CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Tauke Jambu Akui Sudah 10 Tahun Tak Jumpa Anak

10-11-2014 05:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19566| Komen: 117

Rindu Anak Anak & Tauke Akui Sudah 10 Tahun Tidak Berjumpa


Pelawak ini sering dikaitkan dengan ramai wanita cantik dan tidak kurang juga yang memanggil dirinya sebagai playboy kerana sering bertukar teman wanita namun tidak ramai tahu yang Tauke Jambu menanggung rindu dek sedekad tidak berjumpa anak anak.

Bercakap kepada portal GUA Tauke mengakui yang beliau sudah 10 tahun tidak berjumpa dengan tiga orang anak anaknya hasil perkahwinan pertama.

“Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya. Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka,” jelas Tauke.



Tauke berkata beliau pernah terjumpa satu profile anaknya melalui Facebook namun beliau terus disekat selepas cuba menghubunginya.


“Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka & berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti,” tambahnya lagi.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kejoraria 30-10-2014 02:18 PM
“Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka & berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti,” tambahnya lagi.- kurak2 dlm perahu...purak2 tak tau naper sbbnya.....sbbnya tepuk dada tanya diri sendirilah
Quote sekel 30-10-2014 02:19 PM
masalah lama lg mau cerita dgn wartawan......................ko jg dihencap pembaca
Quote Dia_Yuni 30-10-2014 02:23 PM
Kalau bersungguh nak jumpa takkan rumah mak mertua, sedara mara bekas isteri dah lupa kat mana sampai tak boleh nak carik. Nak seribu daya lah tauke wei. Lainlah kalau bekas bini ko dah pindah duduk zimbabwe sana.
Quote kenarikelabu 30-10-2014 02:23 PM
Sendiri buat hal....sendri tanggung la. Takkan la takde rasa tanggungjwb lgsg....sampai 10tahun ko abaikan diorg.
Quote cheeky_meal 30-10-2014 02:25 PM
hek eleh..boleh pulak xtau cmne nk kontek...alasan xhagak2...
Quote jerukkedondong 30-10-2014 02:32 PM
oiii...kucing kurap belakang rumah aku ni pun sayang kan anak....
Quote noraidil_06 30-10-2014 02:32 PM
ok lg si edelnotelo. ni muka sendu perangai hazab.adoyai.
Quote edoraixora 30-10-2014 02:35 PM
10 tahun x penah jumpe anak2
selama ni, nafkah anak2 macam mane???
selayaknye dihencap

Quote kaklehot 30-10-2014 02:35 PM
bekas bini dia x mau anak2 dia tau bpk dia si hauk nih kot..huhu
Quote uhuStic 30-10-2014 02:36 PM
nafkah bagi ke tidak tu
Quote chandrahusin 30-10-2014 02:36 PM
dgn gossip asik betukar gelfren
ko ingat anak ko bangga berayah kn ko?
Quote mokcikKSKB 30-10-2014 02:41 PM
Maksudnya dh sploh taun jugak x bagi nafkah anak2.pandaila ko menjawab nanti labu...
Quote putehkundor 30-10-2014 02:41 PM
Sayang.....

Kecewa mak teh dgn tauke ini.....
Kena la usahakan berjumpa anak beranak, tauke.
Anak kandung bukan....

Tgk gambar kat atas tu cute jah kan....sesuai....mcm pinang dibelah dua
Quote myakayina 30-10-2014 02:51 PM
nak seribu daya tak nak seribu dalih la.. tu anak2 ko..harta dunia akhirat..bole plk la tak usaha pegi cari.. esok jgn marah klu dorg nak kawen tapi x nak berwalikan ko..
Quote pipigebu 30-10-2014 02:54 PM
alasan je lah tauke wehhhh
Quote ninjago 30-10-2014 02:57 PM
mesti dia jahat dulu smpai bini dia tak kasi dia contact anak2...
Quote sepiITUindah 30-10-2014 02:58 PM
tunggu uzur nanti baru cari anak k
Quote Mierafaziera 30-10-2014 03:00 PM
tengok perangai dan track record pun tau dah kenapa anak2 takmo jumpa!!! hazabbbbb!!!
Quote doubleA 30-10-2014 03:01 PM
banyak pulak kisah pakcik ni

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.095591 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top