CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Saya Bukan Plastik - Hanis Zalikha

15-9-2014 02:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 40634| Komen: 217

Saya Bukan Plastik - Hanis Zalikha


"SAYA bukan 'plastik' atau berpura-pura!" Demikian tegas pengacara dan pelakon Hanis Zalikha sambil mengakui sikap itu langsung tiada dalam hidupnya sejak menceburi bidang hiburan kira-kira tiga tahun lalu.

Lebih gemar bersikap terbuka kerana itu adalah cara terbaik untuk mendekati khalayak kata gadis yang bakal menjejak usia 24 tahun pada 9 Oktober ini, dia juga tidak pandai bermuka-muka.

Memegang teguh soal ketelusan, dia yang juga blogger ini turut merasakan prinsip hidupnya itu bakal menjadi senjata andai berdepan dengan kontroversi pada masa depan.

Tambahan pula menurut Hanis, khalayak pada hari ini tidak gemar melihat kepalsuan yang dipaparkan oleh segelintir artis.
Sekadar memberi contoh, gambar gaya hidup mewah yang dipaparkan golongan artis di laman sosial adakalanya bertentangan dengan kehidupan realiti.

Biarpun perkara itu hanya isu kecil namun kata Hanis, paparan sebegitu boleh menyebabkan golongan artis dilabel hipokrit.
"Pada dunia tanpa sempadan ini boleh dikatakan setiap artis berkongsi kehidupan peribadi mereka menerusi laman sosial masing-masing. Perkongsian itu ada baik dan buruknya.
"Dalam kes ini saya pilih untuk menjadi diri sendiri," kata Hanis yang sudah enam tahun berkongsi pemikiran melalui di blog miliknya,

Mengakui prinsip yang dipegang teguh itu menjadi penyumbang utama dirinya diminati dan popular pada hari ini namun kata Hanis, itu tidak bermakna dia boleh leka.
Menyedari kemasyhuran bersifat sementara tambah Hanis lagi, dia juga perlu banyak bermuhasabah dan berjaga-jaga supaya langkahnya tidak kecundang.

Mengulas tentang kebimbangan Hanis jika terlalu banyak pendedahan membabitkan kisah peribadi diuar-uarkan kepada masyarakat kerana perbuatan itu bakal menggangu perjalanan kariernya, dia ada jawapan tersendiri.
Hanis menegaskan bahawa setiap artis perlu bijak mengawal pengisian yang ingin dikongsi kepada umum.

Pertimbangan yang waras terutama kesan jangka panjang untuk apa juga bahan yang berpotensi dijadikan bahan cerita di laman sosial perlu diambil kira sepenuhnya, tegas Hanis lagi.

Dengan memikirkan buruk baik tindak tanduk pada setiap tindakan yang dibuat, Hanis yakin tiada isu besar dan boleh memalukan artis boleh terjadi.
Begitu juga dalam soal memuat naik gambar peribadi di laman sosial dalam kalangan artis pada hari ini. Sebagai antara artis yang rajin berkongsi gambar aktivitinya, dia mengakui sentiasa berhati-hati.

"Satu saja bahayanya memuat naik gambar di Instagram iaitu intepretasi masyarakat kerana sekeping gambar boleh membangkitkan 1,001 cerita.
"Selalunya cerita negatif. Apatah lagi jika di dalam gambar yang sama terdapat perkara lain yang boleh mengundang pelbagai andaian. Itu yang paling saya takuti," kata Hanis.

Mengambil contoh gambar berduanya bersama-sama pelakon yang dikatakan lelaki istimewa dalam hidupnya, Hairul Azreen. Dengan berlatar belakangkan pemandangan laut, ada pihak mendakwa mereka bercuti berdua baru-baru ini.
Dan bagi Hanis, tuduhan itu tidak masuk akal.
Bertindak membuang gambar itu sejurus ditegur dengan pelbagai label oleh peminat di laman sosial tersebut namun kata Hanis, dia perlu optimis malah tidak pernah mengambil hati dengan tuduhan negatif yang dilemparkan segelintir pihak yang dipercayai kurang senang dengannya.

