Perut Terburai Ditikam Selepas Karaoke Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Al Amin, 30, ditemui dalam keadaan perut terburai di tingkat satu pusat beli belah terbabit dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini petang semalam. Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa rakannya ke premis terbabit untuk karaoke, dan selepas selesai karaoke mangsa dipercayai didatangi sekumpulan 10 hingga 15 lelaki warga Indonesia, sebelum berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan. "Mangsa kemudian dipercayai dibelasah sebelum ditikam dengan senjata tajam. "Sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian, anggota dari Balai Polis Sungai Senam di sini, ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan, namun sebaik sampai di hospital mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya dalam sidang media di sini hari ini. GAMBAR kecil, mangsa.
|
10
Bagus |
7
Marah |
17
Terkejut |
17
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa posted on 24-11-2014 04:48 PM
Bila indon berkaraoke..
Bkn suara je kuar, isi perut pun kuar...
ADVERTISEMENT