CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Rogol Nora Danish Ramai-Ramai?

8-9-2014 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24658| Komen: 96

Nora Danish Terima Ancaman Rogol Di Instagram

Nora Danish




PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai.

"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik  foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:

"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."


Nora menerima komen berbau lucah di Instagram miliknya.



Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis.

Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.


Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.

Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen  @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap  @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa.

mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi.


Bagus
1

Marah
10

Terkejut

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alahai 7-9-2014 07:03 PM
berani mamat nih komen camtu kat  insta gepren kaki pukul tu....
Quote alinone78 7-9-2014 07:05 PM
Ngantuk aku baca komen budak nk attention lebih ni
Quote zila_hakimie 7-9-2014 07:05 PM
err...nama sedap, akmal
tp komen..err
Quote alieyrina 7-9-2014 07:07 PM
Aku baru nak kata..tah2 laki tu pun ketua gengster gak   tu yg berani
Quote maxim 7-9-2014 07:08 PM
report jah kat bapak ned




Quote offwhite 7-9-2014 07:13 PM
to solve problem..kawen je dgn ned tu cepat...ini ke hulu ke hilir honeymun x abis2...tu sbb ada lelaki yg naik gheram..
Quote mahalnya 7-9-2014 07:14 PM
budak2 br nak tumbuh bulu..komen tak mmikir dlu
Quote bungalisa 7-9-2014 07:25 PM
Muhd ikhmal ni aku perasan... Die mmg suke cari pasal... Kat mane2 ig Artis...! Sekali sekale kene saman... Ok gak... Kasi ajar....
Quote PongKang 7-9-2014 07:27 PM
Hebat ya fenomena nd
Quote cemolot 7-9-2014 07:38 PM
Bodoh! kehkehkeh
Quote roblucci 7-9-2014 08:00 PM
report je polis bukannya susah depa nak tangkap penjenayah siber
Quote mitnick 7-9-2014 08:06 PM
punyalah krg kasih sayang.. pfftt
Quote JohnyDepp 7-9-2014 08:12 PM
offwhite posted on 7-9-2014 07:13 PM
to solve problem..kawen je dgn ned tu cepat...ini ke hulu ke hilir honeymun x abis2...tu sbb ada lel ...

Ned taknk nikah ler tu..sbb leh dpt free2 kot..opsss
Quote ira_229 7-9-2014 08:31 PM
id fake sah2 genster no eggs..klu betul2 ganas pakai la id real baru wa respect lu bro..
Quote Suchi 7-9-2014 08:37 PM
td nmpak anak buah nd yg lelaki tu apatah nama beliau hanif danish ke apatah tu


nampak dlm tv rancangan doktor muda
rasa ank buah dia sbb muka mmg sama mcm budak tu.
Quote annehuda 7-9-2014 08:49 PM
kawen ke tak kawen ke, kalau dah nama perogol hade die kisah ke status somebody tu?

rape joke is not funny
Quote ira_229 7-9-2014 08:58 PM
annehuda posted on 7-9-2014 08:49 PM
kawen ke tak kawen ke, kalau dah nama perogol hade die kisah ke status somebody tu?

rape joke is  ...

Nora boleh buat polis report..
Quote mixed 7-9-2014 09:09 PM
Ugutan tu nd kena bt repot polis

Quote melinda_kerr 7-9-2014 09:13 PM
Bila nk habislah org2 dalam forumni nk meratib nama Nora. Overated betul. Tu tak habis lagi kisah telenovela di thread sebelah. Dua telenovela pulak tu. 2 heroin bebeza. 1000 episode pun takkan habis daaa. Pening.. Makhluk alam lain pun boleh muntah mcm ni asyik dgr nama diaorg.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.078161 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top