CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zain Saidin Tak Halang Anak Masuk Kelab Malam

7-10-2014 05:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28346| Komen: 129

Zain Saidin Tak Halang Anak Masuk Kelab Malam


Pejam celik pejam celik, tinggal lagi beberapa minggu je lagi pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan menimang cahaya mata perempuan mereka.

Pantasnya masa berlalu kan! Kami tengok foto baby bump Che Ta kemain comel lagi. Bertambah seri wajah Che Ta sejak mengandung ni.

Tapi, nampaknya pasangan ini memang tak boleh lari dari kontroversi. Hmm, belum habis peminat bising kerana baby shower ala budaya barat, timbul pula bisik-bisik anak sulung Che Ta iaitu Ammar sering ke kelab malam.



Namun, ternyata pasangan suami isteri ini sangat sporting dalam mendidik anak-anak. Zain Saidin yang kami temui ketika majlis Tandatangan Zain Saidin Sebagai Model Hot Perfume semalam, nampak tenang je bila kami ajukan soalan ni.


Kata Zain, dia tidak menghalang anaknya untuk ke kelab malam asalkan dia (Ammar) tahu menjaga diri dan tak terlibat dalam perkara yang merosakkan.


Memang dia ada perasaan ingin tahu untuk mencuba,jadi dia kena belajar dari pengalaman dia sendiri. Dia pergi pun atas pengetahuan. Ini proses dia membesar.
Jadi, dia rasa nak masuk club, dah cukup umur masuklah, kalau tak menghalang dari segi undang-undang atau agama tak apalah. Janji tak keluar surat khabar ke apa, yang penting dia kena jaga nama dia dan elakkan dari benda negatif.
Kalau kita halang macam mana pun, kalau dia nak dia akan buat. Lagi dihalang, lagi dia nak buat. Jadi, diorang kena lalui sendiri, kalau dia salah langkah, kita kena faham sebab itu proses dia membesar.
Nama dia yang kena dijaga selain kita sebab kalau apa-apa jadi dia sendiri yang akan kena hentam. Kalau dia buat apa-apa pun, dia tau had dia. So, it’s better to support, so they will always come to us dari dia sorok-sorok.

Giteww jawapan Zain. Nampaknya Zain sendiri meletakkan kepercayaan yang tinggi pada anak-anaknya. Tak mengapalah asalkan anak-anak tak melampaui batas kan?


Kata Zain lagi, anak-anak Che Ta amat senang berkongsi apa saja dengannya dan kadangkala selalu juga mereka minta nasihat Zain tau! Iyalah, melihat pada peribadi Zain, mungkin dia memahami kehendak anak-anak. Man talk gitew!
Apa-apa pun Ammar akan tanya pada I, dia selesa, jadi kalau apa-apa pun I tahu apa yang patut I ceritakan dan yang tak patutlah. Kalau dia tanya I akan jawab, I’m very honest dengan dia. Kita kena open dengan anak-anak, bila kita percaya dengan dia, dia akan percaya kita. Itu satu benda yang Che Ta ada dengan anak-anak dia. Ada respect dan had apa yang boleh dan tak boleh dilakukan.


Kalau dah sampai begitu sekali kepercayaan ibu bapa, kami harap anak-anak Che Ta dan Zain pandai-pandailah jaga diri. Iyalah, dah nama pun anak selebriti terkenal, setiap gerak geri orang akan pandang. Betul tak?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 3-10-2014 12:20 PM
first..

cek in
Quote lizaluvliz 3-10-2014 12:34 PM
besar dh anak zain...opss anak che ta...
okla mak pak open...cite bg permission anak masuk kelab pon bgtau paper??
alahaiiiiiii
Quote elmen 3-10-2014 12:36 PM
tak salah dr sisi agama? msuk club, clubbing, joget2, gesel2, tak salah sisi agama ke tu? ke mmg anak che ta ni masuk club just jadi patung perhiasan tepi pintu? tapaham iols...
Quote MeMeimei 3-10-2014 12:36 PM
mak bapak urban gitu
Quote Parit.Hilton 3-10-2014 12:39 PM
hahahahahah!

