Sejak akhir-akhir ini pelakon Uqasha Senrose sering memuat naik gambarnya memakai tudung. Perubahan tersebut ternyata menggembirakan hati peminatnya di mana ramai memuji kakak kepada Nelydia Senrose itu nampak manis ketika bertudung. Namun dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengenai perubahannya itu.
Kebanyakan mereka keliru dan menganggap perubahan tersebut sebagai propa semata-mata apatah lagi sebelum ini pelakon kacukan Siam-Kelantan ini pernah mengeluarkan kenyataan kononnya dia berhijab kerana bagi memenuhi tuntutan karakter yang dibawanya. Justeru, GUA menghubungi pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini bagi mendapatkan penjelasan sebenar Uqasha mengenai perkara itu selain turut bertanyakan tentang sejauh mana kesahihan cerita yang dia kini sudah bertudung.
"Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini," tutur pelakon drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' ini kepada GUA. Walaupun pada mulanya agak keberatan untuk bercerita mengenai perubahannya itu, namun Uqasha akhirnya sudi berkongsi tentang perkara tersebut. Menurut bekas teman wanita kepada pelakon Pekin Ibrahim ini, sudah hampir sebulan dia mengenakan tudung. Uqasha ketika ditemubual turut menafikan dia melakukan perubahan tersebut kerana lelaki lain ataupun desakan daripada pihak luar. "Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya," ujarnya mengakhiri perbualan. |
9
Bagus |
Marah |
2
Terkejut |
6
Sedih |
13
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nham22 posted on 12-6-2014 04:41 PM
Alhamdulillah..insyaAllah akan tampil dgn produck tudung jenama sendiri..
ADVERTISEMENT