Siapa yang tidak menginginkan mempunyai gigi putih dan sehat? Setiap orang pasti menginginkannya termasuk Anda. Namun sayangnya makanan dan minuman yang kita makan setiap hari mampu merubah warna sebenar gigi. Gigi menjadi kusam dan tak jarang serta muncul karang gigi yang mengganggu penampilan dan kesihatan.
Berikut adalah beberapa makanan enak yang mampu memutihkan gigi.
Cokelat hitam
Cokelat hitam mengandungi bahan alami di dalamnya yang disebut dengan theobromine. Bahan ini mampu mengeraskan permukaan enamel gigi sehingga bahan makanan lain tidak mampu mengubah warna gigi. Sayangnya efek ini tidak berlaku pada jenis cokelat susu. Malahan kandungan gula dan susu di dalam cokelat susu mampu menyebabkan bau mulut.
Strawberi
Kandungan masam yang ada di dalam strawberi mampu berfungsi sebagai enzim yang membersihkan noda di gigi. Haluskan strawberi, campur dengan baking soda dan oleskan di atas gigi untuk mencegah gigi berwarna kusam.
Keju
Tidak banyak yang tahu bahawa keju mampu memutihkan gigi. Sebab keju sendiri dapat meningkatkan tingkat pH di dalam mulut yang bermanfaat untuk mencegah gigi kusam. Kandungan kalsium di dalam keju juga mampu menguatkan gigi. Jadi gemar2kanlah memakan keju ekk.
Teh hijau
Selain mampu meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhan, minum teh hijau juga mampu memutihkan gigi. Sebab teh hijau mengandung bahan asas yang disebut dengan polyphenols. Bahan ini mampu melawan bakteria di dalam gigi. Minum teh hijau juga bermanfaat untuk meningkatkan fluoride gigi.
Kacang-kacangan, biji-bijian, epal dan pear
Semua jenis makanan ini bertekstur kasar sehingga dapat menggosok plak dan noda penyebab gigi kusam. Epal dan pear juga mengandung kandungan air yang tinggi yang mampu meningkatkan produksi air liur. Sehingga bermanfaat untuk mencegah gigi kusam.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|