CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Perang Dingin Neelofa Dan Fazura?

17-6-2014 02:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15691| Komen: 1


TIADA angin, tiada ribut, perang dingin antara Neelofa dan Fazura kembali diperkatakan. Semuanya gara-gara artikel di sebuah akhbar hujung minggu lalu.

Teori demi teori mula ditimbulkan setelah kedua-duanya dilihat saling sindir menyindir antara satu dengan lain di laman sosial, baru-baru ini.

Biarpun kedua-dua aktres ini pernah menafikan perang dingin sebelum ini, namun isu ini bagai belum ada kesudahannya.

Bagi mendapatkan kepastian sebenar, Zass menghubungi aktres cantik berdarah kacukan Melayu-Arab ini bagi mendapatkan komen mengenai perseteruan ini.

Bagaimanapun jelas Neelofa yang kini berada di Dubai, dia tidak tahu menahu mengenai artikel yang disiarkan itu.

Namun selepas dijelaskan, dia tidak cepat melatah dengan apa yang berlaku. Malah pengacara popular yang berusia 25 tahun ini mempunyai pandangan sendiri.

"Lofa minta maaf kerana tidak dapat memberi komen panjang mengenai perkara ini, pertama kerana Lofa tidak baca lagi artikel berkenaan.


"Kedua, ada banyak lagi perkara penting dalam hidup Lofa yang perlu Lofa fikirkan dan tak perlu rasanya untuk Lofa layan perkara yang remeh seperti ini," katanya yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Sibuk berniaga

Dalam pada itu, seperti selebriti lain, Neelofa juga telah berjinak-jinak dengan bidang perniagaan dan giat mengusahakan perniagaan tudung, telekung dan kanta lekap yang diceburinya.

“Alhamdulillah, tudung yang saya bekalkan dari Labenon iaitu Bokitta, mendapat sambutan dan kini saya baru lancarkan perniagaan ini secara online.

“Selain itu, sekarang saya dalam perancangan beli kain untuk jahit telekung,” katanya.

Tambah Neelofa, menjelang Ramadan tahun ini, dia sudah mula menyusun jadual sebaik mungkin kerana mahu memberi tumpuan kepada ibadah puasa.

Katanya, dia ada menerima tawaran filem, tetapi masih memikirkannya.

“Tahun lepas, saya dah rasa bagaimana menjalani penggambaran pada Ramadan. Kali ini, saya sebenarnya takut penggambaran tu jatuh pada bulan puasa lagi sebab sebolehnya saya mahu kosongkan jadual pada bulan puasa,” katanya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=785171&extra=&page=1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 18-6-2014 07:08 PM
suke statement neelofa..kalau manja selebriti pun manja akan jawab mcm ni...cewahh....ahahah

"Kedua, ada banyak lagi perkara penting dalam hidup Lofa yang perlu Lofa fikirkan dan tak perlu rasanya untuk Lofa layan perkara yang remeh seperti ini"

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.030096 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top