CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Arin Raja Lawak Maki Pelanggan Di Whatsapp

16-7-2014 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35967| Komen: 163

Arin Raja Lawak Maki Pelanggan Di Whatsapp




OhMedia menerima satu aduan di WhatsApp tentang dirinya telah dikelentong oleh isteri seorang pelawak tempatan yang menjalankan perniagaan online. Bila timbul ketidak-puasan hati, hal yang kecil menjadi lebih besar apabila pelawak tersebut turut campur tangan dengan cara yang amat tidak professional. Pelawak yang dimaksudkan pengadu adalah Arin Raja Lawak. Mungkin namanya tak dikenali tapi wajah pelawak ini memang telah biasa dilihat melalui kaca TV.


Pengadu mendakwa membeli satu beg berharga RM190 yang dijual isteri selebriti terbabit. Apa yang mengecewakan lain warna yang dibeli, lain pula yang sampai. Tidak cukup dengan itu, dompet yang didatangkan bersama juga jenis lain selain material dan zip beg tersebut setaraf bag yang boleh didapati di pasar malam berharga tak lebih dari RM20.

Mula-mula kata 'sebijik' lepas tu kata itu gambar bag lain pula.

"Brg smpai sy complain..dh la oder lain dpt lain.. Sy oder beg ade gred wlaupun xori dengan bayaran rm190. Harga yg boley dkatakan tinggi utk beg gred 3A@2A kan. Tp smpai kat sy colour beg lain, dompet set lain.. Xckup tu material ngan zip beg sume mcm ley dpt kat pasar mlm
*arga 20 ringgit..", jelas pengadu melalui Whatsapp.

Pengadu yang cuba untuk menghubungi peniaga mulanya dilayan acuh tak acuh namun kemudiannya peniaga mengambil langkah berdiam diri (malas nak layan). Mesej yang dihantar di Whatsapp telah dibaca tetapi tidak sesekali dibalas semula. Pengadu yang merasakan dirinya menjadi mangsa penipuan telah cuba menghubungi melalui telefon namun terpaksa pula mendengar ayat yang membuatkan telinga berdesing, "Wey babi ko dengar sini ya...." bukannya ayat meminta maaf seperti yang diharap-harapkan.



"Sy faham penjual bg ayat manis sblm kite beli.. Tp salah ke sy cust just komplain brg yg die anta dgn mcm2 kesalahan.bkn 1 tau.. Sy sertakan skali resit atas name Mohd Zahrin b.Md Kasim. So sy panas hati sy kol balik.. Bini die plak BABi2 kan sy.. Die ckp wey babi ko dgr sini yer.. Kalau sy sempat rekod myb sy dh rekod pbualan biadap die tu ngan sy.."

Kecewa dengan sikap lepas tangan peniaga yang tidak tahu menjaga pelanggan dan mencabarnya untuk membawa perkara ini ketengah, pengadu yang pada awalnya berdiam diri akhirnya tampil untuk perkara ini ketengah setelah mendapat nasihat dan golongan keluarga dan sahabat terdekat. Jelasnya menerima kata-kata makian dari seorang public figure, benar-benar amat mengecewakan.

"Kite keje sparuh mati cari duit.. Beli 1 bende utk kpuasan diri sndiri.. Wlau jumlah @harga brg tu nilai nye kecil.. Bile kene tipu maki mcmni sy rase mcm sy lak mgemis kat die.buat cust mcm smpah. Mentang2 laki die retis. Sy marah die sbb lps tgn..xpndai jaga cust.. Nape x cek brg yg nk anta tu.. Arin kol sy..tp masetu sy bz tgh tlg cousin niaga bazar ramadan.. Die pxkxxxk kan sy.. Sy betol xsangka artis yg xbpe nk hot ni sgt biadap!"

Perbualan pengadu dengan Arin.

"Sy rasa ckup la sy mngadu kat media setakat ini..mulanya sy nk bdiam diri je.. Tp atas desakan nasihat family dn kenalan tdekat.sy berani ke depan utk ceritakan ape yg blaku..segala kerugian sy yg hadapikn..tp terima kata2 cacian dan makian dr sorg public figure woW sgt la mkn dlm..Sekian.. ", tambahnya lagi.

