Macam Mana Nak Kahwin Kalau... - Syafinaz Selamat Syafinaz Selamat belum ada kekasih hati - Gambar Ihsan Badang Bob Shukor KUALA LUMPUR: Jika bertemu Syafinaz Selamat, dua soalan klise yang sering diajukan ialah mengenai album terbaru serta perihal kahwin. Guru vokal dan pensyarah muzik ini mengakui dua persoalan itu terus bermain di fikiran namun kesibukan membataskannya. Selama 11 tahun beliau tiada album terbaharu. Malah, sejak beberapa tahun bertemunya, cerita album tak pernah lekang di mulut dan setiap kali ditanya Syafinaz menyasarkan albumnya akan keluar dalam jangka masa terdekat. Kali terakhir beliau muncul dengan album ialah pada 2002. Demikian juga dengan kisah kahwin. Di saat usianya kini, Syafinaz memang layak untuk dicintai dan mencintai tetapi jelas sekali beliau masih berstatus solo. Ikuti penjelasan penyanyi lagu Ingin Bersamamu ini. "Macam mana nak kahwin kalau hari-hari saya sibuk dengan komitmen kerja. Malah dek kesibukan ini juga, album saya terus tertunda. Album saya kini sudah selesai proses adunan. Tapi sesibuk manapun, saya kena pastikan tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari. "Itupun kadang-kadang terbabas tidur lewat. Bukan kadang-kadang lagi balik rumah lewat, tapi sudah selalu pula jadinya. Kalau balik rumah dalam jam 2 ke 3 pagi itu normallah. Tapi tidur kena cukup walaupun sesibuk manapun saya kena jaga waktu tidur untuk kepentingan vokal," katanya dalam pertemuan yang diaturkan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini bertempat di Muzium Negara.
|
spiderman80 replied at 23-1-2015 05:39 PM
Jom datang ke Spidey.
Spidey akan menyayangi awak.
ifanonline replied at 23-1-2015 05:41 PM
dier tak layan spidey...spidey tak sunat...kapir lak tuh...
hanezzafirah replied at 23-1-2015 05:41 PM
mcm salah bod je..ni bkn bod gosip ke?
ultra78 replied at 23-1-2015 09:50 AM
Berita tahun 2010
Syafinaz Sibuk Takde Masa Cari Jodoh.
spiderman80 replied at 23-1-2015 05:45 PM
Spidey tak ada masalah masuk Isle.
saladin780 replied at 23-1-2015 05:51 PM
Klu ikut tt..isu andartu ni isu negara..heheh
sarahmirza replied at 23-1-2015 05:48 PM
Masalah negara ke bila seorang perempuan tak kahwin sebab terlalu sibuk?
obelisk replied at 23-1-2015 06:04 PM
Masalah utk sesetengah org..
spiderman80 replied at 23-1-2015 05:45 PM
Spidey tak ada masalah masuk Isle.
naina replied at 23-1-2015 06:08 PM
Spider jgn ambik hati kata kata ifan tu okey.
ADVERTISEMENT