PELAKON dan pelawak popular Ajak Shiro berjaya mematahkan tindakan seorang lelaki mencuri perkakas dapur dan rumah dari kediaman keluarganya di Jalan Denai Kecil, Taman Purnama, Kempas, Johor Bahru, kelmarin. Sebahagian besar barangan yang dicuri itu merupakan perkakas memasak yang digunakan untuk majlis kenduri pertunangan adik Ajak Shiro sehari sebelum itu, lapor Kosmo! Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 28, berada di rumah ketika insiden jam 9 pagi itu. Dia kemudian bertindak mengejar lori yang membawa barang curi dari rumahnya itu. Lelaki India yang menyedari dirinya dikejar meninggalkan kenderaan itu di tepi jalan di kawasan ladang kelapa sawit sebelum melarikan diri. "Saya mengejar lori satu tan itu seorang diri sehingga memasuki kawasan ladang kelapa sawit. "Di ladang kelapa sawit, suspek meninggalkan lori bersama muatan yang dicuri dari rumah keluarga saya," katanya kepada akhbar terbabit. Ajak kemudian menghubungi rakannya, Jepp Sepah untuk membantunya.
|
AshkieLa posted on 9-6-2014 01:21 PM
pergh... a hero calling calling another hero...
p/s: Jepp Sepah pernah selamatkan seorang p ...
lasagnaklcc posted on 9-6-2014 01:13 PM
jepp dok kempas ke? ke jepp ada area situ?
stres posted on 9-6-2014 02:13 PM
ajak kejar pencuri tu dari kempas sampai ke kulai..jep ada kat kulai sebab tu dia tolong n bwk ajak ...
ADVERTISEMENT