CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Anak Rosyam Nor Disuruh Buka Tudung, Butik Hamleys Mohon Maaf

22-12-2014 03:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19575| Komen: 107

Anak Disuruh Buka Tudung, Butik Hamleys Mohon Maaf Kepada Rosyam


Rosyam menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Hamleys Malaysia terhadap insiden melibatkan anak perempuannya, Nur Lisa, 17 tahun.

PETALING JAYA: Pihak pengurusan butik permainan kanak-kanak, Hamleys Malaysia telah mengambil tindakan disiplin terhadap salah seorang pekerjanya yang tidak membenarkan anak kepada penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor memakai tudung sekiranya ingin bekerja dipremis berkenaan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan butik berkenaan di Facebook pada Ahad, pekerja yang mengendalikan sesi temu duga itu tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja selain memberikan maklumat tidak benar kepada Nur Lisa, 17.

"Setelah disiasat salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam.

"Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini dan pihak kami berasa amat kesal dengan insiden ini dan berharap pihak Datuk Rosyam dan anaknya menerima permohonan maaf ini," kata kenyataan itu.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Hamleys Malaysia di Facebook pada Ahad.

Terdahulu, Rosyam menerusi laman Twitter miliknta meluahkan rasa kecewa apabila sebuah butik Hamleys cawangan One utama di sini mengarahkan anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk ditawarkan bekerja di kedai alat permainan kanak-kanak itu.

Rosyam yang berang dengan syarat berkenaan menyifatkan permintaan itu sebagai biadap dan meminta pelanggan tidak lagi mengunjungi butik tersebut.

"Sedih, hari ini anak saya yang baru habis SPM pergi minta kerja untuk isi masa terluang tetapi dengan syarat kena bukak tudung. Kedai Hamleys kurang ajar!," tulisnya di Twitter.

Dalam pada itu, Hamleys dalam kenyataan sama memberitahu pihaknya tidak pernah meletakkan sebarang polisi yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung sebagai salah satu syarat untuk bekerja dengan syarikat tersebut.

"Hamleys tidak mempunyai sebarang polisi yang mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab malah kami mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama," jelas kenyataan itu lagi.




Luahan Rosyam di Twitter mengenai insiden anaknya disuruh buka tudung.

Sementara itu, Rosyam yang dihubungi berkata, dia menerima dengan hati terbuka permohonan maaf tersebut dan berharap kejadian serupa tidak berulang dengan mana-mana premis lain.

"Sekiranya ada diskriminasi sebegitu bagaimana wanita Islam yang bertudung ingin mencari kerja? Tidak salah rasanya mengambil pekerja yang menutup aurat.

"Kelantangan saya mengenai perkara ini bukan ingin memburuk-burukkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di kemudian hari," katanya.

2

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
5

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MerryPropa 22-12-2014 07:28 AM
Klu budak ni bukan anak Rosham agaknya apa akan jadi....
Quote maxim 22-12-2014 07:29 AM
Amerul Syafiq Please jangan nak cover dengan menyalahkan staff. Semalam i pegi one of your fashion store. sangat terkejut bila tanya pada staff kat situ psl isu ni. Staff tu jwb, "memang boss tak amik org yg pakai tudung".... Nampak sangat ko tu diskriminasi terhadap wanita bertudung. Siap ada staff yg berhenti sebab nak mula berhijab... Nama Mustakim Bin Manaf tapi ko berlagak macam NON MUSLIM. NO wonder lah one by one kedai ko melingkup...
Like · Reply · 334 · 19 hours ago

Quote amiraira 22-12-2014 07:42 AM
maxim posted on 22-12-2014 07:29 AM
Amerul Syafiq Please jangan nak cover dengan menyalahkan staff. Semalam i pegi one of your fashion s ...

Kalau mcm ni la caranya
Baik ckp je dr awal x nk pekerja Muslim
Yg keje2 Sana elok kafir sahaja
Tah2 time solat pn x de kot
wallahualam
Quote mea 22-12-2014 07:44 AM
maxim posted on 22-12-2014 07:29 AM
Amerul Syafiq Please jangan nak cover dengan menyalahkan staff. Semalam i pegi one of your fashion s ...

kelas ko TT....i adore u...
Quote putehkundor 22-12-2014 07:56 AM
Teruknya.....
Kedai utk mainan kanak2 je pun...
Ala banyak lagi tempat lain boleh kerja dekk...
Starbucks tu ramai jah pompuan2 bertudung...OK jah.

