CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Luna Maya Bakal Mencaras Fazura?

17-7-2014 11:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26322| Komen: 136

Luna Maya Akui Kekok Dengan Aaron Aziz




Aktres popular Indonesia, Luna Maya mengakui berasa kekok ketika mula-mula mahu berlakon dengan aktor popular Aaron Aziz dalam filem terbaru arahan pengarah prolifik, Ahmad Idham yang berjudul ‘Tembus’.

Luna Maya yang ditemui pada sesi previu filem tersebut bersama media semalam berkata, sebelum ini dia pernah mendengar nama Aaron menerusi filem ‘KL Gangster’ dan tahu serba sedikit akan latar belakang aktor itu menerusi program E Channel yang ditontonnya tahun lalu.


“Sebelum ini saya hanya dengar saja namanya dan tahu popularitinya sangat besar di Malaysia. Saya tahu dia berlakon dalam filem KL Gangster dan saya pernah menonton dia di E Channel.
“Jadi mana mungkin saya menolak saat ditawarkan belakon filem ini apatah lagi saya dimaklumkan akan berlakon bersama dia. Walaupun pada awal penggambaran kami sangat kekok, mungkin kerana belum saling kenal. Tapi lama-kelamaan semuanya okay dan penggambaran berjalan lancar”, katanya ketika ditemui di e@Curve, malam tadi.

Filem tersebut turut membariskan barisan pelakon seperti Khir Rahman, adik Mia Sara dan Fazura.

Tambah Maya lagi dia tertarik untuk menerima tawaran Ahmad Idham kerana ingin mencuba sesuatu yang baru disamping menimba pengalaman baru berkerja dengan produksi Malaysia.

“Kalau di Indonesia, saya sering membawakan watak-watak perempuan baik dalam sinetron-sinetron. Saya sudah mulai bosan dengan karakter seperti itu. Tapi saat ditawarkan untuk filem ini, saya terus tidak fikir panjang kerana watak saya kali ini berbeza. Saya seorang perempuan psiko dan enggan di tinggalkan teman lelaki.

“Dari segi cara kerja, memang berbeza antara produksi di Indonesia dengan produksi di Malaysia. Sepanjang penggambaran, saya seronok kerana kru-kru di sini semuanya melayan saya dengan baik”, katanya.

‘Tembus’ mengisahkan Hari, seorang lelaki yang memengan tanggungawabb besar dalam mengotakan janjinya untuk melihat rumahtangganya semakin dilimpahi kemewahan dengan mengizinkan isterinya, Izza (lakonan Fazura) menguruskan syarikat. Sedangkan dia menjalankan tanggungawab menjaga anaknya, Zara (lakonan Mia Sara).

Dimata masyarakat, Hari dan Izza adalah pasangan ideal yang sukses dalam rumahtangga dan kerjaya. Pasangan suami isteri ini tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa gosip. Pendek kata, tiada apa yang mampu menembusi dunia peribadi mereka.

Namun detik cemas bermula apabila Zara diculik. Dan penculikan misteri itu yang membongkar dan terluahnya segala konflik dalaman yang selama ini dipendam baik Hari, Izza sendiri juga dari orang sekeliling yang rapat dengan mereka.

Adakah Zara dapat ditemui atau dia menadi mangsa kes penculikan kanak-kanak? Adakah mampu Hari dan Izza menembusi benteng yan mereka bina sendiri? Adakah yang salah menerima akibat rasa dendamnya dengan hukuman yang sepatutnya?

Semuanya akan terjawab dalam ‘Tembus’ yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 Julai ini, bersamaan sambutan Aidil Fitri 2014. 

3

Bagus

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toxicated 14-7-2014 06:51 PM
Patut amek uols skali utk digandingkan ngn luna. Haron hajis so keras kejung khen
Quote siputsedut 14-7-2014 06:53 PM
Tgk trailer..luna ngn khir rahman je x kayu..hat lain kayu jati sgt...harun tu dh lama berlakon..byk movie ngm drama..x improve jugak..fazura nampak x serasi dgn watak die bwk...

