PORT DICKSON – Seorang pembantu bot pisang atau banana boat maut dipercayai lemas selepas bot dinaiki terbalik di Pantai Cahaya Batu 4 Port Dickson, di sini petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohd Syahir Hashim, 34, membawa enam penumpang dari Pantai Saujana ke Pantai Cahaya yang dipandu Muhamad Fadil Muhamad Zain, 21. Muhamad Fadil berkata, kejadian berlaku apabila tali penghubung antara bot pisang dan bot pemandu terputus sebelum terbalik. “Ketika itu saya memandu bot, Mohd Syahir duduk di belakang. Sebaik tiba di Pantai Cahaya, saya membuat pusingan untuk pulang ke Pantai Saujana tetapi tiba-tiba tali pengikat antara bot pisang dan bot pemandu terputus sebelum terbalik. “Semua penumpang terjatuh ke dalam laut termasuk Mohd Syahir,” katanya. Menurutnya, ketika itu, air pasang dan semua penumpang memakai jaket keselamatan termasuk dia dan Mohd Syahir. “Sebaik melihat penumpang terjatuh ke laut, saya segera terjun untuk menyelamatkan mereka. “Selepas kesemua enam penumpang naik ke atas bot, saya menyedari Mohd Syahir tidak ada bersama kami dan mendapati hanya jaket keselamatannya sahaja terapung tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya yang memberitahu Mohd Syahir baru sebulan bekerja sebagai pembantunya. Menurutnya, selepas gagal mencari Mohd Syahir, dia pulang ke Pantai Saujana dan memaklumkan kepada rakan-rakan serta pihak berkuasa sebelum operasi menyelamat dilakukan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela serta pengusaha sewa bot, bermula petang kelmarin. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, mangsa ditemui rakan-rakannya yang menyertai operasi menyelamat di perairan PD Marina, kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. “Mangsa ditemui sekitar 2.15 petang, semalam dalam keadaan masih lengkap berpakaian,” katanya. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Meleleh, malam tadi. Dalam pada itu, abang sulung mangsa, Rohaizat, 46, berkata, adiknya bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA) dan gemar melakukan kerja sampingan. “Saya pernah menasihatkan dia agar tidak bekerja berkaitan dengan laut dan saya sendiri tidak tahu kenapa saya nasihatkannya begitu,” katanya. Mohd Syahir yang merupakan anak keempat daripada lima beradik meninggalkan seorang balu, Zaini Zakaria, 26, dan seorang anak perempuan berusia lima tahun. Anggota bomba membawa mangsa untuk dihantar ke Hospital Port Dickson
|
2
Bagus |
9
Marah |
1
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dino posted on 3-6-2013 09:21 AM
jaket keselamatan tak dipakai ngan betul ke.... mcm mana leh tercabut??
ultra78 posted on 3-6-2013 09:33 AM
Aku pernah sekali naik bot ini. Cuak sungguh apabila bot ini melompat-lompat atas air. Masih berasa ...
ultra78 posted on 3-6-2013 09:33 AM
Aku pernah sekali naik bot ini. Cuak sungguh apabila bot ini melompat-lompat atas air. Masih berasa ...
ADVERTISEMENT