CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Aril Pilus Tinggalkan Era Fm, Bimbang Diskriminasi Stesen Radio

29-10-2014 05:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13364| Komen: 58

Aril Pilus Tinggalkan Era Fm, Bimbang Diskriminasi Stesen Radio


Album Aril sudah berada di pasaran.




KUALA LUMPUR: Penyanyi Aril Pilus memberitahu punca utama dia menamatkan kontraknya sebagai penyampai radio Era FM kerana mahu menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian selepas melancarkan album pertamanya berjudul Aril.

Aril atau nama sebenar Khairil Azam Pilus, 29, berkata, status pekerjaannya di stesen radio juga memberi kesan apabila stesen radio lain enggan memutarkan lagu-lagunya atas faktor persaingan.

"Saya berhenti selepas dua tahun berkhidmat sebagai deejay Era FM kerana saya khuatir lagu-lagu saya tidak akan dimainkan di radio-radio lain.

"Sebagai penyanyi yang bekerja di sebuah stesen radio ia akan dilihat sebagai ada suatu persaingan dan kepentingan peribadi, jadi saya ambil keputusan untuk berhenti," ujarnya kepada mStar Online.

Orang kuat disebalik pembikinan album pertama Aril.


Aril berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran album pertamanya berjudul Aril yang diadakan di No Black Tie, di sini, Isnin.

Album mempunyai sembilan buah lagu itu turut memuatkan sebuah lagu nyanyian semula berjudul Kembali Senyum yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham abangnya iaitu Izwan Pilus.

Katanya, lagu itu merupakan cara dia menghargai pengorbanan abangnya yang banyak membantu dalam kerjaya nyanyiannya selama ini.

"Lagu ini saya nyanyikan semula sebagai hadiah kepada abang saya dan itu cara saya menghargai pengorbanan beliau.

"Peminat-peminat dia juga banyak bertanyakan tentang lagu itu dan rindukan arwah, begitu juga saya sebagai adik," katanya.

Sementara itu, Aril berkata, album tersebut merupakan penceritaan tentang pahit getir dilalui dalam kehidupan sepanjang bergelar artis.

Aril menambah, dia mengambil masa yang agak lama untuk muncul dengan album pertama itu disebabkan ingin mencari bahan yang terbaik dan sesuai dengan pasaran.

"Saya bukan tenggelam timbul dalam bidang nyanyian tetapi saya banyak menerokai cabang seni lain seperti pengacaraan, lakonan dan penyampaian radio.

"Sekarang saya fikir masa paling tepat untuk saya keluarkan sebuah album untuk peminat yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini," ujarnya.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album Aril ialah Cari Aku, Menggeletar, Bangkit, Kembali Senyum, Ganjil, Bintang & Kelompang, Anugerah Terindah, Tulis dan Menatap Matamu.


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 28-10-2014 02:45 PM
baguslah kalau mcm tu...cuma vokal dia biasa2 je...


penyanyi2 yg bagus, tp endup jd dj mcm dina, adibah nor, zahid tu semua yg ptut berenti n konsentret on music
Quote c===8 28-10-2014 02:49 PM
ke era yg xnak renew kontrak dia.btw waktu bila dia jadi dj?gua dgr radio waktu pegi sama balik  keja je
Quote kejoraria 28-10-2014 02:56 PM
klau keje pemyampai radio ni mmg radio lain takkan mainkan album kita yerk....cenggitu upanya....baru aku tau
Quote putehkundor 28-10-2014 03:02 PM
Full album?
Tinggi risikonya nak......engkau tu dah la sendu, suara bias bias jah....
Quote kaklehot 28-10-2014 03:04 PM
suara dia ni husky...jarang2 ada penyanyi lelaki suara husky mcm beliau...tp sygnye sendu la pulak kan..
Quote xtahumenahu 28-10-2014 03:05 PM
kan bagus jd dj tuh...ada pendapatan tetap...album tuh..xtau lagi leh meletopp ke x
Quote Denco 28-10-2014 03:07 PM
aril x yah la ko syok sendiri
sore ko pn bkn mcm hafiz
Quote malaywood.NET 28-10-2014 03:09 PM
boring giler.
Quote caplimau 28-10-2014 03:11 PM
hurmmm.. mcm tu je benti keje?
boleh ke hdp harap pada album n show dik?
ke bini ko mampu spedo hidup ko hingga ke akhir nye?
Quote Orix 28-10-2014 03:12 PM
gaji deejay byak ke ekh?
Quote smeetasmitten 28-10-2014 04:14 PM
dina tu ok je mainkan lagu sendiri. yg ada faizal tahir psl mh370 tu.
Quote amirgo 28-10-2014 11:27 PM
Dulu aril af, skrg dah jadi aril pilus
Quote setokinpurple 28-10-2014 11:47 PM
betul jugak kan? penyanyi yg jd deejay memang jarang sekali dgr lagu mereka di radio
Quote alesandra 28-10-2014 11:50 PM
zahid yg juara tu pun menten je jadi dj.takyah nyanyi laa...ko buat mcm maner pun tetap sendu.
Quote alesandra 28-10-2014 11:53 PM
sepitsiput posted on 28-10-2014 02:45 PM
baguslah kalau mcm tu...cuma vokal dia biasa2 je...

org mcm adibah nor,sarimah  tu lebih pada side income kot
Quote fredbok87 28-10-2014 11:54 PM
Aril a.k.a Awok... aku paling admire dan menjadi kipas susah mati heols dalam AF... memang antara penghibur yg baik dalam AF..dengan lincahnya, feelnye, cuma apa yg diharapkan tk menjadi lepas AF... mungkin bukan rezki heols... apapun aku akan dapatkan album heols..nak tgk progress suara mcm mana....
Quote beta_carotene 28-10-2014 11:55 PM
lagu toksik loji kumbahan tu takdak ka dalam album yinniew?
Quote azwana_alia 29-10-2014 03:12 AM
beta_carotene posted on 28-10-2014 11:55 PM
lagu toksik loji kumbahan tu takdak ka dalam album yinniew?

mimpi ngeri uolssss...
Quote lazim 29-10-2014 05:15 AM
kalau aril muncul dgn album masa bujang aku rasa karier dia blh bgun.. sebab dia ni vokal sederhana tp personaliti and prformance yg best. tapi kini dh kawen.. alamatnya flop la

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.118377 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top