Tgk trailer dh x selera dh nk tgk movie
Quote cowey 14-7-2014 06:54 PM
kiri sekali tu sape???
Quote famri7 14-7-2014 06:55 PM
Bestnya pornstar belakon
Quote toxicated 14-7-2014 07:00 PM
siputsedut posted on 14-7-2014 06:53 PM
Tgk trailer..luna ngn khir rahman je x kayu..hat lain kayu jati sgt...harun tu dh lama berlakon..byk ...

Mmg selayaknya dicaras luna lah kan. Fazura pon non ado kah
Quote maxim 14-7-2014 07:07 PM
toxicated posted on 14-7-2014 07:00 PM
Mmg selayaknya dicaras luna lah kan. Fazura pon non ado kah

luna mmg seorang pelakon hebat..dilayar perak mahupun di ranjang
Quote toxicated 14-7-2014 07:08 PM
maxim posted on 14-7-2014 07:07 PM
luna mmg seorang pelakon hebat..dilayar perak mahupun di ranjang

Serba boleh.pakai camera shooting boleh.pakai handphone 3gp pon voley.tp sheols berpuasa k. Harap dh tobat.
Quote senahsanasini 14-7-2014 07:10 PM
maxim posted on 14-7-2014 07:07 PM
luna mmg seorang pelakon hebat..dilayar perak mahupun di ranjang

Fake bkn ade juga ke berlakon diranjang?
Quote mawibotak 14-7-2014 07:19 PM
toxicated posted on 14-7-2014 07:08 PM
Serba boleh.pakai camera shooting boleh.pakai handphone 3gp pon voley.tp sheols berpuasa k. Harap  ...

Sape puasa? Luna maya ke? Dia bkn islam ok
Quote enchikfitz 14-7-2014 07:22 PM
aku x rasa filem ni akan box office. Kalau pun box office takat cukup2 makan. Takde daya penarik selain karatz mat haron saja
Quote cowey 14-7-2014 07:28 PM
mawibotak posted on 14-7-2014 07:19 PM
Sape puasa? Luna maya ke? Dia bkn islam ok

erk.. dlm melodi ari tue die ngaku pose..

muslim la minah tu
Quote kakikuDibibirmu 14-7-2014 07:31 PM
luna maya dengan maxim berpisah teda
Quote maxim 14-7-2014 07:32 PM
mawibotak posted on 14-7-2014 07:19 PM
Sape puasa? Luna maya ke? Dia bkn islam ok

Die Islam la. Memandai je kamu fitnah
Quote maxim 14-7-2014 07:36 PM
toxicated posted on 14-7-2014 07:08 PM
Serba boleh.pakai camera shooting boleh.pakai handphone 3gp pon voley.tp sheols berpuasa k. Harap  ...

harap beliau berpuasa atas dan bawah. erk
Quote solstice 14-7-2014 07:53 PM
Kalau luna & fazura brgmbar sebelah menyebelah sure si fazura tenggelam terpelanting ke dlm longkang
Vogue betul luna ni
Natural beauty
Tinggi
Aura kuat
Tp sayang ada skandal
Quote solstice 14-7-2014 07:57 PM
Bole ke fazura ni pegang watak berat
Kalau watak pompuan bimbo gedik dia sesuai mcm pilim pisau cukur
Tp yg bagusnya fazura dah start bawak watak mak2
Ye lah... dah kertu khennn
Quote solstice 14-7-2014 07:59 PM
Tengok trailer pon sendu
X selera lngsung
Quote maxim 14-7-2014 08:03 PM
solstice posted on 14-7-2014 07:59 PM
Tengok trailer pon sendu
X selera lngsung

tgk la sape pengarahnya sis. dapat perlakon hebat cam lunamaya pn pilem tetap hazab kalau pengarahnya si amat idham ni. bikin rosak nama luna saja
Quote setankuning 14-7-2014 08:12 PM
based on jalan citer mcm fazura pegang watak utama
tapi apsal artikel ni guna nama luna maya n mat haron untuk promo felem?
nama fazura tak bole jual kah?

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053672 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top