CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Pak Ya Tarik Diri Dari Sepahtu, Tak Nak Jadi Beban

24-12-2014 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17522| Komen: 54

Ilya Buang Enggan Jadi Beban Kepada Kumpulan Sepahtu



Ilya (tengah) bersama Shub (kiri) dan Jep.

PETALING JAYA: Pelawak Ilya Buang menjelaskan sebab utama dia menarik diri daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 kerana tidak mahu menjadi beban kepada kumpulan itu.

Ilya menganggap dia tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea sehingga menjejaskan prestasi kumpulan tersebut.

"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Selain Ilya, kumpulan Sepahtu sebelum ini turut disertai oleh Jep dan Shuib.

Ilya berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penarikan dirinya daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak 2014 yang diumumkan secara rasmi pada 19 Disember lalu.


Dari kiri; Ilya, Jep dan Shuib.


Dalam pada itu, Ilya mengulas dakwaan kononnya mempunyai masalah dengan anggota kumpulan itu iaitu Jep.

"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.


"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka," katanya.


Dalam pada itu, dia juga menafikan tiada keserasian antara mereka bertiga sepanjang melakukan persembahan bersama.

Katanya, sebelum ini mereka sudah beberapa kali bergandingan iaitu sejak mula  memenangi pertandingan Raja Lawak 3 lagi.

Sementara itu, bercerita tentang kesihatannya, Ilya berkata, dia baharu sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisol di Pusat Perubatan Pantai di Ipoh Perak.

Katanya, penyakit kencing manis yang dihidapinya itu menyebabkan dia tidak boleh mengambil gula secara berlebihan sehingga mengakibatkan dirinya lemah dan tidak bertenaga.

"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas," katanya.


Ilya berkata, dia kini menetap di Ipoh, Perak dan hanya datang ke Kuala Lumpur jika ada persembahan sahaja.

Kumpulan Sepahtu dianggotai oleh Jep dan Shuib.

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
5

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_kembong 24-12-2014 09:43 AM
Kesian pak ya...semoga cepat sembuh....
Quote kintan 24-12-2014 09:47 AM
elok pun sepahtu tu 2org jer jep & shuib.. kalo dah 3 jadi dah tak betul dan tak lawak
mcm tu jugak dgn jambu.. elok yuz & tokeh ajer.. zizan takyah masuk.. bila zizan masuk dah jadi mcm tak best lawak mcm tak menjadi sgt..

tapi rasa nyer kalo rahim join jambu atau sepahtu.. mmg menjadi

Quote maxim 24-12-2014 09:52 AM
kintan posted on 24-12-2014 09:47 AM
elok pun sepahtu tu 2org jer jep & shuib.. kalo dah 3 jadi dah tak betul dan tak lawak
mcm tu jugak ...

menjadi apenyer..cam haukk jah rahim tu musim lepas ngan sepahtu

iols rasa rahim ni ok ngan adik die yg kayu tu jah
Quote nh83 24-12-2014 09:55 AM
Kesian pk ya..arap cepat sembuh..
Org tua mmg cepat sensetip x sesuai dgn org muda.. Org muda Semua nk cepat,ader angin ckp lepas..baik rehat lagi baik..golongan senior patutnya bg advice ja jgn join sbb mereka dh ader tempat mereka tersendiri..legend dah..
Quote tomet05 24-12-2014 09:57 AM
harap pak ya cepat sembuh
Quote Vellfire 24-12-2014 10:00 AM
semoga pak ya cepat sembuh
Quote sekel 24-12-2014 10:11 AM
Jep. Shuib & Raja Azri.........lg mengancam lawak nyer
Quote chickenwing 24-12-2014 10:19 AM
Alaa jep relek2 sudah......takyah nk murung2 sangat la.....dont try so hard....tu yg jadik terjerit2 je tu.....cer jadik 'sepahtu'...santai mcm makcik2/pakcik2 duk kampung....
Quote kaki_palsu 24-12-2014 10:45 AM
ciannyer Pak Ya.. semoga cepat sembuh.. dan good luck untuk Jep dan Shuib
Quote de_ikea 24-12-2014 10:56 AM
Cepat sembuh pak ya ye.

Shuib nmpk cool sikit bbnding jep. Mungkin sbb jepp bujang lg. Apa pon all the best. Last wik ok la korg!
Quote stania83 24-12-2014 11:03 AM
Ilya ni umur berapa? Bukan muda lagi ke?
Quote edoraixora 24-12-2014 11:04 AM
dah kalo duk perak, susah jugak nk ulang alik datang latihan

memang tepat la keputusan pak ya tu
Quote freekey 24-12-2014 11:17 AM
maxim posted on 24-12-2014 09:52 AM
menjadi apenyer..cam haukk jah rahim tu musim lepas ngan sepahtu

iols rasa rahim ni ok ngan adi ...


kaaaaan?? hahahah...





Quote sparkling_nonie 24-12-2014 11:54 AM
sepahtu overrated...same goes to virus
Quote mamatjb 24-12-2014 12:00 PM
poyo la jep ni..shuib lagi lawak dr kau jep...
Quote fcl29 24-12-2014 12:05 PM
memahami tekanan yg dilalui oleh jep dan lain2... all da best lah!
Quote cik_kembong 24-12-2014 12:17 PM
jep....mmmm....kalu time dia tak jerit2 tu ok lah.....
Quote cikuduku 24-12-2014 01:08 PM
yela tu. pasal jep kan?
Quote lazim 24-12-2014 01:11 PM
rahim ni kira ada angin nhgak la kan.

masa mamat pon dia yg berangin
dr hint pak ya mesti jepp ada ckp apa2 tu

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.072154 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top