CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Black Timang Cahaya Mata Lelaki

15-1-2015 04:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12425| Komen: 54

Black Timang Cahaya Mata Lelaki


Tahniah buat Black dan isterinya, Cira atas kelahiran cahaya mata lelaki pada jam 7.48 malam semalam. Walaupun dilahirkan sebulan lebih awal daripada yang dijangkakan, pengarang hati buah jantung Black ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.09 kilogram. Tahniah Black dan Cira.



Black turut sama berkongsi detik-detik kelahiran anaknya yang lahir tidak cukup bulan ini. Kata Black:-


Alhamdulillah isteri saya sihat. Begitu juga dengan anak saya. Walau bagaimanapun kini anak saya masih ditempatkan di wad NICU yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Wad tersebut bukanlah untuk kanak-kanak yang kritikal.

Anak saya perlu ditempatkan di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa jangkitan.
Tetapi kini Alhamdulillah kerana dia sudah boleh minum susu dan jika tidak ada apa-apa dalam sehari dua lagi anak dan isteri saya sudah dibenarkan keluar.
Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk.
Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa.
Saya rasa terlalu teruja sehinggakan tidak berselera untuk makan. Manakan tidaknya, sekejap-sekejap saya akan menjenguk isteri, sekejap-sekejap saya akan menjenguk anak.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar buat Black dan isteri. Semoga si comel membesar dengan sihat dan sempurna. Insya Allah tak ada apa-apa komplikasi walaupun lahir tidak cukup bulan. Sama-samalah kita doakan. Selamat menjadi ayah dan ibu diucapkan kepada Black dan isteri.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 15-1-2015 09:36 AM
Tahniah black n nyawa..
Quote missdara 15-1-2015 09:43 AM
Tahniah Black and wife!
Quote enchikfitz 15-1-2015 09:45 AM
Tak sesia mengidam buah cermai. Tahniah Hanipah
Quote Mizlyn 15-1-2015 09:47 AM
Tahniah Black & Wife...semoga bertambah rezeki kalian.
Quote katakau 15-1-2015 09:47 AM
tahniah black n wife..bahaya betol jangkitan nie..iols dulu kena jugak jangkitan tp time tue 5bulan kandungan..anak iols idop 2jam jer..
Quote deananie 15-1-2015 09:48 AM
tahniah black & wife!
Quote tomet05 15-1-2015 10:11 AM
tahniah black dan wife
Quote enncy 15-1-2015 10:19 AM
tahniah...
Quote aezvogue 15-1-2015 10:29 AM
tahniah black and wife..
Quote Idelgo 15-1-2015 10:29 AM
tahniah diucapkan kepada black dan isteri.
Quote izabellemylia 15-1-2015 10:33 AM
tahniah abam black dan nyawanya...
Quote sinsin88 15-1-2015 10:37 AM
Tahniah Black n wife~~~
Quote wookiehoney 15-1-2015 10:47 AM
tahniah black n wife
seronoknya dh dpt baby!
Quote lazim 15-1-2015 10:47 AM
abg aku dulu lambat nanges.. makcik aku nurse, dia ade tgk rekod kelahiran abg aku, dia kata xelok lambat nanges ni sbb oksigen lambat sampai ke otak. kecik2 dlu mmg slow la dia
Quote PongKang 15-1-2015 10:55 AM
Congrats black n wife
Quote ribena84 15-1-2015 10:57 AM

image:
black.hanifah Alhamdulillah keatas illahi, isteri sye selamat melahirkan bayi lelaki pd 13.1.2015 jam 7.48pm, Doakan isteri dan anak sye sihat sempurna. Terima kasih atas doa dan ucapan selama ni. Terima kasih syg #nyawablack @cirakhairy 13h
Read more at http://websta.me/p/8977926300858 ... I6fFcZzL8huDclud.99



Quote Soksek11 15-1-2015 11:01 AM
tahniah ....macam sebak je baca pengalaman black ...ke aku je kot yg emo ...hahahhaha
Quote drlinda08 15-1-2015 11:09 AM
congrats black n nyawa
Quote Lolalala 15-1-2015 11:26 AM
Tahniah black dan nyawa... Keputihan salah satu punca jangkitan kan? Iolls dulu positive GBS. Baby keluar lambat nangis. Kena tahan nicu utk oksigen sehari dan antibiotik 3 hari.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059254 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top