CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Pengikut Instagram Terima Komen Kesat Tauke (Jambu)

31-10-2014 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16894| Komen: 47

Pengikut Instagram Terima Komen Kesat Tauke (Jambu)

Tauke mahu pengikut lebih hormat hal peribadi seorang artis.




PETALING JAYA: Pelawak Tauke (Jambu) menganggap tindakannya membalas komen pengikut Instagram miliknya dengan kata-kata kesat adalah sebagai memberi pengajaran kepada individu berkenaan.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan sikap pengikut tersebut keterlaluan apabila memberi komen yang disifatkan menjatuhkan maruahnya.

"Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu.

"Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yang lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.

Tauke berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya membalas komen seorang individu yang menuduh dia sebagai 'kaki perempuan' gara-gara memuat naik gambar bersama seorang wanita tidak dikenali.

Perkara tersebut membuatkan pelawak itu berang dan membalas dengan perkataan yang agak kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengikutnya yang lain.



Dalam pada itu, Tauke berkata, dia berani menulis kata-kata kesat berikutan individu yang menulis status itu tidak mendedahkan identiti sebenar dirinya dan akaun itu diwujudkan juga adalah bertujuan memburuk-burukan seorang artis.

"Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu.

"Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yang sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain," ujarnya.

Sementara itu, Tauke menjelaskan bahawa wanita dalam gambar tersebut merupakan salah seorang kru yang terlibat menjayakan program Super Spontan minggu lalu.

7

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 28-10-2014 02:38 PM
lah...ada peminat ke??
Quote kaklehot 28-10-2014 02:47 PM
muka pch rumah...
Quote mzzenma 28-10-2014 02:48 PM
kaklehot posted on 28-10-2014 02:47 PM
muka pch rumah...

yang penting poket lebat
Quote kucen_miang 28-10-2014 02:52 PM
ko ingat ko lawak?
Quote prettyuglybabe 28-10-2014 02:52 PM
hek eleh..
padahal diri sendiri meruap nak menganjing
bukan tak boleh block je
Quote kejoraria 28-10-2014 02:54 PM
prettyuglybabe posted on 28-10-2014 02:52 PM
hek eleh..
padahal diri sendiri meruap nak menganjing
bukan tak boleh block je

dia pun nk jugak glamer.....cari publisiti murahan la tu....ahakssss
Quote cemolot 28-10-2014 03:01 PM
ko feeling chek ta ke tauke oi
Quote prettyuglybabe 28-10-2014 03:03 PM
kejoraria posted on 28-10-2014 02:54 PM
dia pun nk jugak glamer.....cari publisiti murahan la tu....ahakssss

entah-entah fake account sendiri
Quote amyainsamad 28-10-2014 03:05 PM
boooooo..............
Quote malaywood.NET 28-10-2014 03:05 PM
antara artis malaysia muka pecah rumah. tp bajet banyak awek. geli loya dgr statement dia dulu "ko ambil bekas aku" pengalaman aku org muka pecah rumah gini pasti ada pakai ilmu. aku tak tuduh tp ini pada kenyataan di luar sana
Quote makton 28-10-2014 03:06 PM
saje nak up nama sndri create isu gini.. hishhhh...
Quote chupa_chupy 28-10-2014 03:07 PM
Baru tau nama dia zamatul..nasib x kematu..hihi
Quote putehkundor 28-10-2014 03:12 PM
Tauke ni mcm kembar fahrin Ahmad, serupa jah kan depa dua ni
Quote edoraixora 28-10-2014 03:33 PM
nasib ko lah tokey
Quote BondaQalQimy 28-10-2014 03:46 PM
ada peminat ke toke ni? rasanya yang x suka lagi ramai.. dahla x lawak, bajet2 hensem tahap dewa sangattttttt... choiiiiii
Quote jesnieza 28-10-2014 03:48 PM
eeeeiiii... bior beno.. dah le muka tak encem langsung...
Quote CrowneGlory 28-10-2014 03:49 PM
Ehhh...ada maruah ke toke jambu ni..:lol
Quote cupu 28-10-2014 04:03 PM
dia ni klu dlm jambu ok gak la..ada la aku blh gelak
tp klu dlm super spontan,klu main yg sarung tgn tu,mmg geli la dia nih.
pengotor gila.
Quote tinkiwinki 28-10-2014 04:15 PM
kalau takde peminat, takde nye kau yg skang ni

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.097395 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top