CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Hantu Malam Pengantin

14-11-2014 02:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17319| Komen: 50

Hantu Malam Pengantin

Gambar hiasan

Kisah ini terjadi kepada anak jiran aku bernama Amir. Walaupun cerita ini dah lama, tetapi apabila aku teringat mesti seriau dibuatnya naik bulu roma aku.

Nak dijadikan cerita ayah dia tok guru mengaji aku zaman kecil dulu. Memang satu kampung tahu rumah dia agak keras sebab dia ada membela.

Dipendekkan cerita Amir ini baharu sahaja mendirikan rumah tangga, satu malam itu dia terjaga keaadaan masa dia terjaga itu adalah membelakangkan isteri dia, tetapi dia dapat rasa isteri dia mengiring ke arah dia.

Masa itu memang gelap, Amir sambil pejam mata dia cari tangan isteri dia tanpa berpaling. Dia konon nak tarik tangan isteri dia untuk peluk dia. Boleh bayangkan macam mana kan? Kira badan dia statik sahaja cuma tangan sahaja yang merayap ke tangan isteri dia.


Bila dia pegang tangan bini dia, sangat-sangat lembut dan sejuk! yang peliknya sejuk. Amir pun tarik tangan isteri dia, kalau kita tarik tangan seseorang mestilah badan orang yang tarik ditarik terapat sekali kan. Tapi dalam kes Amir ini tak! tangan itu makin ditarik makin panjang. Cuba bayangkan!


Amir masa itu pun sudah kecut perut, antara nak lepaskan tangan itu atau tidak. Keadaan semasa itu pun dalam mamai sedar tak sedar sahaja. Hendak berpaling arah isteri dia macam tidak mampu sudah. 

Jadi dia pun letak tangan itu dekat pinggang, sekali tangan itu terus ibarat direntap. Kalaulah isteri dia bangun tak kanlah hendak rentap macam itu kan.

Keesokan pagi itu dia tanya isteri dia, "ada rentap-rentap" tangan abang tidak semalam? Bini dia cakap mana ada! Memang sah! Bukan tangan bini dia semalam.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dath-vader 23-9-2014 01:10 PM
Salam,gadis Sizuka..blh than jgk story uolls nh..tp knapa satu je..kalo ada msa smbng la lg.hehe..peace
Quote bellaa 23-9-2014 01:27 PM
tangan siapakah itu?
Quote kentel 23-9-2014 01:41 PM
bellaa posted on 23-9-2014 01:27 PM
tangan siapakah itu?

tangan neymar...mata dia
Quote ana_una 23-9-2014 01:54 PM
pasaipa malam pengantin tak tido polok2 bini..? kawin paksa ke..?hantu pun marah...




















**maaf komen yang tak membina...
Quote lis_miranda 23-9-2014 01:57 PM
dok kacau2 pengantin lak ye benda tu..
Quote makneng 23-9-2014 02:07 PM
seram lak aku baca cite TT ni
Quote GadisShizuka 23-9-2014 02:11 PM
dath-vader posted on 23-9-2014 01:10 PM
Salam,gadis Sizuka..blh than jgk story uolls nh..tp knapa satu je..kalo ada msa smbng la lg.hehe..pe ...

Wslm. nanti aku tambah-2 cerita. tapi tak dak la yang hantu malam pengantin. Time aku dok asrama dulu memang sangat2lah banyak cerita hantu nih. Hehehe
Quote GadisShizuka 23-9-2014 02:12 PM
bellaa posted on 23-9-2014 01:27 PM
tangan siapakah itu?

Misteri sampai sekarang.
Quote GadisShizuka 23-9-2014 02:13 PM
ana_una posted on 23-9-2014 01:54 PM
pasaipa malam pengantin tak tido polok2 bini..? kawin paksa ke..?hantu pun marah...

...

hahahh. Lupa nak tanya si Amir tuhhh.
Quote dath-vader 23-9-2014 02:15 PM
GadisShizuka posted on 23-9-2014 02:11 PM
Wslm. nanti aku tambah-2 cerita. tapi tak dak la yang hantu malam pengantin. Time aku dok asrama d ...

mesti best cte antu asrama..kalo ada msa mohon smbung cte ye tt.hehe
Quote bellaa 23-9-2014 02:17 PM
kentel posted on 23-9-2014 01:41 PM
tangan neymar...mata dia

kalau tangan neymar, i pon nak pelok x bagi lepas.. hehe
Quote iniaroonz 23-9-2014 02:18 PM
ee....takutnya....serem....
Quote fifie_olin 23-9-2014 02:19 PM
dh tau camtu leh plak dia letak kat pinggang dia..
adoiilaaa
Quote bellaa 23-9-2014 02:20 PM
x sabo tunggu. cite tt senang nak paham. gud2.
Quote paranormal26 23-9-2014 02:20 PM
seram dan menakutkan nasib tak nampak muka kalau nampak muka lagi seram kot he...he
Quote khailya 23-9-2014 03:07 PM
serammmm....
ade jugak mlm ni aku terbayang cite ni...huhu
Quote suka2 23-9-2014 03:10 PM
TT citer tangan makin panjang teringat citer nang nak
Quote jaja4 23-9-2014 03:21 PM
ana_una posted on 23-9-2014 01:54 PM
pasaipa malam pengantin tak tido polok2 bini..? kawin paksa ke..?hantu pun marah...

...

haha.. biasa 1 jam pertama mmg bukan main peluk sakan..da lepas 1jam 01 minit sorg nun ujung katil, sorang terbongkang tengah2 katil bajet mcm die tdo sorang2..
Quote nourahfey 23-9-2014 11:33 PM
jaja4 posted on 23-9-2014 03:21 PM
haha.. biasa 1 jam pertama mmg bukan main peluk sakan..da lepas 1jam 01 minit sorg nun ujung katil ...

haru biru punya pengantin,sendiri punya pengalaman ke?

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.159870 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top