Menganggap setiap manusia berhak melontarkan pandangan masing-masing Hanis memberitahu, yang penting dia perlu menjadikan perkara itu sebagai iktibar dan tidak mengulanginya lagi.

Mengakui kepentingan menjaga sensitiviti tambahan terikat dengan peraturan sosial, budaya Melayu dan agama Islam, Hanis juga berpegang pada prinsip - kebebasan artis ada hadnya.
"Kalau dulu pada zaman Allahyarham Sudirman Haji Arshad memang wujud kebebasan dalam kalangan artis sebab pada waktu itu tiada Internet. Tetapi zaman sekarang sudah lain.
"Pada hari ini wujud budaya mengorek rahsia peribadi artis. Itu yang tiba-tiba boleh keluar pelbagai cerita silam. Paling kasihan kalau yang dijaja itu cerita buruk," katanya lagi.

9

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fuzzyfuzzy 15-9-2014 12:05 PM
tak minat lansung minah ni...
dah la belakon pon kayu..
Quote kiyudi 15-9-2014 12:12 PM
retis kesayangan meran oil&gas
Quote Jenabmurai 15-9-2014 12:14 PM
fuzzyfuzzy posted on 15-9-2014 12:05 PM
tak minat lansung minah ni...
dah la belakon pon kayu..

lagi2 part dia cakap mulut coverlina ituwww
Quote sueism 15-9-2014 12:16 PM
iols selalu tersilap antara dua nie hanes suraya dan hanis zalika nie
Quote asteruk 15-9-2014 12:16 PM
i suka hanis zalikha.. simple and natural orgnya.. tengok pun rasa tenang je
Quote bellaa 15-9-2014 12:45 PM
kiyudi posted on 15-9-2014 12:12 PM
retis kesayangan meran oil&gas


Quote leezzaliza 15-9-2014 12:53 PM
Die ni tinggi je tp bg aku muke die x menarik utk aku tatap lame2..
Quote kamexkame 15-9-2014 12:58 PM
nobody cares la hanis oi
Quote ~boolean 15-9-2014 01:08 PM
Ko bukan plastik. Ko kayu!

Quote ciklipoo 15-9-2014 01:19 PM
mcm la nak mengaku!
Quote alinapple 15-9-2014 01:20 PM
dik bile beckp tu jgn la tekumat kamit sgt..takyah la control sokmo
Quote lionsleepin 15-9-2014 01:21 PM
Iols suka hanis.
Tapi bab kayu tu tak dpt nk ditolong.
Quote ladyxez 15-9-2014 01:25 PM
Ye bukan plastik tp kayu kayan
Klu dlm malatop ada segmen hanis zalika i pi dapur minum air ,atau tgk fon
Quote CrowneGlory 15-9-2014 01:28 PM
Memula aku ingat dia cantik la jugak.. Lps tgk iklan safi baru nmpk muka sebnr dia... Heran gak suppose iklan lg buat org nmpk cantik
Quote juliez 15-9-2014 01:35 PM


I tunggu je org masuk hencap mak nani. Selalunya thread pasal HZ akan diovershadow oleh mak nani
Quote ennaneyna 15-9-2014 01:36 PM
juliez posted on 15-9-2014 03:35 PM
I tunggu je org masuk hencap mak nani. Selalunya thread pasal HZ akan diovershadow oleh mak nani ...

Haha Mak Nani yang label anak dia ustajah, tapi anak nya pakai skirt parat pangkal peha.
Quote ennaneyna 15-9-2014 01:39 PM
Dedulu iols baca blog dia rasa dia ni cheeky and lively sgt personality nye. Tapi bila start masuk tv tengok dia berlakon mcm kayu manis je kejung nya, terus tak minat. And lepas dia berlakon blog dia sudah tiada soul sbb dah takde cite2 yang hearty lebih ke iklan and sponsored post je.
Quote blairchuck 15-9-2014 01:39 PM
juliez posted on 15-9-2014 01:35 PM
I tunggu je org masuk hencap mak nani. Selalunya thread pasal HZ akan diovershadow oleh mak nani ...

#makartis
Quote Cindai83 15-9-2014 01:52 PM
x yah coverina sgtla.. sape penah hadapp dia ni mesti tau... hihihhh... upppsss..

Lihat semua komen(217)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069787 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top