Norman akui tidak pernah gagal ke gim PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim memberitahu dia tidak pernah gagal walaupun sehari untuk melakukan senaman di gim bagi mengekalkan bentuk badan sasa.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 38, berkata, dia menjadikan perkara tersebut sebagai rutin harian yang diamalkan sejak lima tahun lalu. "Dulu saya pergi gim untuk buang sifat negatif dan bina otot, namun semakin lama saya jadi ketagih sehingga menjadi rutin harian saya. "Kalau terlalu sibuk sekalipun saya akan curi masa untuk buat 'kardio' asalkan dapat mengeluarkan peluh," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Norman mengakui emosinya boleh terganggu dan perasaan mudah marah apabila tidak dapat bersenam di gim.
Tambah Norman, isterinya pelakon Memey Suhaiza memahami situasi itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukannya. "Saya punya ketagih untuk ke gim boleh diibaratkan kalau ada orang bayar supaya saya tidak bersenam sekalipun... saya tolak. "Susah nak cakap perasaannya, kalau saya tidak pergi saya rasa mudah berasa marah," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang lakonan, Norman kini lebih mengutamakan watak ringan berbanding watak yang terlalu mencabar dan antagonis. Katanya, pada usia sebegini dia lebih selesa membawa watak sebagai seorang bapa yang mempunyai anak-anak kecil. "Akhir-akhir ini saya ambil watak yang ringan dan mudah sahaja kerana tidak perlu terlalu menjiwainya. "Watak-watak yang saya ambil selalunya memang ada kena mengena dengan saya dan mudah untuk dilakonkan," katanya. Norman bakal keluar dengan drama 3 Campur 2 yang akan bersiaran bermula 13 Disember ini, setiap Sabtu, pukul 11 pagi di Astro Ceria, Prima dan Maya HD.
|
blackred99 posted on 12-12-2014 10:31 AM
kalo leh ke gim setiap hari, leh tak ke masjid setiap hari? LOLOLOL!
camni rupanya rasa jd ostaz ...
qqOfficial posted on 12-12-2014 11:05 AM
meols igt lagi dulu2 masa dia ni mula2 masuk industri seni...selalu beranggapan norman ni rogayah ha ...
putehkundor posted on 12-12-2014 11:16 AM
Mak teh pernah taste kat beliau dahulu...
Tgk pic dia bergandingan dgn azie...tahun 96.
Masa tu ...
putehkundor posted on 12-12-2014 11:16 AM
Mak teh pernah taste kat beliau dahulu...
Tgk pic dia bergandingan dgn azie...tahun 96.
Masa tu ...
sepitsiput posted on 12-12-2014 11:21 AM
apa pendapat kak teh mengenai isu ruqayyah hamzah yang kian berleluasa kini?
blackred99 posted on 12-12-2014 10:31 AM
kalo leh ke gim setiap hari, leh tak ke masjid setiap hari? LOLOLOL!
camni rupanya rasa jd ostaz ...
putehkundor posted on 12-12-2014 11:43 AM
Heshe top 3 hero remaja kan....
Time tu yg menang rasanya ESMA Daniel....
Esma Daniel masa muda ...
Antara nama-nama selebriti & pemenang yang pernah dilahirkan melalui pertandingan ini ialah Azhar Sulaiman (tempat ketiga 1990/91), Badrul Muhayat (naib juara 1990/91), Esma Daniel (juara 1990/91), Norman Hakim (juara 1993/94) ,Eizlan Yusof, Zed Zaidi (juara 1997/98),Zawen Anwar (juara 2004/05), Wan Shahlim , Kamal Adli (juara 2007/08), Wan Hafizol Wan Omar (naib Juara 2007/08), Yeo Keong Lee (tempat ketiga 2007/08), Muhammad Idris Abdul Ghafar(Hero Cool/Hero Macho 2007/08), Khairul Amilin Abdullah Sukor(Hero Favourite Pacmee 2007/08), Abdul Fattah Mohd Amin (juara 2011/12), Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak (naib Juara 2011/12) & Shahrul Ridzwan Hashim (tempat ketiga 2011/12).
blackred99: kalo leh ke gim setiap hari, leh tak ke masjid setiap hari? LOLOLOL!camni rupanya rasa jd ostaz ostajah porem.
ADVERTISEMENT