CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Liyana Jasmay: Saya akan bertudung bila sampai masanya

1-10-2014 12:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10611| Komen: 34

Liyana Jasmay: Saya Akan Pakai Tudung Bila Sampai Masanya


Semalam Liyana Jasmay telah melancarkan busana muslimah pertama rekaan beliau, Bella Liyana Collection dan ini menimbulkan persoalan dikalangan peminat sama ada pelakon dan penyanyi ini sudah bersedia untuk berhijrah seperti rakan rakan artis lain.

“Insya-Allah apabila sampai masa, pastinya saya akan pakai tudung. Kakak saya, Adriana Jasmay menjadi contoh terdekat tampil bertudung memenuhi tuntutan sebagai wanita Islam”

“Kakak saya sendiri pakai tudung dari suka-suka sejak Ramadan dan terus melekat. Kalau boleh saya pun nak jadi macam itu,” ujar Liyana Jasmay kepada Berita Harian.

Dalam perkembangan berkaitan, Liyana Jasmay turut berkata beliau kini akan lebih memilih watak yang bakal dilakonkan untuk mengelak adegan bersentuhan walaupun syarat itu bukanlah ditetapkan oleh suami beliau sendiri.

“Walaupun suami tidak meletakkan sebarang syarat, tetapi benda-benda macam kita perlu peka & jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan nanti — alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya,“ ujarnya.

“Dan walaupun seseorang pelakon itu tidak meletakkan sebarang syarat pengarah hendaklah tahu, status mereka yang sudah berkahwin tidak perlu diberi adegan-adegan panas,“ tambah Liyana Jasmay bercakap kepada mStar Online hari ini.

Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Ia dijual dengan harga hanya RM294.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awan-nano 30-9-2014 01:28 PM


Insya Allah..

Quote rosasa 30-9-2014 01:32 PM
boleh pula ready2 benda wajib ni kn
Quote wookiehoney 30-9-2014 01:33 PM
tak bersentuhan ni bukan sekadar nk jaga hati suami je tapi....

hmmm..

tatau nk komen ape dah

be wise liyana.


Quote toyaq_03 30-9-2014 01:34 PM
hey..hey...hey...aku xpercaya...cinta...c...i...n..t...a.....hahaha
Quote maxim 30-9-2014 01:34 PM
insyallah ko sempat pakai sebelum nazak
Quote jerukkedondong 30-9-2014 01:49 PM
maxim posted on 30-9-2014 01:34 PM
insyallah ko sempat pakai sebelum nazak

aaminnnnnn......
Quote BebeQ 30-9-2014 01:55 PM
rosasa posted on 30-9-2014 01:32 PM
boleh pula ready2 benda wajib ni kn

dosa sendiri dengan suami la tanggung tanggung.

i dulu pun kata tak ready juga sebab pengaruh persekitaran. buat endah tak endah je padahal tahu tu adalah wajib.  
dia contoh sama la macam kite wajib minum air kosong tapi bantai la minum air manis sepanjang masa demi tuntutan selera tekak, lama2 makan diri sendiri bila penyakit datang dan kulit tak cantik.
tapi sekarang dah sedor diri. pakai tudung dah~
Quote emiryn_darling 30-9-2014 02:27 PM
kita doakan je la..
Quote tomet05 30-9-2014 02:40 PM
no komen la kan
Quote lululun 30-9-2014 02:58 PM
dia mmg comel. ada satu lagu dia aku suke. lagu apa tah. haha...
Quote sepitsiput 30-9-2014 03:27 PM
dia ni nk kejar apa lagi anugerah berlakon dh berderet2 dpt...
Quote mmiki 30-9-2014 03:41 PM
mahalnya bajuuu.
Quote kosukeconan 30-9-2014 03:45 PM
ohh dia kluarkn busana muslimah rupanya
patut ditanya bila nak menutup kepala
Quote hanie_z 30-9-2014 04:12 PM
mudah2 cepat2 la pakai tudung, banyak dosa rambut tu. sehelai dah dosa,
kalo berhelai2..???
Quote makadek 30-9-2014 04:21 PM
smlam tgk dia belakon dh x comey x mcm bebudak dh

nmpk muka sembab.baru lepas beranak
Quote mijaa 30-9-2014 04:30 PM
“Kakak saya sendiri pakai tudung dari suka-suka sejak Ramadan dan terus melekat. Kalau boleh saya pun nak jadi macam itu,”  hmm tah lah. doakan je la.
Quote cokelatrawkz 30-9-2014 04:34 PM
RM294???
kalau kat butik FB dah lama customer dok PM mintak less hahahaha.. sedangkan yang harga RM69 pun nak mintak diskaun apa lagi yang cecah ratus2 ni...
Quote cikatilia 30-9-2014 04:58 PM
kalau pakai tudung kena tunggu bersedia

ce kalau nak melakonkan watak pelacur
watak bapok
tomboy
anytime xyah nak praktis pon

lancarr jekkkkkk
Quote shernazz 30-9-2014 05:19 PM
Cakap mcm bile nak mati pon boleh mintak tqngguh dari izrail lima tahun lagi baru tarik nyawa..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.063396 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top