CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sharnaaz Mahu Keluar Dari Malaysia

5-12-2014 05:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17185| Komen: 55

Sharnaaz Mahu Keluar Dari Malaysia



aktor kacak dan bertubuh sasa, Sharnaaz Ahmad memang sinonim dengan kisah panas dan kontroversi sebagai penghias perjalanan seninya sehingga ke hari ini.
Sering dilabel sebagai artis yang bermasalah sehingga mendapat gelaran aktor kontroversi, itu semua langsung tidak menggangu gugat kehidupannya. Bagi pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu, sebagai manusia biasa yang tidak sempurna, semua orang punya kelemahan.


Siapa sangka, jika dilihat pada mata kasar dan dihidangkan dengan cerita panasnya, pasti tidak menduga, pemegang Ijazah Logistik dari Kolej Olympia, Kuala Lumpur itu juga punya sisi yang berlainan sekali dengan karakter luarannya. Sharnaaz juga seorang yang mahu sebuah kehidupan tenang dan sukses pada masa depan.

Berkesempatan bertemu jejak kacak kelahiran George Town, Pulau Pinang itu dalam majlis pratonton filem lakonan terbaharunya, Gila Baby baru-baru ini, Sharnaaz terlihat mesra, tenang serta matang. Melanjurkan perbualan, aktor berusia 29 tahun itu berkongsi sisi peribadinya yang selama ini barang-kali kerap disalah tafsir.


Lakonan

Bercakap soal lakonan, bakat Sharnaaz mula mendapat perhatian melalui watak Lan Todak dalam filem Juvana The Movie. Seiring dengan keberkesanan lakonannya itu, karyawan layar perak mahupun drama tempatan mula memburu wajah Sharnaaz sebagai watak antagonis.
Pernah mengumumkan untuk berhenti daripada bidang lakonan sekitar hujung tahun lepas, ternyata berita pengundurannya itu terpadam perlahan-lahan apabila saban waktu, dia dihujani tawaran lakonan.

Memandang itu semua sebagai limpahan rezeki daripada Tuhan, Sharnaaz mengakui, keputusan yang dibuat pada waktu itu bercampur dengan faktor emosinya yang tidak tenteram.
“Ketika saya umumkan mahu berhenti berlakon, waktu itu saya dalam keadaan yang sangat tertekan. Diasak dengan cerita kontroversi yang tidak sudah-sudah, itu semua membuatkan saya kecewa. Namun, perkara yang buatkan saya kembali bangkit ialah semangat tidak pernah putus asa.

“Saya lupakan dan tolak ke tepi semua kata-kata tohmahan kepada saya. Kalau pedulikan apa orang mahu kata tentang saya, sampai bila-bila pun tidak akan habis. Selepas itu, saya tanamkan dalam diri untuk kembali bangkit. Semangat baru datang dalam jiwa kerana saya benar-benar mahu berjaya dalam hidup.
“Saya juga tidak tahu, apakah rezeki yang datang kepada saya selepas dihujani dengan kontroversi itu adalah sebagai hikmah atas kesabaran saya selama ini. Atau mungkin, boleh jadi juga sebelum ini lakonan saya sendiri yang telah beri kepercayaan kepada pihak produksi untuk mengambil saya berlakon,” ujarnya panjang lebar.

Luar negara jadi sasaran
Satu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk anak muda sepertinya, Sharnaaz kekal optimis tidak akan berhenti dalam bidang yang diceburinya sehingga mencapai target yang diinginkan.
“Dalam hidup, apabila sampai pada satu-satu tahap, semua orang ada target masing-masing. Begitu juga dengan saya.

“Jika dalam pasaran tempatan saya sudah cuba banyak perkara, saya mahu jadikan itu sebagai pengalaman dan kunci untuk saya mencuba pasaran luar pula. Saya teringin untuk berlakon di negara luar seperti Hong Kong atau Jepun. Saya tidak kisah watak apa sekali pun, asalkan saya dapat lebarkan lagi sayap kerjaya ke luar.
“Saya mahu keluar dari Malaysia. Bukan maksud untuk meninggalkan negara sendiri, tetapi atas dasar mahu mencari pembaharuan kepada karya tempatan. Itu sebenarnya hasrat saya. Saya sayangkan industri seni tempatan, sebab itu saya mahu ambil kesempatan belajar daripada karyawan di luar negara.

“Sebenarnya, saya mahu jadi seperti Datuk Michelle Yeoh. Walaupun anak Malaysia, tetapi beliau tidak pernah melupakan asal usul dari mana beliau datang. Lihatlah sekarang siapa beliau di mata dunia, berjaya harumkan nama Malaysia. Saya mahu jadi seperti itu jika diizinkan Tuhan.
“Saya tahu perkara itu bukan benda mudah untuk dicapai, sekurang-kurangnya, niat dan hajat saya itu ada dan disertakan dengan kesungguhan. Sekarang apa yang perlu saya buat ialah lebihkan usaha dan kerja keras, biar bakat dan kesungguhan saya dapat membuka mata orang luar.

