CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Puteri Balqis Enggan Ke Sekolah

12-1-2015 03:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32401| Komen: 140

Puteri Balqis Enggan Ke Sekolah


Puteri Balkis selesa belajar dari rumah.


PETALING JAYA: Pelakon cilik Puteri Balqis tidak pernah terbuka hati untuk belajar di sekolah seperti kanak-kanak lain berikutan mempunyai pengalaman dibuli rakan.

Balqis atau nama sebenranya, Puteri Balqis Azizi, 8, berkata, dia lebih selesa untuk belajar bersendirian di rumah kerana beranggapan ia lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru persendiriannya.

"Aqish (nama manjanya) lebih selesa belajar di rumah sahaja kerana kalau di sekolah Aqish rasa tersiksa bila kawan-kawan mempermainkan Aqish. Sampai bila-bila pun Aqish mahu belajar di rumah sahaja. Kalau tentang pelajaran berkaitan agama seperti mengaji Al-Quran, ibu Aqish yang ajar," ujar kepada mStar Online.

Menurut Puteri Balqis, dia sudah mula belajar secara persendirian dari rumah sejak berusia tiga tahun lagi dan pengalaman dibuli yang itu dilalunya semasa di perigkat Tadika.

Dalam pada itu, walaupun kurang mempunyai rakan-rakan seusianya, Puteri Balqis menjelaskan kehidupannya tidak pernah berasa sunyi.

Katanya, jadual kerja sebagai pelakon membataskan dia untuk bergaul dan bermain seperti kanak-kanak lain.

"Aqish memang tidak ada kawan-kawan rapat tapi Aqish ada kawan-kawan sekeliling. Kalau Aqish pergi ikut ayah dan ibu berniaga Aqish ada kawan di sana.

"Aqish tidak pernah rasa sunyi kerana Aqish seorang yang mudah berkawan dengan sesiapa sahaja," katanya.

Sementara itu ditanya tentang perasaanya ketika berhadapan dengan berita-berita negatif sepanjang bergelar artis, Puteri Balqis memberitahu dia kini banyak belajar untuk menjadi seorang yang penyabar.

Dia juga akan membaca dan mengetahui berita tersebut terlebih dahulu sebelum ibu bapanya.

"Dulu awal-awal kalau baca berita negatif Aqish akan cepat emosi dan menangis. Tetapi sekarang bila baca Aqish akan tanya pada ibu tentang kesahihanya.

"Tetapi kalau tentang perkara itu melibatkan ibu-bapa, Aqish tidak boleh terima dan akan menangis," katanya.

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aseela 12-1-2015 01:44 PM
home schooled la kaedahnya...tak jadi masalah..
cuma dari segi EQ tak dapat berkembang..sbb kurang pergaulan
mungkin time play date aje la kot bole jumpa rakan sebaya
campur dgn orang tua je (kat set berlakon)
Quote bambimbom 12-1-2015 01:44 PM
Tak kisah la aqish... janji nak belajar...
Quote mattzzx 12-1-2015 01:46 PM
bambimbom replied at 12-1-2015 01:44 PM
Tak kisah la aqish... janji nak belajar...

Betul tu...pelajaran penting walaupun nak jadi pelakun...

Quote enchikfitz 12-1-2015 01:46 PM
Janji belajar dan habiskan persekolahan. Kawan boleh dicari, tapi ilmu?
Quote mixed 12-1-2015 01:52 PM
Home school ok la tu

Upsr bole amik jugak kan
Quote newyork 12-1-2015 01:52 PM
Budak kena buli mmg takut dah nk gi sekolah..
Quote mattzzx 12-1-2015 01:53 PM
newyork replied at 12-1-2015 01:52 PM
Budak kena buli mmg takut dah nk gi sekolah..

Dah trauma lah tu...

Quote jojoba_beads 12-1-2015 01:57 PM
tak de masalah eh nk home school ni.. cuma disiplin kena tinggi ler sket.  

jgn lupe join la aktiviti sukan, dpt kembang otak, membina kemahiran berfikir... blaja teamwork.. best tu bsukan.. lebih2 lagi sukan berpasukan..
Quote kejoraria 12-1-2015 02:01 PM
klau belajar kat umah mcm ni nak ambik periksa UPSR kata mana2 school pun boleh yerk.....ker kena ambik kat kementerian pelajaran?
Quote ahlisihircute 12-1-2015 02:03 PM

belajarlah smp setinggi mana pon dik even ko home school.....
jangan jadi retis lain yg home school gak......tp pencapaian academic x kemana....
harap gosip jer....duk bercinta cintun mcm kanak2 ribena....
jgn jadi retis senior yg harap muka je cantik tp pmr pon x lepas.....
Quote leni 12-1-2015 02:06 PM
bukan anak aku....suka hati ko la dikk
Quote nanacinta 12-1-2015 02:10 PM
belajar la rajin2...jangan ingat industri hiburan malaysia ni macam hollywood...
Quote bioessence 12-1-2015 02:11 PM
sek menengah esok pg ye. Sek rendah tak apa lagi setakat isi masa n belajar nenulis membaca mengira
Quote Zep 12-1-2015 02:12 PM
Takyah gi sekolah dik non kalau nak jadi retis. sesia jah. retis2 yang kebanyakannya bimbo di luar sana tu pun sekolah atleast sampai form 5 pun bimbo jua bukan?
Quote bioessence 12-1-2015 02:15 PM
try la sek cina. Tau mandarin byk faedah nya
Quote mdhelmi 12-1-2015 02:18 PM
kalo belajar kat rumah xdpt belajar byk benda yg lain...antaranya:
main Tamiya kat longkang
main ping pong guna meja skolah pastu tersmash muka ustazah
main jentik pen, jentik tutup botol, tepuk kad, lastik cicak
baca komik alam perwira sambil cikgu mengajar kat depan
lawan sape paling byk berdiri atas kerusi
buat bom kat dlm makmal
cuci mata dari tingkat atas
lawan sape paling panjang buat ayat dari 1 perkataan dlm kelas BM
etc...

aku punye keje sume ni kat skolah
Quote prettyuglybabe 12-1-2015 02:23 PM
duit banyak masuk la private or international school
bersepah kat kl ni
kawan dengan anak orang ada-ada je
Quote offwhite 12-1-2015 02:23 PM
mcm org aristokrat pulak....org dolu2 yg dtg dr keluarga kaya raya mmg bersekolah di rmah....tp adik aqish dah jd artis ternama be....
Quote de_ikea 12-1-2015 02:25 PM
mdhelmi replied at 12-1-2015 02:18 PM
kalo belajar kat rumah xdpt belajar byk benda yg lain...antaranya:
main Tamiya kat longkang
main p ...

Pndai ko ngajar aqish pergi sekolah utk main mcm korang ya

Aqish. Home skul pon ok. Belajar jgn memain. Tp sekolah mngah nnt mst prg skool ok.

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052042 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top