Luna Maya Rugi Besar Hasilkan Minyak Wangi Jenama Sendiri
Luna Maya PETALING JAYA: Pelakon Indonesia iaitu Luna Maya pernah mengalami kerugian besar apabila projeknya menghasilkan minyak wangi jenama sendiri gagal dilaksanakan. Luna atau nama sebenarnya Luna Maya Sugeng, 31, berkata, dia telah ditipu oleh sebuah syarikat kononnya ingin bekerjasama dalam menjayakan produk minyak wangi tersebut sehinggakan wang yang dilaburkan (enggan didedahkan nilainya) untuk projek itu 'hangus' begitu sahaja. "Kalau nak diikutkan saya sudah pun mempunyai produk minyak wangi jenama sendiri sejak empat tahun lalu. "Saya bersama sebuah syarikat telah beria-ia menyiapkan produk itu sepanjang tahun, tetapi mereka pula telah melarikan diri. Habis rugi pelaburan saya. Nak buat macam mana, saya anggap ia bukan rezeki," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, kata Luna, dia bersyukur apabila selepas tiga tahun kejadian itu, sebuah syarikat ingin menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan produk minyak wangi tersebut. Katanya, walaupun masih serik dengan kejadian lalu, Luna tetap memberanikan diri untuk bekerjasama dengan pihak tersebut dan akhirnya, jenama minyak wangi miliknya terlaksana juga. "Tidak sabar rasanya menantikan pelancaran produk minyak wangi pertama saya iaituLuna Maya Unforgetable pada 8 November ini. "Segala dugaan dan penat lelah saya berbaloi rasanya. Ada yang berpendapat kenapa mesti minyak wangi? Tambah pula saya pernah gagal sebelum ini. "Tetapi bagi saya, itu adalah cabaran. Jika kita mempunyai minat dalam sesuatu produk perniagaan yang dilakukan, kita pasti akan usahakan sehingga ia berjaya. Kiranya, secara kesuluruhan, lima tahun juga saya mengambil masa untuk mencapai impian ini," ujarnya.
|
toxicated posted on 20-9-2014 11:15 PM
muka sheols memang sometimes nampak kertu.. iols mampu terima hakikat why don't u?
toxicated posted on 20-9-2014 11:11 PM
muka tua..
maxim posted on 20-9-2014 11:17 PM
uols tertukar ngan wulan buritno kot?
malaywood.NET posted on 20-9-2014 11:23 PM
iols dah lama perasan muka dia nampak tua. dr sinetron nada cinta lg perasan.
toxicated posted on 20-9-2014 11:33 PM
coi meksimah sempat tuka gamba luna yg lain
iols nak beli la perfume dia nak merasa bau l ...
toxicated posted on 20-9-2014 11:11 PM
muka tua..
soraya posted on 20-9-2014 11:41 PM
aku pun rasa camtu nokkss...cantik tapi muka Nampak tua dr umur...kehkehkehkeh....dulu aku ingat u ...
toxicated posted on 20-9-2014 04:48 PM
tp dia memang dah 31 pun. cume as artis kan biasanye deols akan buat apa saja to look younger. or ...
soraya posted on 20-9-2014 11:50 PM
kehkehkeh....tu la dia baru 31, first time aku tengok dia kat raja lawak ke amende citer lawak la. ...
toxicated posted on 20-9-2014 11:51 PM
choi takde la sampai 40s..kalau wulan tu memang nampak cam dah late 40
ADVERTISEMENT