“Ini hajat saya, saya mahu sayap kerjaya tidak hanya di takuk lama. Jika rezeki memihak, suatu hari nanti, insya-Allah giliran saya untuk melakukan yang terbaik dan membawa nama Malaysia ke persada luar negara akan tiba,” tutur bekas finalis Anak Wayang itu penuh semangat.
Sisi lembut




Jika sebelum ini, pelakon drama Tari Tirana itu sering muncul di layar perak dengan pelbagai watak, termasuklah watak gengster, lelaki romantik atau suami orang, kini Sharnaaz menambah satu lagi warna dalam sisi karakternya apabila memegang watak lelaki lembut dalam drama Suamiku Encik Sotong.



Bergandingan dengan pelakon cantik Amyra Rosli, Sharnaaz mengakui, drama Suamiku Encik Sotong menjadi drama pertama yang menyaksikan karakter lakonannya sebagai lelaki lembut.

Mendapat pelbagai reaksi daripada peminat sehingga ada yang mengatakan watak yang dibawanya itu terlalu canggung di bahu Sharnaaz, pelakon itu hanya melemparkan senyum lebar.

“Memanglah karakter itu tidak menjadi, sebab saya bukan lelaki lembut,” ujarnya sambil ketawa.
“Saya faham dan tidak kisah jika ada suara-suara yang mengatakan pembawaan watak lembut saya dalam drama itu tidak menjadi. Bukan senang mahu tukar diri saya yang keras ini menjadi lelaki lembut. Apa yang anda lihat dalam televisyen, itu sahajalah yang terbaik, yang mampu saya bawakan.
“Saya tahu, saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Bukannya saya tidak mencuba. Saya sudah mencuba banyak kali untuk betul-betul jadikan diri saya sebagai lelaki lembut, tetapi apa boleh buat, sebab saya bukan macam itu.

“Sebelum saya mula menjalani penggambaran drama itu pun, awal-awal lagi saya sudah meminta maaf sekiranya saya tidak berjaya transformasikan watak itu dengan baik.
“Kalau ada yang kata lakonan saya tidak bagus, alhamdulillah, daripada situ saya dapat tahu apa kekurangan dalam lakonan saya. Insya-Allah selepas ini saya akan belajar dan terus belajar dalam memperbaiki mutu lakonan saya,” hurai pelakon drama Setitis Kasih Darmia itu panjang berjela.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lindarafee 3-12-2014 04:40 PM
x pernah suke dia. tp tersuke dalam en. sotong hahaha
Quote zulka 3-12-2014 04:56 PM
Quote Suchi 3-12-2014 04:59 PM
japs
aritu bkn ke dia kata nk bersara dr dunia lakonan ke?
skrg makin byk plak berlakon dan siap nk berlakon tahap internasionaley
Quote prettyuglybabe 3-12-2014 05:00 PM
ingatkan nak pindah indon
baru nak babai kan
Quote sepitsiput 3-12-2014 05:02 PM












Quote anakmak 3-12-2014 05:24 PM
lindarafee posted on 3-12-2014 04:40 PM
x pernah suke dia. tp tersuke dalam en. sotong hahaha

Hahah...

sama la... X pernah ingat nak tengok lakonan dia...
Dgr gossip... Kontrobasi banyak laaa...


tapi dlm suami ku encik sotong... Dia sangat poyooooo in a good ways! Haha
Quote myakayina 3-12-2014 05:27 PM
Quote gula_tebu 3-12-2014 05:29 PM
awat ramai buat muka 'whatever' kat dia?
kesian beliau.
Quote liyanur 3-12-2014 05:30 PM
luar negara mana...china ka???

seminggu dua ni aku rajin layan utube shila i am singer...
Quote tomet05 3-12-2014 05:35 PM
what evvvvvvaaaaaaaaaaa
Quote tagas 3-12-2014 10:31 PM
Ape ke hal reporter2 gayah ni yg sebok2 promote mamat yo yo or ni..hakpuih..
Quote Cookie.Monster 3-12-2014 10:33 PM
Dia ni bagi aku handsome gak aa kalau ada rambut
Quote noraidil_06 3-12-2014 10:42 PM
akk suke u shanaz
Quote Orix 3-12-2014 10:45 PM
sepitsiput posted on 3-12-2014 05:02 PM

wah byak nye koleksi... gmba no 2 dak laki tu omeyyy angatt
Quote shiraloveyou 3-12-2014 11:42 PM
Abang jebat ku sayang,jgn la berhenti berlakon...biaq pi la depa nak kata apa pn... depa jeles tu
Quote kimora 3-12-2014 11:54 PM
Aku pun terrrsuka bila tgk dia jadi sotonggggggg
Quote hzln 3-12-2014 11:59 PM
ko nak kluar dr planet bumi pun aku tak kesah
Quote dani-rox 4-12-2014 12:37 AM
“Memanglah karakter itu tidak menjadi, sebab saya bukan lelaki lembut,” ujarnya sambil ketawa.

karakter tu tak menjadi sebab ko tak pandai berlakon.
tengok lelaki sejati mcm mendiang patrick swayze, john leguizamo dan wesley snipes (yup, action packed punya pelakon) dlm movie 'To Wong Foo Thanks For Everything Julie Newmar' berjaya jah bawak watak drag queens. Nampak natural jah.







[youtube]N0324KvZc7M[/youtube]

say what you want, i just love this movie.
Quote Esmiria 4-12-2014 12:44 AM
zulka posted on 3-12-2014 08:56 AM

mata ke atas. tangan kat bahu.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.187993 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top