Setahun Berkahwin Isteri Temui Video Lucah Suami Bersama 2 Wanita
Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, mangsa berusia 24 tahun dibelasah suami sehingga cedera teruk di rumah mereka di Cheras di sini, susulan tindakan mangsa membongkar hubungan sulit itu. Difahamkan, mangsa baru berkahwin setahun lalu dan suaminya sering bersikap panas baran terhadapnya kerana mempunyai teman wanita lain. Sumber polis berkata, mangsa yang tidak bekerja sering ditinggalkan suaminya yang mendakwa sibuk dengan tugasan luar. “Bagaimanapun mangsa mendapat maklumat suaminya mempunyai kekasih lain menyebabkan dia melakukan pemeriksaan terhadap barangan peribadi lelaki itu. “Mangsa dikatakan membuka komputer riba milik suaminya sebelum terkejut apabila menemui video lucah suaminya melakukan adegan seks bersama dua wanita berbeza,” katanya. Menurutnya, mangsa kemudian bertanyakan perkara itu kepada suami bagi mendapatkan penjelasan. “Bagaimanapun lelaki itu ‘naik angin’ sebelum menampar mangsa berulang kali di muka. “Tidak cukup dengan itu mangsa turut dibelasah menggunakan tali pinggang hingga jatuh pengsan. Suspek kemudian keluar dari rumah dengan membiarkan isterinya terlantar tidak sedarkan diri,” katanya. Menurutnya, mangsa yang tersedar daripada pengsan beberapa jam kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Cheras di sini, untuk tindakan lanjut. Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan kes sama apabila seorang isteri berusia 20-an turut membuat laporan polis selepas menemui video aksi lucah suaminya bersama beberapa wanita lain disembunyikan di dalam komputer riba. Mangsa turut dibelasah suaminya hingga cedera teruk sebelum mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan di sini.
|
12
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rosasa posted on 1-12-2014 08:41 AM
dah la berzina, dayus menampar isteri pulak... semoga telurmu pecah
ADVERTISEMENT