CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Saya Tiada Anak Bernama Chacha! - Ismail

2-1-2015 02:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 43761| Komen: 222

Saya Tiada Anak Bernama Chacha! - Ismail


KUALA LUMPUR, 24 DIS 2014: Bukan sengaja hendak mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh di dalam keluarga Ismail Maembong pada saat  ini, namun artikel Chacha Maembong yang dimuatnaik oleh Portal Murai mengenai isu Yaya Maembong menghalau tiga beradiknya sepertimana yang didakwa oleh bapa mereka, bukanlah untuk dilakukan untuk berpihak pada siapa-siapa.

Jauh sekali menyebelahi atau memenangkan Yaya Maembong dan adik-beradiknya berikutan salah faham yang tercetus di antara mereka sekeluarga. Namun, ia tidak lebih sekadar untuk membantu menjernihkan kekeliruan mengenai salah faham yang telah timbul secara tidak sengaja itu. 

Namun, artikel bertajuk Chacha: Kami Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat sepertimana yang dimuatnaik di Murai pada hari semalam nyata masih tidak dapat membantu untuk meredakan kemelut di antara anak-beranak ini.

Sebaliknya, ia telah membangkitkan lagi rasa amarah Ismail Maembong buat kesekian kalinya apabila beliau menyifatkan bahawa Chacha Maembong sebagai anak derhaka apabila cuba menikam ayahnya dari belakang. Disebabkan tindakan Chacha Maembong itu, Ismail Maembong turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mempunyai anak bernama Aishah @chacha. 


2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 24-12-2014 04:36 PM
XHabiss2 mrempan. Dia ni bapa tunggal ke.
Quote achik2009 24-12-2014 04:39 PM


Ismail Maembong Tak Mahu Mengaku Chacha Maembong Anaknya?

KUALA LUMPUR, 24 DIS 2014: Bukan sengaja hendak mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh di dalam keluarga Ismail Maembong pada saat  ini, namun artikel Chacha Maembong yang dimuatnaik oleh Portal Murai mengenai isu Yaya Maembong menghalau tiga beradiknya sepertimana yang didakwa oleh bapa mereka, bukanlah untuk dilakukan untuk berpihak pada siapa-siapa.

Jauh sekali menyebelahi atau memenangkan Yaya Maembong dan adik-beradiknya berikutan salah faham yang tercetus di antara mereka sekeluarga. Namun, ia tidak lebih sekadar untuk membantu menjernihkan kekeliruan mengenai salah faham yang telah timbul secara tidak sengaja itu.

Namun, artikel bertajuk Chacha: Kami Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat sepertimana yang dimuatnaik di Murai pada hari semalam nyata masih tidak dapat membantu untuk meredakan kemelut di antara anak-beranak ini.

Sebaliknya, ia telah membangkitkan lagi rasa amarah Ismail Maembong buat kesekian kalinya apabila beliau menyifatkan bahawa Chacha Maembong sebagai anak derhaka apabila cuba menikam ayahnya dari belakang. Disebabkan tindakan Chacha Maembong itu, Ismail Maembong turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mempunyai anak bernama Aishah @chacha.

Berikut adalah kenyataan balas Ismail Maembong sejurus selepas Portal Murai memuatnaik artikel Chacha Maembong semalam:
"nampaknya tak sudah penulis upahan hendak rosakkan Maembong tua ni. Terbaru murai.com.my menemubual Chacha menafikan kata2 Maembong ori ini. Ok lah, sy bagi kemenangan pada mu. Anak yg lukai bapa, bersekongkol dgn najis yg hendak malukan bapa pd umum, adalah ANAK DERHAKA. Ni Maembong ori takkan sujud pd apapun tekanan, hanya padaNya. Jika betul Chacha menikam ayahnya dari belakang, MAKA SAYA TIDAK ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACHA.
Nasi sudah jadi bubur, jgn tambah air lagi. Penulis upahan ini beragama monyet.
Mereka tidak dihalau, tetapi bapa mana mahu izinkan anak gadisnya tinggal bersama abang ipar !!! Pastinya bapa Miss J.
Bapa sentiasa runsing soal keselamatan anak2. Sy kurang senang mereka duduk diCondo tinggi atas Highland Towers yg runtuh 1993. Semua boleh pergi lihat rumah2 kawasan itu, byk sudah ditinggalkan.
Soalnya, apa salahnya beritahu ayah sebelum sesuatu tindakan diambil. Skrg penulis upahan jd kaya raya kerana kita nak tegakkan benang basah dalam keluarga sendiri.
Nampaknya saya yg bersalah dalam soal ini, tidak mendidik anak cara terbaik.
Sekali lagi diulang, andai ada anak bersubahat dgn orang luar hendak aibkan ayah ini, MAKA ANAK ITU BUKAN ANAK SAYA. Selama ini pun tinggal seorang, hanya tunggu dijemputNya biarlah keseorangan.
Syabas Miss J. Kau Berjaya runtuhkan keluargaki".

Sebagai portal hiburan yang bertanggungjawab mewawancara Chacha Maembong berhubung isu ini, kami warga team Murai ingin menyusun 10 jari andai artikel Chacha yang dimuatnaik pada hari semalam itu telah mengguris hati Ismail Maembong sebagai seorang bapa yang telah bersusah-payah membesarkan anak-anaknya selama ini.

