CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Pocong Belakang Pengawal!

4-7-2014 05:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21449| Komen: 34

Kisah yang akan aku ceritakan ini, pengalaman aku dengan kawan sekerja aku sama-sam kerja Mac Donald. Kerja sebagai pelayan restoran ini biasa lah kan memang sibuk memanjang, lagi-lagi kerja di dalam dapur. Biasa shiff aku memang selalu malam je, kena buat closing, cleaning semua memang memakan masa.

Kerja pun habis lewat-lewat 12 lebih dekat 1 pagi jugalah, aku dan kawan aku naik moto sama sebab tinggal pun dekat-dekat juga. Masa perjalanan nak balik rumah, aku ikut jalan Conlay dekat Kompleks kraff tu. Sana memang sunyi je atas pukul 10 malam, lagi satu kat situ selalu ada roadblok polis.

Gambar contoh, pocong itu agak mengerikan, tapi hanya nampak bahagian kepala sampai badan je.


Cerita nya macam ini,Di jalan Conlay itu ada sebuah rumah banglo besar warna putih, sesiapa yang pernah lalu jalan itu mesti perasan punya banglo putih tu.

Malam aku balik kerja tu, keesokannya aku off tapi kawan aku masuk noon. Aku behenti motor aku kat tepi jalan traffiq light depan Kompleks Kraff itu. Aku tanya kawan aku. "wei esok kau noon shiff kan?" Kau ingat tak banglo putih kat depan sana tu?

Kawan aku pun jawab macam ini " wei kau dah tebiat bukan ke banglo itu ada orang jaga?" Maksud aku pengawal. Aku jawab " eh kalu ada lagi bagus suruh dia teman kita la ok tak?

Jadi kawan aku pun setuju, aku pun menuju ke banglo itu. Keadaan memang sunyi dan gelap, tapi pengawalnya aku tak nampak pula. Meja dengan moto je ada kat dalam banglo itu. Aku redah je masuk banglo tu, agak semak la dalam tu.

Tiba-tiba ada suara bertanya " siapa itu, siapa itu" aku dengan kawan aku diam je la, mana tahu benda tu ke yang tanya. Suara itu pun hilang. Lepas itu, aku terdengar enjin motor berbunyi, bila aku tengok dekat luar xda pun enjin motor hidup. Dekat setenggah jam dah aku dengan kawan aku lepak sana, terkantoi sudah aku dan kawan aku dengan pengawal.

"eh korang buat apa kat sini?" ni kan kawasan larangan, pengawal tu pun duk bising-bising la kat aku dan kawan aku. Nak tahu apa yang aku nampak masa pengawal tu bising-bising? Pocong la! betul-betul belakang pengawal itu. Aku pun pandang la bawah pejam mata sebab terkejut nampak pocong! aku dalam hati cakap alamak pocong ni asal pandang tepat ke mata aku!

Aku lari dengan kawan aku tinggal kan banglo itu, pengawal tu je yang tak nampak padahal aku da jerit pocong! pocong! pocong!

Hidupkan enjin motor terus cabut! ini lah pengalaman aku jumpa pocong, nasib dia x ikut balik ke apa.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 1-7-2014 11:48 AM
mesti pengawal tu igt ko buat2 sbb nk lari kan.... haha
Quote dita85 1-7-2014 11:50 AM
pocong tu nmpk muke ke??
Quote mute 1-7-2014 03:30 PM
pakcik jaga dah biase tu duduk ngn pocong
Quote fifie_olin 1-7-2014 03:33 PM
pocong tu geng pak gud di waktu mlm...
Quote tykarib 1-7-2014 03:36 PM
pocong tu ada loncat-loncat x?
Quote emmaisa 1-7-2014 03:51 PM
korang kacau pak guard tgh borak dgn pocong tu, tu pasal pak guard tu marah...
Quote berun 1-7-2014 04:27 PM
mute posted on 1-7-2014 03:30 PM
pakcik jaga dah biase tu duduk ngn pocong

aku pun x tahu la. tapi lepas nampak kita trus cabut. apa jadi kt pak guard pun xtw
Quote berun 1-7-2014 04:29 PM
-electrifying- posted on 1-7-2014 11:48 AM
mesti pengawal tu igt ko buat2 sbb nk lari kan.... haha

tu xpasti. yg penting jalan conlay ada pocong. dibela ke apa x sure la
Quote Naurah_rik 1-7-2014 05:02 PM
part jumpak pocong kelihatan separuh badan je aku setuju. berdasarkan cerita adik aku.. sampai hari ni dia tak bole lena malam
Quote nizamjogja 1-7-2014 06:26 PM
Pasal hantu..di pulau jawa bersepah hantu lembaga..tapi saya belum pernah ternampak ngan hantu
Quote zacrin 2-7-2014 09:41 AM
pocong tu marah ko kaco dia ngan pak guard lepak tu
Quote CrowneGlory 2-7-2014 09:47 AM
Jln conlay... Depan sikit lg byk hantu

hantu2 pakai topeng manusia...

Quote myakayina 2-7-2014 12:52 PM
nizamjogja posted on 1-7-2014 06:26 PM
Pasal hantu..di pulau jawa bersepah hantu lembaga..tapi saya belum pernah ternampak ngan hantu

Mas, jgn diminta jumpa sama hantu setan..
Quote lnakass 3-7-2014 03:20 PM
Siap ada gambar lg. Adoi. Nasib skrng siang
Quote missayeen 5-7-2014 06:29 PM
Tolongla up cerita lain pulak.

Memalam aku bukak porem guna web version putus nafas gambar ni dok atas sekali..

Tanjat gegel
Quote hanna88 6-7-2014 11:23 AM
ada gambo yg wat terkujat ni haha..nasib baik siang nih..
Quote din_atos 6-7-2014 11:38 AM
Aku pasti guard tu da sedia maklum. Dia da lama berada di situ kot.
Quote wak_parjo 6-7-2014 11:40 AM
pocong dia gerak cam ner.guling2,loncat2@terbang?
benda nih leh nampak muka ker cam gambar kat tas tu?ker atau balut semua.
Quote palmolive 6-7-2014 01:24 PM
rumah banglo yg ada pokok rambutan tu ker

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.116302 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top