Jadi hal sebegini pada kami para peniaga ni tak kiralah artis atau orang biasa, haruslah buat cara berniaga. Perlulah akui kesilapan yang kita lakukan jika pelanggan tak berpuas-hati dan tak susah pun untuk mengucapkan maaf bagi memperbetulkan kesilapan tersebut. Kalau tak pandai meniaga, eloklah jangan meniaga terus tak pasal-pasal peniaga kecil lain yang benar-benar ingin mencari rezeki secara online pun terkena tempiasnya (disebabkan orang dah takut nak shopping online).

Kita yang bukan pembeli ni pun rasa sakit hati sebab nampak sangat gambar yang diberikan pada awalnya mampu menarik minat pembeli tetapi barang yang diterima pula jauh panggang dari api. Sudahlah design langsung tidak sama, lepas tu bila dikritik mulalah melenting pada pelanggan kononnya kalau nak yang elok pergi beli yang original. Semudah itu ya?

Apapun kita tunggu lah kalau-kalau peniaga ini nak memberikan maklumbalas atau tidak.



Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brookemcqueen 15-7-2014 12:44 PM
Bagusnya perangai! Warga setinggan pun x maki orang camni.
Quote siputsedut 15-7-2014 12:51 PM
Org meniaga die pun nk meniaga tp x reti jaga kualiti servis...

Btw x knl pun mamat sendu ni
Quote znuyul 15-7-2014 12:54 PM
retis yang tak berapa hot..sendu..tapi perangai mcm pprt..
Quote atekome 15-7-2014 12:55 PM
Eeeiii truknye prangai...ko igt ko blh kaye ngn mnipu wet sbyk tuhh..sape2 pun hangin kalo dpt brg tk spt di iklankn..btw tk knl pun artis sendu nie..
Quote CiliPadiSedap 15-7-2014 12:56 PM
boikot arin raja lawak sendu
Quote irdina 15-7-2014 12:57 PM
hmmm... nak berniaga biar la jujur.
walaupun la orang tu beli yg tak ori.
dah itu je yg dia mampu.
lgpun ko dah claim barang tu ada gred.
kalau setakat nak barang standard pasar malam, dia tak pegi beli kat ko la ngok!
Quote cmf_premierleag 15-7-2014 12:57 PM
Bodoh punye bini pelawak ni
Sama pprt mcm laki ko
Biadap betul dgn customer
Mohon mangsa bagitahu nama seller insta dia
Quote lazim 15-7-2014 12:58 PM
mamat ni dulu satu group dgt mamat ex sepah, dgn munir. minggu 1 je lawak pastu x lawak dh
Quote bulanbulat 15-7-2014 12:58 PM
kesian kau.

public figure ke lautla ni 1st time aku dgr nama
Quote maxim 15-7-2014 12:59 PM

Quote toxicated 15-7-2014 01:03 PM
iols ingat tadi amir rajalawak.
kesian nye retis lawak sendu yg tak lawak ni trpaksa jual barang fake tapi menipu pulak tu. kalau mmg barang rupe sedih, send jela gambar betul yg sedih tu kat customer..jahat sgt buat perangai gitu.
Quote batman_2007 15-7-2014 01:04 PM
Kesian nya kena tipu.
Jumpa pukul jer. Ajar sikit
Quote nidzrain 15-7-2014 01:09 PM
mmt ni bukannya klakar sgt pon... over je lebey
Quote akik 15-7-2014 01:10 PM
eeww..low class sgt..artis konon
Quote rayna_raynes 15-7-2014 01:14 PM
aku allergic betul seller yang dok dear, sayang, yunk bagai ni
geli oi geli!

masa belum dpt duit. kemain la manis bahasa
dah dapat duit, kalau boleh nak diludahnya customer
Quote zila_hakimie 15-7-2014 01:16 PM
iols kan, musim2 raya gini
baik g sogo.

beg elle tu kalau ada members day,
rm 190 tu ko dah boleh beli kak.

tp, yg bini arin ni pun...
nampak nau tipu
lain order lain sampai
Quote iwan007 15-7-2014 01:19 PM
Eeeuwww x kenal pun dia.. Artis ker ni? Artis sendu sendan sgttt.... So pprt
Dah la x fofular, pastu meniaga mengaiaya org...kejisss sgt
Quote nuryakmal 15-7-2014 01:19 PM
Bag ape tu?
Quote faiz-za 15-7-2014 01:20 PM
Sendu sangat sampai sanggup tipu customer

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.181680 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top