani_gebu 5-6-2014 01:34 PM
kakikuDibibirmu posted on 5-6-2014 01:28 PM
jalan-jalan dekat kuala lumpur, baling sepuluh batu, mesti kena sorang dato'

tu diaaa... punyalah ramai dato kat KL ni katakan.....
Quote SissySembah 5-6-2014 01:35 PM
jadi siapa dia? akak syak neelofa sahaja sebab beliau pernah beli jamu perapat dari akak.
Quote dubuk 5-6-2014 01:36 PM
ayah siapa itu

Lihat semua komen(473)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.067273 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top