Seperti yang telah kami jelaskan awal tadi, tiada niat langsung untuk kami mengeruhkan lagi keadaan dalam keluarga Ismail Maembong. Sebaliknya, wawancara bersama Chacha dilakukan sebagai satu proses biasa di dalam bidang 'journalism' (kewartawan) apabila melakukan follow-up interview berhubung sesuatu perkara yang menjadi isu di dalam bidang hiburan.



Credits: murai.com.my
Quote cik_kembong 24-12-2014 04:39 PM
Pak mael......kemon la...jangan la cerita semua kat fb.... jaga la jugak maruah anak2...

baik pak mael panggil anak2 balik bawak berbincang.......
Quote achik2009 24-12-2014 04:41 PM


Chacha: Kami Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat

KUALA LUMPUR, 23 DIS 2014: Pelakon Chacha Maembong nafi dia dan dua beradiknya disuruh keluar dari rumah  akaknya, Yaya Maembong seperti yang dinyatakan oleh bapanya Ismail Embong menerusi statusnya di laman sosial Facebook.

Sebaliknya, Chacha Maembong berkata dia sudah pun membeli rumah sebelum Yaya dan Wan Raja berumahtangga  untuk tinggal bersama dua orang adik beradiknya yang lain.

“Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan kahwin lagi kami dah mula berpindah sedikit demi sedikit.

“Saya dan Kak Yaya tiada masalah dah tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri.

“Bukan sahaja mahu beri Kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Chacha diminta mengulas selepas bapanya menaikkan status seperti berikut:

“Tanpa pengetahuan sy mereka ( Yaya Maembong & Wan Raja) adakan 'Malam Berinai' 10Dec. Sy hanya tahu bila sy dtg ke Bukit Antarabangsa nak jengok Popo (akak Chacha) yg tinggal dirumah itu bersama Amad, Chacha. Diberitahu 3 beradik itu terpaksa keluar, cari rumah lain kerana lepas nikah pasangan itu akan tinggal dirumah Yaya. Kini mereka bertiga di flat, Amad berkerusi roda terpaksa naik lif. Berderai perasaan si bapa ini, tp disembunyikan jua,”

Difahamkan,bapa mereka memuat naik status itu selepas berang dengan artikel gosip dalam ruangan sebuah akhbar dengan tajuk ‘Bapa Pengantin Buat Hal’

Chacha turut menjelaskan rumah yang dibeli itu bukanlah flat sepertimana yang digambarkan oleh bapanya tetapi merupakan sebuah rumah kondominium

“Saya bukan tinggal di flat seperti yang dinyatakan tetapi kami tinggal di kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua.

“Amad (Abang Chacha) pula selesa dan suka sahaja keluar masuk rumah baru kami walaupun turun naik lif.

“Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar,” jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Chacha kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Anak Kelima untuk siaran TV9.



Credits: murai.com.my
Quote edoraixora 24-12-2014 04:43 PM
wartawan pun mulalah menangguk di air keroh
Quote DianaSaksen 24-12-2014 04:43 PM
speechless
Quote xixin5230 24-12-2014 04:47 PM
Mslh kuarga kokkkk cerita pd umummmm...
Mcm x leh selesai cara baik
Buamg2 ank pulok.. Ingt ank kucen ka??
Quote nurelle 24-12-2014 04:50 PM
tak paham la...sebenarnya sape halau sape...

sape tikam sape.......
Quote setokinpurple 24-12-2014 04:50 PM
Aib keluarga bawak ke media..hmm elok sgt laa
Quote Athrun.Zalaa 24-12-2014 04:52 PM
Bila Maembong menari cha cha?!!
Quote mahalnya 24-12-2014 04:58 PM
Athrun.Zalaa posted on 24-12-2014 04:52 PM
Bila Maembong menari cha cha?!!

yg memandang pn ikut bergoyang!!
Quote enchikfitz 24-12-2014 05:00 PM
Best sgt ke.menjaja cerita keluarga kat satu Malaya? X boleh bak setel sama2 sendiri? Bapak dgn anak2 dua2 attention seeker la
Quote bulanbulat 24-12-2014 05:05 PM
elok chacha jawab, cool saja/

biasalah orang tua, tengah kecik hati. semua menda nak marah.
jangan amik port, nanti oklah tu
Quote Kebabomb 24-12-2014 05:07 PM
Mungkin sebab perangai Pak Cik macam ni, anak-anak tinggalkan Pak Cik duduk seorang.....

Renung-renungkan.....
Quote prettyuglybabe 24-12-2014 05:11 PM
amboi.. sapa kata flat tak ada lift?
tu rumah PPR tu ada je lift
Quote putehkundor 24-12-2014 05:11 PM
Anak Ismail maembong yg paling kanan tu ada rupa Caucasian...yg drummer GSC dulu pun ada rupa omputeh.
Anak2 lelaki beliau memang ada rupa mixed..
Yg pompuan jah muka2 mcm melayu jati.
Quote cik_kembong 24-12-2014 05:12 PM
nurelle posted on 24-12-2014 04:50 PM
tak paham la...sebenarnya sape halau sape...

sape tikam sape.......

Tak de isu halau menghalau...tikam menikam...

cuma pak mael sentap saja......harap pak mael dpt cool down....
Quote DayangKirana 24-12-2014 05:13 PM
dah tua2 tuh, tak yah la dok merempan kat social network pokcik oiii... korang ni tak reti ke nak musyowaroh? semua nak jaja kat tenet? berbalas2 statement..sampai bile wehh? problematic tul family nih...
Quote kejoraria 24-12-2014 05:13 PM
ramai betul adik beradik depa ni........

Lihat semua komen(222)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.050377 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top