Tapi baguslah rosyam ni x manjakan anak...
Lepas spm cari kerja sambilan sendiri.
Lagipun rosyam dahulu org susah....tu yg dia nak anak dia belajar berdikari...
Quote meteorspeed 22-12-2014 08:12 AM
Sebab tue aku menyampah kalu owner perniagaan orang Islam n Melayu.. Mcm siottt sikit.. Berlagak mcm bukan Islam tak mau amek orang pakai tudung.. Dia ingat Allah tak dak... Sat lagi lingkup semua baru tau
Quote cik_penguin 22-12-2014 08:44 AM
Hamley's ni kedai mainan ke? Tatau iols. Owner dia melayu? Memang blambak sgt melayu nak blagak ala-ala non-malay skg ni
Quote lionsleepin 22-12-2014 08:50 AM
keje kat uniqlo pun boleh pakai tudung lah bingai..tu kedai baju fashion...ni hamleys jah pun..toy store jerrr
Quote milot 22-12-2014 08:53 AM
Boikot jer.bila melingkup bru nk sedor diri..
Quote duquesne 22-12-2014 08:56 AM
maxim posted on 22-12-2014 07:29 AM
Amerul Syafiq Please jangan nak cover dengan menyalahkan staff. Semalam i pegi one of your fashion s ...

Fashion store???? Hamley's ni kedai fesyen ke? 2 je kedai Hamley's ni kat Klang Valley ni.. Sunway Pyramid and One Utama.
Quote WandaMi 22-12-2014 09:05 AM
Sedihnya diskriminasi mcm ni. kalau kat uk dah kene dah ni, sbb dorg ada human rights court.
Quote adelea 22-12-2014 09:06 AM
meteorspeed posted on 22-12-2014 12:12 AM
Sebab tue aku menyampah kalu owner perniagaan orang Islam n Melayu.. Mcm siottt sikit.. Berlagak mcm ...

Eh eleh .... laki melayu klu interview mmg nak pompuan cantik jer .. body slim ...free hair ... mekap tebal ... gedik2 sikit . ....gatai sungguh poyo jer lebih ...cwr kalau cina ker ... mat saleh ...yg penting ko tau buat kerja ... muka tak lawa ....x kan nak p buat plastic surgery kot....

typical malay guy ...
Quote sara_thrash 22-12-2014 09:09 AM
dah byk dah baca kes company xnak ambik org yg bertudung.. nak keje jugak boleh tp dgn syarat bukak tudung.. maybe yg ni jadi tumpuan sbb ank artis..
Quote kaklehot 22-12-2014 09:11 AM
hurmmm...setakat jual toys xkn le xleh pakai tudung..kebodohan apakah semua ni...
Quote seeri_7843 22-12-2014 09:12 AM
Kalau arahan tu dikeluarkn oleh org muslim sendiri...
Elok nye direjam je
Ape org bertudung ni tak bole buat keje ke

Anak buah suami aku dulu penah keje kt segi tpg
Tp da benti sbb dia kt boss tk bg solat
Tp mmg boss pon non muslim...

Off topic sat.....skang ni kalau tgk tv ...rase klaka campo kesian kat cadbury
Sampai kene buat iklan coklat derang halal jakim...merundum la kot jualan derang tu
Quote NAT_11 22-12-2014 09:13 AM
Remeh je kes ni, tak perlu kuar sokabo..................
Kekadang interviewer tu saja-saja cakap camni, just to test
your intelligence. Kalau marah, naik angina bila ditanya soalan bodoh ni,
makananya, u are not the rite candidate for the post............. so,
Quote blackred99 22-12-2014 09:15 AM
propa je mintak maap. pekerja baru interview staff nak masuk kerja? alasan tahap apa ni? kedai runcit biasa if nak amek pekerja pun bos yg interview, takkan  la kedai yg konon2 hebat sgt ni budak biasa je interview.
Quote cik_kembong 22-12-2014 09:21 AM
Kat McD ramai staff budak2 pompuan pakai tudung...tapi pkai baju short sleeve, seluar ketat, perangai tergedik2...hmmmmmm (not all but some) Last edited by cik_kembong on 22-12-2014 09:27 AM

Quote amyainsamad 22-12-2014 09:23 AM
bangang.....kalo org biasa?? ada highlite psl ni

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.066496 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top