doa makan pun zain tak geti baca. ape sangat la bila bagi izin anak pegi club malam.
Quote gusikuberdarah 3-10-2014 12:43 PM
nti baby pon bwk clubing gak..

melentur buluh biar dari rebung
nk ajar masuk disko biar dri kecik

tak gitu..
Quote cikenet 3-10-2014 12:43 PM
hmmmm.....no comment
Quote vv2005 3-10-2014 12:46 PM
elmen posted on 3-10-2014 12:36 PM
tak salah dr sisi agama? msuk club, clubbing, joget2, gesel2, tak salah sisi agama ke tu? ke mmg ana ...

AKU RASA dia g kelab malam tu untuk mengkaji orang-orang didalam sana.
Quote miu84 3-10-2014 12:52 PM
Parit.Hilton posted on 3-10-2014 12:39 PM
hahahahahah!

doa makan pun zain tak geti baca. ape sangat la bila bagi izin anak pegi club malam.

nok cemana zain boleh kantoi tak reti bc doa makan?
Quote nourahfey 3-10-2014 12:53 PM
vv2005 posted on 3-10-2014 12:46 PM
AKU RASA dia g kelab malam tu untuk mengkaji orang-orang didalam sana.

kalau rasa diletakkan caption gitu,i pon rasa yang sama la,hahaha
Quote leezzaliza 3-10-2014 12:55 PM
elmen posted on 3-10-2014 12:36 PM
tak salah dr sisi agama? msuk club, clubbing, joget2, gesel2, tak salah sisi agama ke tu? ke mmg ana ...

Bile mix mat saleh bkk mulut... Bg die mmg x salah dr segi agama.. Kepala abah die...!!!!
Quote Parit.Hilton 3-10-2014 12:56 PM
miu84 posted on 3-10-2014 12:52 PM
nok cemana zain boleh kantoi tak reti bc doa makan?

ada thread pasal ni dulu. kalau tak silap rancangan Resepi Memikat Suami.

ko try cari kat youtube turn Zain dengan Che Ta.
Quote leezzaliza 3-10-2014 12:57 PM
Mmg la bg izin.. Ko tu bapak tiri je zain oii.. Kawen dgn mak diorg time diorg dah beso.. Cube tye kat bapak kandung budak2 tu tgk ape komen die... Ikut kn ko x de hak pun nk komen macam tu zain..
Quote doubleA 3-10-2014 12:58 PM
apa kata bapa kandung anak che ta pulak?

Quote NHolmes 3-10-2014 01:00 PM
...............
Quote elmen 3-10-2014 01:01 PM
vv2005 posted on 3-10-2014 12:46 PM
AKU RASA dia g kelab malam tu untuk mengkaji orang-orang didalam sana.

ha ah.. ilmu kajian tempatan..jgn lupeee... sekalian dgn ilmu hisap.. ehh? hisab..
Quote elmen 3-10-2014 01:04 PM
leezzaliza posted on 3-10-2014 12:55 PM
Bile mix mat saleh bkk mulut... Bg die mmg x salah dr segi agama.. Kepala abah die...!!!!

sportingggggg apaknyeeeee.. tgk rambut je laaa dah tauuuu....
Quote liyamariska 3-10-2014 01:07 PM
ai rasa Zain Saidin kurang bijak memberi pendapat sedemikian.

sekian.
Quote reddots 3-10-2014 01:08 PM
elmen posted on 3-10-2014 12:36 PM
tak salah dr sisi agama? msuk club, clubbing, joget2, gesel2, tak salah sisi agama ke tu? ke mmg ana ...

Undang2 dan agama tolak tepi. Janji jgn kuar surat kabar...

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.349423 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top